HEPY BELATED TEACHERS DAY

Hype...

Seperti kita sedia maklum, 16 Mei adalah Hari Guru, di mana semua insan yang bergelar guru di raikan.. Di sebabkan kekangan masa, entry ni baru dapat aku taip selepas dari tarikh tersebut... Jadi aku nak kongsikan sikit kesah aku bersama seorang cikgu yang berkorban untuk anak murid nya iaitu aku dan kengkawan aku...


Cerita ni terjadi masa aku form 3... Nama kelas aku 3KAA1.  Kelas aku ni ade 18 orang jer kalau x silap... Memang la sikit, sebab kelas aliran agama.. Kebanyakan murid nak masuk kelas sains jer.. Time ni P&P sedang berjalan seperti biasa, Tiba2 ade seorang budak datang kelas aku.. Kebetulan plak port aku dalam kelas betul2 depan pintu masuk...


Die ni malu nak masuk, jadi die guna bahasa Isyarat dengan aku... Sekali aku terkantoi dengan guru BI yang sedang mengajar kat depan.. Kendian ape lagi Guru BI ni naik angin, die bebel dan trus keluar balik ke bilik guru... yang menjadi mangsa nya time tu adalah aku...  Ntah berapa lama aku x tegur ni, ntah laa aku pon tak ingat.. BUkan tak tegur aku sorang je, malah dengan kengkawan aku jugak.. Ini kisah pertama...


*******

Kisah kedua pulak, Di dalam kelas BI jugak, sedang die mengajar, tiba2 ade sorang budak masuk kelas dan menyatakan ade pemeriksaan gigi utk kelas aku dekat bilik sekian2.. Tetapi guru BI ni x mengizinkan kami dak kelas ni keluar sampai habis kelas die... Okei kami tunggu je lah sampai habis kelas die... Lepas habis kami pon pergi ke tempat pemeriksaan gigi tu, dan natijah nya, kami semua kena marah dengan misi2 dan dokter2 yang ada kat situ... Kami semua tak puas hati laa, bukan kami sengaja lambat, tapi di sebabkan guru BI yang xnak lepaskan kami....


Doktor gigi mengambil tindakan dengan mereport pada Guru Kanan DISIPLIN dan reputasi kelas kami ni jadi buruk... Dak kelas aku ni ade satu semangat yang luar biasa di mana hak kami harus di pertahankan.. Jadi kami sepakat, untuk pertahankan hak kami, dengan menggunakan Guru Kelas aku untuk membetulkan keadaan... Serius kelas aku dapat perhatian umum hanya kerana di sebabkan datang lambat ke pemeriksaan gigi.. Boleh pulak Guru Kanan Disiplin mention time berucap kat Perhimpunan Wajib hari Isnin tu...


Jadi Guru Kelas aku naik angin jugak laa, bukan salah kami, tapi di sebabkan guru BI yang x nak lepaskan kami... Guru Kelas aku mempertahan kan dak kelas aku, pergi mendapatkan penjelasan dari Guru BI... Kata guru BI, time Kelas die, die xnak gangguan dari sape2 pun... Guru Kelas aku xnak hal demikian berpanjangan, terima jer la alasan guru BI tu..




Dan kami berbincang dari hati ke hati antara dak kelas dengan Guru Kelas, kami redha je dengan ape yang berlaku, dan terpaksa terima dengan hati yang terbuka.. Bayangkan airmata seorang Guru Kelas menitik hanya kerana hal sedemikian..? Sebak aku lihat mase tu.. dan mula2 aku lihat kengkawan aku menangis sorang demi seorang, dan aku x dapat tahan, air mata aku mengalir jugak...


Alhamdulillah hubungan aku dan guru kelas aku masih baik samai ke hari ini dan masih lagi kontek2sampai ke hari ini... Guru BI..? Alhamdulillah jugak aku dan rakan sekelas aku pergi minta maaf beramai2, dan kemaafan kami di terima. Sebenarnya, semua dak kelas aku sangat sukakan kelas BI ni kerana cara pengajaran nya amat berkesan... Kerana apa, sebab subjek BI aku improve dengan jaya nya selepas die mengajar kelas aku.. Alhamdulillah... Terima kasih guru BI...


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada guru2 dan pensyarah2 dan sape2 yang telah mengajar aku dari aku kecik sampai dah beso gini... Especially kepada tenaga pengajar


-Tadika Kemas Kati-
-Sekolah Kebangsaan Kati-
-Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong-
-Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar-
-Politeknik Sultan Azlan Shah-
-Pusat Memandu Motor-
-Pusat Memandu Kereta-


Ooo ramainya, guru2 aku sebenarnya... Hehe.. Kepada semua guru2 aku nak ucapkan Selamat Hari Guru walaupon guru2 semua tak baca entry ni, tak apa.. aku doakan semoga guru2 aku  peroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat... Amin...


Pssttt....!!!!! : Aku pernah kena rotan yang berdiameter 0.5cm  kat lengan hanya di sebabkan tak bawa buku Yassin masa hari jumaat.. Natijah nya kesan rotan tersebut yang aku anggarkan 20cm panjang nya tidak hilang hampir sebulan.. Hohoho..

Yang lelaki kacak2 ensem2 sila klick SINI dan SINI...
Yang wanita comel2 kiut2 sila klick SINI dan SINI

~KORN~

17 ulasan:

  1. memang sah2 budak kelas enam jahanam ni, muehehehehe! esok hapdet lagik ye Kornnnn :p

    BalasPadam
  2. Fuhhh! Siap ada tragedi menyedihkan sbb nak check gigi je pun. Cekgu BI tu kut patutnya explain apa yg berlaku & meleraikan sgl2nya. Cehhh. Takpelah. Mgkin dea btul2 nak fokus ajar korg sampai taknak sebarang gangguan. Buktinya? Subjek BI kau improve kan? Hehe.

    Lgpun, benda tu kira mengeratkan kaseh syg sesama korg & cekgu kelas korg tu la kiranya. Hehe.

    BalasPadam
  3. mmg nampak la ko budak kelas agama.... nanges jugak ko ek? haha

    BalasPadam
  4. touching lah. hehe..
    siap ada cikgu kelas memandu lg tu. :)

    BalasPadam
  5. hihi..sama la..sekolah memandu tak tinggal

    BalasPadam
  6. cikgu BI masa fom3 aku suka ckp gini "i minus ur mark" bila kami buat salah. dan suara dia mcm kartun berbalik pada entry babyzyra. hahaha

    BalasPadam
  7. Memandu pun kena ada cikgu juga kan hihi..selamat hari guru buat semua guru..jasamu tetap dikenang..

    BalasPadam
  8. huhu wa pon penah kena insiden yg sama..cikgu kedekut tak nak bagi lepas..last2 kita yg kena marah wuuu

    woo bdk kls KAA tu hehe sis pun dulu kls KAA tp tk amek arab pasal kt transfer masa form 3 jek.. tak faham? takpelah, ok bye.

    BalasPadam
  9. time sekolah dulu...bila tau ada pemeriksaan gigi, tetiba aku akan demam aritu...hahaha aku penakot nk nganga molot kt doc gigi ok!

    BalasPadam
  10. nasib bek kesan nye sebulan..
    klu berparut? :D

    BalasPadam
  11. aku pun ada satu kisah sempena hari guru ni.nanti aku update kat entri aku

    BalasPadam
  12. nsb baik berbekas sebulan je.lau tak terjejaslah kehenseman lu. :P

    BalasPadam
  13. bestnyeee cikgu dpt bnyk adiah kan...

    BalasPadam
  14. chemay kurang la kenangan time kat sekolah.
    sebab jarang datang sekolah.
    *ya saya pelajar bermasalah. harap maklum
    T____T

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...