PAIHDIKI VS ZUKIEEEEE - VIDEO MUDAH TERHIBUR

Hype.

korang kenal tak manusia-manusia yang rajin buat video macam  Matlutfi dan Hadi ape tah dah lupa. tapi aku bukan nak citer pasal dorang pun. Aku nak citer pasal Dua orang mamat yang rajin upload kat insta iaitu Faizdickie dengan Zukieeeee.. 


Faizdickie ni mungkin ramai villagepeople yang dah dok follow beliau dengan kerenah lawak beliau yang pasti buat kau gelak nak mampus.. ade je idea die nak buat video sengalnya. entah dari mana dapat idea tak tahu lah. Kalau tak percaya cuba intai-intai sikit video die kat Instagram FAIZDICKIEVP



Aku selalu follow insta die. Malam-malam kalo sebelum tidur tu layan lah dulu video dia.. Kalo di beri pilihan, watak dalam video beliau aku nak jumpa dengan Nurse Puaka. hahaha.. dah lah puaka, ayat plak macam lahanat.. Tapi malangnya watak Nurse Puaka ni hanya sikit jer.. yang lain banyak lah macam KakLeha Bunting, Sarabanon, Cik Yam dan lain-lain.. 

*****

Sorang lagi ni Zukieeeee.. dia ni lawaknya lain sikit dari Faizdickie sebab die ubah suara kepada ####(aku tak tau term dia). Kebiasaannya si Zukieeeee ni ade partner die, Jamal.. lawak dorang kebiasaanya ending akan berakhir dengan pelempang, kena hempuk, wrestling, penampo dan lain-lain yang sama maksud. Jadi macam dah boleh baca lawak beliau...


Ade pernah aku terfikir kalau dia ni buat video guna suara sendiri, akan menjadi tak lawak beliau. Mungkin tidak kot.. Tapi aku malas nak fikir apa, janji aku tgk video die, boleh layan so kira okei lah.. Kalau nak tengok video dia boleh layan kat insta dia kat ZUKIEEEEE...


Sebenarnya ade ramai je lagi yang buat video mudah terhibur ni nak pulak lepas-lepas fenomena Dubsmash haritu. Bukan main ramai lagi yang keluar.. Contohnya macam Freezeforshort, Ucoppp, luqmanabubakar pastu ade lah beberapa orang lagi yang aku dah lupa nama nya.


Pandangan peribadi aku la. Perlu ke seseorang tu nak berlawak sampai perlu menukarkan perwatakan jantina agar boleh kelihatan lawak.. Jadi aku salute pada yang boleh berlawak dengan menggunakan jantina sendiri. Paham ke idok aku cakap ni..? 

~KORN~

SEBELAS DAN NOVEMBER

Hype..

Bulan November ni tak la berapa sinonim sangat dengan aku. Cuma ade kaitan sikit-sikit bau-bau bacang je dengan aku. Nak kata bulan kelahiran aku pun tidak. Nak kata bulan feveret aku pon tidak. Jadi aku nak ceghitanya sikit-sikit je kaitan nya dengan aku.


Kebelakangan ni aku pakai nama kat wechat EleventhOfMe.. Jadi ramai yang bertanya 'Wei Korn, ape maksud nama kau ni'.. 'Wei Amat amende la nama kau pakai ni memacam lah.'.. Sabar-sabar..!, sebentar lagi soalan kalian akan terjawab.. Adekah nombor feveret aku ni 11? Takdelah.. Yang sebenarnya... *mood serius



Nombor sebelas ni datang nya dari nombor bilangan adik beradik aku.. Yes, aku anak bongsu dari sebelas adik-beradik... Aku ade 5 orang kakak dan 5 orang abang.. Jadi aku yang  nombor sebelas.. Jadi dari situ terbitnya perkataan EleventhOfMe. Eleven tu kan ke sebelas.. Jadi kalau berminat nak add wechat aku, boleh add id aku [amatkorn]. Tapi make sure kalau aku tanya kau akan jawab dari blog or blogger or what so ever yang sama maksud dgn blog. Kalau tak memang aku tak kan approve punya. Percayalah..!


Dah alang-alang ko nak add wechat aku, silah add insta aku AMATKORN tapi serius aku cakap, insta aku amat membosankan.. Asyik-asyik gambar aku, gambar kucing aku pastu gambar aku, gambar kucing aku balik.. serius aku cakap, itu membosankan dan aku peduli ape, its my insta..!!


Next my blue bird.. <---kenapa lain macam ja imaginasi aku ni.. Ok twitter aku ni ELEVENTHOFME.. Untuk twitter plak, jemput lah follow.. Tapi aku xde jaminan untuk follow balik.. Sebab ape..? Sebab nya aku ni tak suka account twitter yang everytime ko nak Retweet 24 jam.. Nak pulak kalau kau ni jenis follow setia MinahKaripap jadi kau akan retweet semua tweet yg di twEet oleh Minah Karipap.. Baik aku aku takyah follow kau, better aku folow MinahKaripap ja.  Isenit..? Aku lebih suka tweet tu di taip sendiri oleh pemilik akaun tu.. got it..? No....!!? Ok bye


Facebook plak ko boleh add SALEH YAILAN. Maka akan muncul lah mamat yang gila makan ketam kat atas ni. Okey ni account real aku dan aku cuma ade satu akaun sahaja. Mana2 lain akaun yang guna gambar aku adalah fake yang digunakan pihak ketiga untuk tujuan tertentu.. Biasalah orang ensem macam aku memang orang suka amik kesempatan. Okey statement mintak kaki. Bye

INSTAGRAM -
TWITTER -
FACEBOOK -

KORN

FENOMENA KIRIM SALAM

Hype

Situasi 1 : "Korn, nanti balik Penang kirim salam kat Salmah Gebu ye"

Situasi 2 :
"Eh Korn, ko nak keluar ke"
"Haah nak gi jumpa Cik Senah Al-Unta"
"Oh Senah jual karipap tu ke, nanti jumpa kirim salam ye. Cakap aku rindu nak makan karipap dia"

Selalu kan ade membe, sedara, pakcik, makcik, mak mentua, jiran, spupu kau yang mudahnya mengirim salam cenggini.. Tahukah kau sedang di kirimkan sebuah amanat yang amat besar akan tetapi kebiasaannya selalu di ambil mudah oleh orang pengantara..? Kau lah orang pengantara tu. Kita ni lagi 4 tahun dah nak masuk tahun 2020.. Ya..!! Zaman serba canggih dengan teknologi moden yang mana kau boleh tgk kereta terbang syiuuu sana syiuuu sini... Mimpilah..!!

Yang aku tak paham, zaman sekarang ni zaman teknologi hujung jari..Zaman serba canggih.. Whatsap wechat skype ym dan memacam jenis apps lah boleh contact, masih jugak nak kirim salam. Banyak pengantara boleh di gunakan, tetapi kenapa masih mahu gunakan orang sebagai org tengah untuk sampaikan kirim salam.. Tak pahamlah aku..

Tak salah pun sebenarnya nak kirim salam.. Akan tetapi, salam ni kebiasaannya tak sampai ke penerima.. Sebabnya:
i. di anggap benda ni (kirim salam) tak penting
ii. di pandang remeh
iii. lupa
iv. dll <--pandai-pandai lah tambah sendiri


"Korn, pakai semart2 ni nak jumpa awek ke, nanti kim salam awek eh"

Choi..!

Yang ni bahaya.. Silap-silap haribulan, awek kau pun di kebas nya. Eh ni aku bagi contoh je. bukan betul-betul jadi kat aku pun. Kalau jadi kat aku pun xpe, aku ade spare part awek lagi 7 orang.. (okei ini tipu). So sebelum kau kirim salam tu tengok lah keadaan dengan orang dan keadaan.. Kalau stakat org yang kau nak beri salam tu org yang hari2 kau mesej, baik tak payah ler... Lain lah kalau org yang kau nak beri salam tu beeratus kilometer dia duduk, pastu dah baper tahun tak juma tak contact.. Ye dak..?

~KORN~

25 TAHUN VS JODOH

Hype Beb...

Terlupa yang aku ade blog. tengok balik entry last dah 2 bulan tak hupdate. Maaplah, memang dua bulan kebelakang ni busy tahap action kamen (hero dlm kartun SinChan) mengalahkan lawannya. Mana taknya, kerja nak setel, life nak setel, kucing aku nak setel, ini itu nak setel. Bila fikir balik macam orang lain pon nak setel benda yang sama, jadi ape beza nya aku..? Ok lah aku yang malas update blog. Aku ngaku..!

Lecey betul lah, mesti ko tengok tajuk mesti akan ko expect yang orang akan tanya aku dengan persoalan2 celaka seperti 'bila nak kawen' , or 'bila nak tamatkan zaman bujang' or what so ever lah..! No no u are out thinking dan cerita ni tak sama sekali seperti yang dalam fikiran kamu.. Huh..!! Teruskan membaca sebab entry ni adelah entry yang paling tak best... Yerp memang tak best..!! Kalau tak caya teruskan lah membaca..


**********

Beb, aku dah cakap tak best, rajin jugak ko membaca.. Jadi aku tetap akan teruskan penulisan aku.. Aku hairan lah, memang aku dah start mencari jodoh dengan sedikit effort cara aku, mungkin aku dah sedia nak tamatkan zaman bujang maybe. Nak tahu tak, lagi aku mencari, lagu benda tu aku tak nampak.. Samar.. mengapa jadi macam ni..? Siapa yang harus di persalahkan..? Diri sendirikah..!! Perempuankah..?

Beb, dah masuk perenggan ke-4 dan kalu ade yang tertanya-tanya entry ni tak bergambarkah..? Ya, memang entry ni tak bergambar, dan bolehlah halakan mouse ke sudut atas kanan dan pangkah klik..! Bila aku calitkan keadaan semasa dengan sudut rohani, tertanya2 aku kepada-Nya kenapakah doa hamba-Mu ini tidak di perkenankan? Mungkin belum cukup bersedia dari mental fizikal rohani dan jasmani.. Atau mungkin jauh dari sudut yang kita tak nampak, ade sesuatu yang aku perlukan.. Oh, aku memanjangkan cerita..

Blurr..!

Okeilah malam ni aku nak pergi memancing..! 


KELAHIRAN KEDUA KUCING AKU MIKEY DAN MEMEY

Hype

Rasenya baru semalam aku update entry blog... Tapi bila aku tengok bebetul, humaighhhh dah lebih sebulan.. Boleh mereput dah blog aku kalo cenggini.. Nevermind, Fasha Sandha pon dah anak dua.. (Macam tak kena mengena je).. Proceed to the main post..


Kucing aku dah beranak untuk kali kedua weh. Nampaknya perkembangan reproductive sangat berhasil.. Kali ni die beranak waktu senja.. Sedang aku kira-kira bajet belanjawan 2020 untuk beli kereta terbang, tetiba aku dengar bunyi uwekkk uwekkk uwekk kucing aku dah beranak.. Aku memang tahu yang kucing aku tu tunggu hari je nak beranak, so semua dah standby sesiap.. 


Bile dengar je bunyi uwekk uwekk uwekk tu aku lah jadi bidin terjun.. (kalu lelaki bidin terjun. kalu perempuan bidan terjun). Maka proses kelahiran pun berjalan bermula dari jam 7.30 malam untuk kitten yang pertama.. Mula-mula keluar hitam je.. berlendir dengan uri nya lagi... 



Kelahiran kali ni senang sikit, anak pertama die potong sendiri uri dia dan makan uri tersebut.. Selang 15 ke 20 minit kendian kitten kedua pulak keluar.. Uwekk uwekk uwekk bunyi lagi.. Kitten kedua pun hitam jugak.. kelahiran kedua agak dramatik sikit lah sebab air wiladah nya keluar terpancut dulu sebelum ia di lahirkan. (Sebenarnya aku tak pasti untuk binatang jugak di gunakan juga istilah air wiladah juga atau sebaliknya)


Yang kedua ni lain macam sikit, sebab ibu kucing tak nak potong uri anak dia.. Jadi terpaksa la aku potongkan sendiri.. Ade teknik die jugak kalau nak potong, bukan boleh main sesuka hati kau je nak potong,. Salah potong nanti mati katak plak kucing kau tu nanti..  Cara dia tekan dua jari ke tali pusat lebih kurang seinci atau dua inci dari pusat tersebut, kemudian potong uri tersebut dan tunggu sehingga 30 - 60 saat baru di lepaskan jari tersebut.. Siap..!



Okei selesai anak pertama dan kedua aku tak pasti ade lagi ke tidak dalam perut ibu kucing tu.. sebab tunggu setengah jam pon xde tanda-tanda nak beranak.. Tunggu sejam pon takde tande beranak.. Jadi aku urutkan perut die slow2 sebab aku yakin macam ade lagi ja dalam perut kucing tu.. Agak macam dah lambat sangat, aku bersihkan tangan aku yang dah kena darah n lendir dia sume.. 


Kemudian jam 930 baru la beranak untuk kelahiran kitten yang ketiga... Uwek uwek uwekkk lagi.. Kali ketiga pon hitam jugak.. Haha.. sume hitam... kurang dari 10 minit lahir yang keempat yang berwarna oren.. Uwek uwek uwekk... Dan yang ke 2 dan ke empat ni ibu kucing ni yang setelkan uri dan tali pusat anak die.. Aku cuma bagi sokongan dari belakang je, sebab aku percaya kucing aku ade semangat juang yang kental..


Harini dah Sebulan 15 hari umur kucing aku.. Gambar latest aku akan up untuk next entry.. Mih mih mih.. atau boleh lawat my Istagram here AMATKORN. I will follow back kalau insta kau dari kalangan blogger or yang aku kenal.


~KORN~

SELAMAT HARI RAYA KE 26

Hype..

Harini abam Korn nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke 26 buat semua... Maaf zahir dan Fatin.. eh Fatin plak.. Batin..!! Apesal asik tersasul je nama Fatin nie.. Ya Allah dah raya ke 26 baru aku nak update entry raya.. Ade aku kisah nak update entry raya ke berapa.. aku peduli apa..



Kalau nak kata entry dah basi, peduli apa.. Raya kan 30 hari... Aku puasa 30 hari (sangat) jadi aku raya pun 30 hari lah... Apasal mood raya kau dah habis dah ke..? Oh kau puasa tak habis eh..? Sebab tu mood raya kau pun dah habis kan..? Ok melalut...


Kawasan aku ni tak sah kalau malam raya tak pergi Kampung Talang.. ade ape kat kampung Talang..? Ni haa aku nak story.. Meriam Kampung Talang lah akan kedengaran di malam Raya.. bermula dari 12 tgh malam sampai lah jam 5 pagi.. Kedengaran macam tak munasabah, tapi realitinya begini lah rutin tahunan yang berlaku dekat Kampung Talang ni...



Anyway, takde ape yang aku nak ceritakan pasal raye aku tahun ni sebab semuanya hambar dari hari raya pertama sampai lah seminggu berikutnya sepanjang aku bercuti.. Hambar macam mana..? Terlalu privacy untuk aku ceritakan masalah family aku kat sini..  Aku happy tgk update raya korang semua di Fesbook... aku tumpang gembira.. Alhamdulillah...


Aku ade teka teki.. Sape jawab betul aku bagi hadiah berupa Kandel Lite Dinner dengan aku dengan syarat kau blanje... Soalannya, ade berapa batang lemang dalam gambar di atas tu..? Kih3...

~KORN~

REZEKI BUKA HANYA PADA DUIT SEMATA-MATA

Hype

Entry ni lebih kepada luahan perasaan aku yang tak terhingga.. Luahan perasaan yang aku tak pernah sangka akan aku tulis di sini.. Aku terfikir beberapa kali perlu ke aku tulis semua ni, atau perlu aku diamkan sahaja dan biar masa berlalu begitu sahaja...


Cerita nya begini, Memang tiap-tiap tahun aku dapat bonus 2x setahun. Sekali pada awal tahun dan sekali pada sebelum perayaan.. So awal tahun haritu aku tak dapat bonus banyak di sebabkan projek tak berapa nak untung, jadi dapat lah ala kadar sahaja.. Jadi baru ni aku target akan dapat lah sebab nak raya kan.. Tapi end up bila bos aku kasi slip gaji, guess what..!!!? Takde bonus jugak.. Expectation kau nak beraya dengan duit bonus hilang macam tu je... 


Part ni aku macam susah sikit nak explain.. Jadi aku kena guna bahasa kias-kias2 je.. Perumpamaan die macam ni.. Sebelum ni aku dah biasa makan nasi dengan ayam.. One day atas sebab tertentu mak aku tak bagi aku makan nasi dengan ayam.. Sampai bila, takde mase dapat tentukan.. Mungkin sampai mati..  Hanya mak aku je dapat tentukan benda ni.. Tapi satu hari mak kau cakap, mulai sekarang kau dapah boleh makan nasi dengan ayam semula setelah sekian lama.. Itu lah perumpamaannya.. Jadi, nikmat yang kau peroleh masa sangat-sangat tak terhingga.. 


**********


Jadi bila aku fikirkan balik, ade hikmah kenapa aku tak dapat bonus gaji.. Dan aku sangat bersyukur dengan nikmat tersebut, nak pulak nikmat tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.. Berkat Ramadhan barangkali.. Aku fikir sejenak, kalau inilah nikmat yang kau berikan, aku rela tak dapat bonus tersebut asalkan 'aku dapat makan nasi dengan ayam'.. 


Cerita nya belum habis takat tu, selepas beberapa hari aku masuk kerja, bos aku panggil dan bagi cek..! Serius aku tak sangka dapat bonus time tu.. Fuhh, tiba-tiba aku terbayang, nikmat Ramdhan kali ni sungguh tak aku duga sebegini besar nikmatnya.. Bukan apa, sebelum2 ni kalau bonus di bagi sekali dengan gaji. Tetiba kali ni di asing2 plak dengan gap beberapa hari.. 

Alhamdulullah rezki...


~KORN~

PEMANDU LAHANAT PART 2

Hype 

Kembali lagi kita dalam topik Pemandu Lahanat Bahagian 2.. Kali ni abam nak kongsikan pemandu lahanat yang abam sniri alami.. Situasi kali ni begini.. Pada suatu petang yang damai, di sebuah traffic light sementara menunggu lampu bertukar hijau... Tadaaa abam attachkan gambar..


Comelkan abam lukis..? ok abaikan... Nampak tak ketahian depan kereta abam tu.. abam tau lah abam ni penyabar orang nya.. tapi abam tak xboleh tgk situasi begini atas  jalan raya.. eh, paham tak gambar ni..? 


Macam ni, waktu tgh hari atau petang pabila suhu mencapai 400 kelvin height, kebetulan nak tunggu lampu isyarat tukar hijau, kau nampak ade sebuah pokok tepi jalan raya tu, maka bawah tu redup lah kan.. maka kau tanpa pikir orang belakang, kau terus berhenti baik punya bawah pokok padahal depan kau boleh muat 10 bijik kereta lagi.. okeh part ni abam boleh sabar lagi.. 


PArt yang abam tak boleh sabar tu, bila lampu isyarat dah tukar hijau baru kau nak terkial2 tukar gear, baru nak jalan.. Then sampai turn abang kat traffic light tu dah tak lepas, then abam kena tunggu recycle skali lagi nak lepas traffic light tu.. Ketahian betul bila abam kena situasi cenggini.. 


Takpelah, abam malas nak cakap banyak, abam mintak kalu ade kete berhenti bawah pokok lagi pasni sebab nak redup tu, abam mintak kereta dia di panah petir.. Ah kejam nya abam.. Maaflah abam tertengok Misteri Mat Lampir semalam.. jadi abam terbawak sikit2 kekejaman tu.. 

Terima Kasih..

~KORN~

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Hype

Abam dah join.. Jom lah join.. =)
Term n Rules nya mudah sangat. xpe lah.. nak join klik banner bawah ni.. =)



~KORN~


PEMANDU LAHANAT PART 1

Hype

*Sambil pasang lagu Ramli Sarip - Batu
Mula-mula aku nak taip entry ni dengan cool.. apakan daya stress mengusai diri bak SonGoku jadi super saiya.. Abaikan SonGoku menjadi Super Saiya sebab aku nak citer benda lagi best dari ni.. Pemandu lahanat berada di mana2 di depan belakang kiri kanan.. Nasib baik atas jalan raya kereta tak boleh terbang je.. kalau tak dari atas pun ade pemandu macam lahanat..



Agak2 paham dak cemana pemandu depan aku tu buat..? cenggini.. Aku merempit je.. Bila nak dekat sampai simpang tu.. sambil tunggu lampu merah tukar hijau, kereta semua queue la tunggu turn.. yang aku ni nak belok kiri gi Nepal, sapai kereta depan aku ni pon nak belok kiri jugak tapi tak lepas.. Die punya makan side sampai betul2 tepi kerb.. 


Hoi, kau dah tau kereta kau besar, memang tak lepas kau gagahkah diri himpit jalan ketepi dengan harapan kereta kau akan menguncup jadi mcm motor dan lepas ke.. Wadepak berangin je aku rase time cenggini.. 

Yess, kau dah tahu tak lepas, kau stay je lah dengan lorong kau tunggu sampai lampu hijau then jalan.. Tak perlulah nak himpit sampai tepi tutup lorong kecemasan sampai moto nak lalu pun tak lepas.

Yes, mesti ade cakap kenapa aku tak lalu ikut kanan je potong macam kat bawah ni..


Situasi die mudah je.. Bukan tak mahu potong macam tu.. Cuba imaginasi kalau time puncak oang balik kerja.. Mat motor yang balik dari kerja bukan aku dorang.. berduyun2.. bila sampai yang perempuan ni, dorang kurang keyakinan untuk mencilok, dan akan terus stuck kt blakang kereta lahanat tu.. Maka yang lain2 pun nak tak nak kena tunggu lah sampai lampu hijau.. 

Huhhhh... Stresss...!!

~KORN~

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

Hype.

Im join. sape2 nak join boleh picit2 banner bawah ni.




INSIDIOUS CHAPTER 3 : BEST KE..?

Hype..

Sabtu lepas berkesempatan la aku and the geng nak tgk movie ni Insidious Chapter 3.. Aku sebagai peminat horror movie boleh katakan movie ni adelah antara movie horror yang berjaya membuatkan aku cuak.. Aku salute pada director yang berjaya buat unexpect suspend incident dalam cerita ni.. Eh tercakap omputeh lak.. Maksud aku, director ni pandai la gubah cerita untuk buat penonton cuak.. part cuak tu part yang tak di jangka plak tu.. 


Walaupun begitu, kalau nak di bandingkan dengan Insidious Chapter 1 dan Chapter 2, Chapter 2 lebih seram dalam ketiga-tiga chapter ni.. mungkin chapter 3 ni garapan cerita lebih simple berbanding yang sebelum ni yang lebih banyak konflik berlaku.. 


Sebenarnya aku tak tahu pun cemana cerita ni boleh jadi horror.. Yang aku dapat pastikan sound effect die memang memain peranan yang paling penting.. Manakan tidak, sound effek die je sudah boleh buat jantung aku berdetak lebih kencang.. Pastu kekadang xde sound, part ni lagi lahanat senyap2 pastu tetiba hantu kuar dengan sound effect yang kuat.. Aku pun tak tahu terkejut sebab sound atau terkejut dengan hantu tu..




Okeh tu je review aku untuk cerita ni.. Kalau nak tau cerita ni pasal ape. pergi la tengok movie tu kat wayang.. Aku pun bayar nak tgk movie ni.. bukan free.. By the way, berbaloi jugak lah kau bayar harga tiket untuk tengok cerita ni.. Secara keseluruhan aku bagi 4/5 bintang..

~KORN~

1st SEGMEN & GIVEAWAY By Afidah Azmi88

Hype

Layan segmen plak kali ni. Kalau nak join boleh klik banner bawah ni. Buat mase skang ni nak join orang punya segmen je. Tak lama lagi nak buat segmen sendiri plak. Hehhe


~KORN~

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Hype..

Mood hari ni memang kelaut.. Monday Blues agaknya.. ok layan Giveaway plak kali ni.. Kalau nka join kli bawah ni saje.. Aku maksudkan klik banner bawah ni...


~KORN~

CONTEST SAYA NAK HADIAH by SYAHIRAH VALIANT

Hype. 

Join contest lah kali ni sdebab di invite sendiri owner blog beliau. Nak join meh klik bawah ni skali. Mai2 reramai join sini.. Dah join ajak lagi yang lelain join.. Pastu bawak lagi rakan kepada rakan yang lain join.. Wah ayat aku kemahen boleh buat sistem MLM. haha



~KORN~

SEGMEN BLOGWALKING CUTI SEMESTAR by PARIHH

Hype..
Perghh.. Rase dah lama giler kot aku tak join sebarang giveaway, or segment or seangkatan dengan nya setelah menghilangkan diri bertapa kat Gunung Daik Bercabang Tiga.. setelah dapat master kini baru datang semula tengok blog maka terjadilah entry ni.. So simply the story nak join Segmen Blogwalking Blogger hebat Parihh ni..






Nak join.. Klik SINI, SINI dan SINI... Klin Banner pun buleh.. OKEI, Happy bersegmen and blogwalking.. 



p/s : Takde entry buat sementara. nak join segment blogwalking je buat mase sekarang.. Ade segmen yg nak suruh aku join..? Mai habaq sini.. 

-KORN-

CERITA SERAM TAHAP PACAK BULU ROMA

Hype...

Hujan turun.. basah rumput sampai bertakung.. membasahi bumi.. Yang kedengaran hanya bunyi katak dalam longkang, bersahutan bersama sang cengkerik.. Dahsyat... sedahsyat intro aku, yang berpujangga habis.. Melihatkan jam, sudah jam 11.30 malam.. yang pasti bukan malam jumaat.. tapi aku nak tipu sikit, bahawa memang malam jumaat, bagi bertambah seram.. 


Remote control tekan channel 433.. ya, cerita seram.. The Conjuring.. lengan melapik kepala, melayan cerita seram sampai ke pagi.. Ruang tamu berhadapan dengan balkoni.. Tirai di leraikan, untuk mengelakkan makcik karipap lalu depan balkoni.. Seram mak..!! 


Ting..!! Jam sudah mahu menunjukkan jam 1 pagi.. nama-nama pelakon conjuring tu pun dah terpapar jelas di skrin.. maksudnya cerita dah habis.. babak-babak seram masih lagi utuh di ingatan.. dari ruang tamu nak masuk bilik terpaksa melalui bahagian dapur.. sedikit gelap.. semua suis letrik di ruang tamu di tutup.. Mata cuma tertumpu pada bilik, agar tiada gangguan2 mistik berlaku.. 


**********


Sampai bilik tak fikir panjang, terus naik atas katil, baru nak tarik selimut baru teringat, terlupa nak kencing.. Aku gagahkan jua keluar bilik pergi toilet.. Aku kencing.. tepat pada sasaran.. Bull Eye..!! Tahniah pada diri sendiri.. dan flush pun di tarik.. Legaaa... cerita part seram belum lagi bermula, tapi dah 4 perenggan aku merapu.. Takpe2.. teruskan dengan mood seram..


Aku masuk semula ke bilik dan tutup pintu.. Yang bermain di fikiran cuma part-part seram dalam Conjuring tadi.. lahanat, entah bila nak pupus dari ingatan ini.. Suis lampu di tutup dan cepat-cepat aku naik atas katil.. Meraba selimut entah aku letak di mana.. Raba punya raba, aku tersentuh akan sesuatu yang berbulu, bulu apakah ini..? Oh bulu selimut aku rupanya... 


Sunyi.. suasana dalam bilik aku terus sunyi.. mata tak mahu terlelap, tiba-tiba aku terdengar bunyi bas mini aku berbunyi. Ya, koleksi kenderaan mini dalam bilik aku... Ah sudah, kejadah apa pulak ni.. yang aku tahu bas mini aku ni akan berbunyi jika tayarnya di sentuh atau pintunya di buka.. Ini tetiba berbunyi tanpa sebab, tanpa ade yang menyentuh mahupun membuka pintunya.. aku semakin seram..!! ahhh.. permainan apa pula ni.. bukan masa nya aku nak main hide and seek..!!


Aku tak fikir banyak tarik selimut tutup muka terus pekak kan telinga.. tapi tetap tak boleh tidur.. terfikir plak cerita Conjuring tadi, adekah yang telah mati di zaman gelap itu telah masuk dalam bilik aku dan main bas mini aku tu..? Ah, makin seram bila aku fikir.. krik krik krik dan aku terus tertidur sampai keesokan paginya... Hye..!! selamat pagi.. 


KORN

ENTRY MENGETUM

Sila baca sampai habis. kalau nak baca sekerat, lebih baik jangan baca

Hype...

Selepas empat belas hari tiga malam tanpa bintang aku memikirkan entry ape yang sesuai untuk di up kan dalam blog, makin mati akal...Contoh nya aku tgh free nih, dok depan laptop, pasang lagu Potret-Akim&Magistrate (lagu febret buat aku mase sekarang) bukak blog tekan button 'new post'... Ting....!!!! Berterabur semua idea-idea lari sampai tak tinggal satu pun.. Nokharom betul..! Idea nak menulis blog ni bukan macam pergi pasar pilih sayur masuk bakul pastu bayar... Kalau camtu, setiap jam aku boleh up entry macam blog si.......*some text missing. kah kah kah


Idea tu slalu datang time lahanat tak kena timing.. Selalu giler jadi kat aku.. Sebagai contoh, aku ni mat rempit tahap 2.. Pergi kerja naik motor.. Tengah-tengah traffic light main tukar-tukar lampu tu, macam coklat kokokrunch tumpah ke ladang gandum, dan pommmm...!!! begitulah imaginasi idea untuk buat entry tu datang... Takkan la aku nak bukak laptop buat entry kat tgh2 traffic light tu plak kan... 



Memerut.. Ni lagi satu timing yang mudah hati dan minda terbuka untuk buat entry.. Aku tak pasti mengapa.. Tengah best dok cangkung sambil dengar sound efek plop..!! perghh idea datang nak menulis time tu jugak.. Tetiba terfikir bagus jugak letak meja dalam jamban, boleh letak laptop.. Maksudnya sambil memerut, boleh taip entry.. jimat masa... *3 minit kemudian... plopp..!! dengar bunyi efek lagi.. Idea buat entry kedua pulak datang.. Jadi hipotesis di sini, semakin banyak bunyi plop, semakin banyak idea untuk entry..


Aku dah rest 10 minit pastu aku tak tau nak sambung entry ni dengan ape... hasutan Syaiton mungkin.. Jadi aku publish terus lah.. Nampak..? Bukan senang untuk idea menulis tu datang.. Lunch time..!! rase nak jamah Kepsi.. tgk wallet ade 3 keping je 3 ringgit.. tunggu gaji lah nampak nya



ROADTAX DAH MATI

Hype..

Pagi-pagi pergi kerja,
pergi kerja naik moto,
moto pulak roadtax dah mati
baru sbulan aku sedar yang ia dah mati...

roadtax mati dah nak masuk dua bulan
bulan depan masuk 3 bulan
bawak motor selambe je takde roadtax..
nampak polis buat roadblock aku terus break emergency...

Motor aku roadtax dah mati
nak pergi hidupkan kena pergi pos opis,
bukan malas nak pergi hidupkan
nak tunggu nombor tu yg malas

Roadtax mati bukan sebab menteri
eh kenapa aku tersebut perkataan menteri ni,
xpe aku cancel pantun ni...
Ni sume sebab GST... <--ok xkena mengena

Naik moto takde roadtax pergi pasar nak beli sayur
Sayur pulak xjual di pasar
kat mane nak cari sayur ni
ade org tu cakap kena tanam sendiri..




Hahaha.. kenapa baca macam pantun..? ni bukan pantun lah... ni puisi cacamerba macam cilaka... Aku rase macam nak sambung lagi je puisi ni part 2... Amacam..? The conclusion is roadtax aku dah mati... sekian terima kaseh.. tocey tocey

MIKEY DAH JADI BAPAK

Hype...

Mari kita flashback ke entry zaman batu aku dulu di SINI .. Kucing aku dah jadi bapak kepada 3 anak yang comel.. Hehe.. Dua dari anaknya ikut warna dia.. dan seekor lagi warna oren yang datang dari keturunan mane tak tahu lah..


29 March jam 1 pagi merupakan hari bersejarah buat Mikey.. Sekali gus menemplak mulut2 syaiton member aku yg mengatakan kucing aku tak mampu memberikan zuriat... Kahkahkah... Suka aku ingtkan bahawa kucing parsi ni memang lambat matang..


Sebagai contoh kucing membe aku yg digelarkan nama Beemo berusia 8 tahun baru berjaya dapat title bapak... satu jangka masa yang sangat lama... Eh ape aku dah masuk cerita kucing orang lain pulak... Tak nak amik tau kucing orang lain... Full stop... ahaha


Berbalik kepada anak kucing tadi, aku masih tak berikan nama lagi.. Sape2 ade cadangan nama anak kucing boleh lah suggestkan.. Aku nama kan satu suku kata je macam John ke, Ben ke, Tron ke... btw dari pemerhatian aku kitten tu 2 jantan and 1 betina... Tak pelah yang penting membesarlah dengan sihat...



ENTRY UNTUK SEBULAN

Hype

Rasanya macam baru semalam je update entry... Rupanya dah sebulan tak update... Sebulan sebelum tu tak payah citer lah.. Ahh dasar pemalas lagi super pemalas.. Dah malas, hensome pulak tu.. Ehh macam tak masuk je.. Ape-ape je lah...



Guess what...? Untuk suku tahun pertama aku tahun ni adalah paling teruk sekali rasenya... Nak tahu kenapa..? Aku tak dapat bonus... Arghhh i feel like wanna jump from the table into the floor... Rendah nya aku jump.. Hahaha... Bukan itu yag menjadi permasalahan... 



Problemnya aku kena cut-off semua perbelanjaan.. Dan yang paling ketara tahu tak apa..? Aku tak boleh nak pergi vacation jejauh... Arghhhh... What the ikan lah..!! Its okei aku kena redho kerna hari esok sape tahu.. Mana tahu tgh bulan nanti kot bos nak kasi bonus 10bulan skaligus ke.. Who knows kan.... Oklah.. Chow...Jumpa sebulan lagi



Jap jap jap.. Aku nak delete blog ni.. pastu aku nak bukak blog baru dengan personaliti lain... dengan kata lain, blog ni lenyap dan aku akan muncul sebagai orang lain yang orang tak akan tahu itu adalah aku... Okei kan...?


~KORN~

PENGALAMAN JUMPA DENGAN BAKAL MAK DAN ABAH MERTUA

Hype

Dup dap dup dap... cemana nak mulakan story cenggini.. tak pe lah kita cerita dari mula lah senang.. so takde lah susah aku nak pening untuk susun ayat supaya tak terbelik-belik cerita aku nanti.. Ye tak.. okei... cerita pun bermula...


Dup dap dup dap... Aku bangun pagi mase tu terus buka tv.. Pasang channel Cartoon Network.. Yeah, my fevret cartoon. Oggy and the Cockroaches lawak gampang dari 3 ekor lipas tu... Gelak sakan aku tengok citer tu.. 


Ding Dong... tetiba bunyi loceng umag aku


Buka-buka pintu, takde sape.. Haish hilang stim ja aku nak layan kartun pepagi ni... Aku tutup pintu balik.. Gedegang...!!! Sambung layan tv... 


Ding Dong.... Loceng berbunyi lagi... 


Aku buka pintu.. 


TAMAT


Kenapa cerita takde kena mengena dengan tajuk..? Pasti menjadi persoalan kan... Tak mengapa.. biarlah persoalan terus menjadi persoalan.. Nanti bila aku bersedia aku cerita kan yang sebenarnya..

Izinkan aku menangisi untuk seketika..

~KORN~

BEST KE TAK : INTO THE WOODS

Hype

Jumaat lepas dah tengok Into The woods. Kamu tak tgk lagi ke..? Kesian... Bawak2 lah rest dari kesibukan kerja pergi tengok wayang.. Sebab nya citer ni tak payah pon nak suruh kamu fikir.. cerita yang enjoy dengan lagu2 nya dan jalan cerita yang menarik... 


Boleh di katakan cerita ni tidak membosankan.. sebab setiap scene menjanjikan what will happen next.. hahgituhh..! Pepandai je aku ekspressikan cerita ni.. Tapi betul lah aku tak tipu... Jadi dengan harga tiket 12rm tu aku rase berbaloi lah dengan cerita ni.. 



Overall aku kasi 4.30 / 5 stars yang mana kepuasan dari cerita ni aku boleh berpuas hati.. Ni cuma pandangan aku je.. Orang lain aku tak tau lah.. Kalau tanya aku berbaloi tak kalo tgk cerita ni kat wayang..? Aku akan jawab Yess..!

~AMATKORN~

FEBRUARI PENUH DUGAAN

Hype..

Januari kembali lagi... Apa yang pelik nya, bulan ni aku rasa banyak sangat duit yang nak kena gunakan.. Nampaknya tabung ayam nak kena pecah, tabung buluh nak kena pecah, tabung rimau nak kena kuar... Haish tabungnya je yang banyak... Tapi fulusnya..?


Kemana je pergi nya untuk spend duit ni..?
1. Kena pindah rumah baru.. Monthly 800rm.. So deposit kamu boleh agak sniri la dengan upah agen lahanat lagi.
2. Servis kereta. Bulan Feb jugak kereta nak kena servis. Nka buat macam mana dah next servis bulan ni jgk.
3. Kereta rosak. belom sempat servis kereta dah tak boleh start. Dah 3 hari x boleh start. hai pomen help me.
4. Pergi Hatyai. Memang dah plan lama nak pergi Hatyai bulan Feb. Sbb da janji ng membe2 jadi kena la pergi jugak. jgn pk bukan2, kami pergi sana nak makan2 n jalan2 naik gajah.. katanya makan kat sana sedap. 


Seriously, bulan Feb ni out of budget.. So ikat perut, jauhi shopping mall...!

#p/s : rumah baru ade gym. boleh jadi abam sado lah lepas ni.

~AMATKORN~