21MEI2012 ~ SETAHUN SUDAH BERLALU

Hype

Masa tu, 20 Mei 2011 pada jam 3.30 aku masuk ke wad kecemasan, Hanya 2 orang sahaja di benarkan masuk.. Aku dan anak sedara aku masuk dahulu... Selepas memakai pakaian keselamatan dan penutup mulut, aku pergi berjumpa ayah aku yang terlantar di atas katil.. Banyak wayar kat badan ayah aku.. Dan mulut pula di tutup dengan alat bantuan pernafasan... Di sebabkan alat bantuan pernafasan, agak sukar untuk ayah aku bercakap.. Ayah aku meronta2 seolah2 ingin berkata sesuatu... Doktor  tak bagi ayah aku banyak bergerak... Jadi ayah aku tetap berkeras meronta2 ingin berkata sesuatu....


Untuk mengelakkan ayah aku banyak bergerak, aku sempat bercakap dengan nya sambil aku berjanji nanti lepas ayah aku sihat nanti, kita akan sembang lebih panjang.... kemudian aku keluar atas nasihat doktor.. Kalau lebih lama aku dalam bilik tu, kemungkinan ayah aku akan bergerak lebih banyak...


Selepas aku keluar dari wad kecemasan tu, mak aku pula masuk... Lepas aku keluar, aku terfikir, apa yang ayah aku nak cakap dengan aku.. Lama aku fikirkan perkara ini.. Keesokan hari iaitu 21 Mei 2011, Aku dapat panggilan dari hospital mengatakan ayah aku semakin tenat... Agak kelam kabut aku dan family ke hospital, sesampai di hospital, ayah aku dah pon meniggalkan kami untuk selama nya...


**********


Sebak aku masa tu, emosi aku boleh di kawal lagi pada mulanya.. Selepas aku call adik beradik yang lain, masa tu aku dah tak dapat menahan airmata... Orang kata kalau time cam ni, tak elok menangis... Aku cuba sedaya upaya untuk menahan air mata.. Sepanjang hari tu, aku bersama ayah aku dari saat memandikan, membawa ayah aku ke kampung dan juga di kebumikan, dan boleh di kata kan aku yang paling rapat dengan ayah aku di saat hari terakhir... Alhamdulillah semua settle dengan sempurna...


Tapi aku masih tertanya-tanya sebelum ayah aku pergi, kan ayah aku ingin berkata sesuatu kat aku masa tu....  Itu yang aku kesal kan... Tambahan pula aku dah berjanji akan bersembang lebih panjang bila ayah aku sihat nanti... Tak pe lah, aku terima dengan apa yang terjadi, semua terjadi kehendak Dia... Aku berdoa kepadaNya agar aku dapat berjumpa dengan ayah aku semula, Alhamdulillah dalam mimipi aku bertemu ayah aku, dan ayah aku sampaikan apa yang ingin di perkatakan sembelum ia pergi...


Semoga ayah aku tenang di sana.. Amin..

~KORN~

26 ulasan:

  1. banyak2 brsabar adik... yang penting kita y hidup x lupakan mereka y dah pergi... dan yang penting doa kita utk mereka disana..... al-fatihah...

    BalasPadam
  2. Al-fatihah...

    banyakkan bersabar ye bro.. dan, jangan lupa rajin sedekahkan al-fatihah dan doakan dia kat sunia sana. tiada apa yang dia inginkan sekarang kecuali doa anak2nya.. dan, pasti kita juga akan menyusul selepas ini...

    BalasPadam
  3. al-fatihah buat arwah ayahanda mu
    moga tenang di sana.doa kan buatnya.

    teruskan kehidupan.

    BalasPadam
  4. sabar ye Korn .
    Kalau rindu dan teringat pada arwah, banyak sedekahkan alfatihah dan bykkan kita perlu berbakti di dunia ni supaya dia 'ringan' di alam sana.. Amin.

    BalasPadam
  5. salam takziah. sabar ye korn. al fatihah utk beliau. smoga tenang disana. amin. amin. amin.

    BalasPadam
  6. alfatihah dan salam takziah.. smoge arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman..

    BalasPadam
  7. tabahkan hatimu wahai sahabat. jangan pernah lupakan arwah, semoga arwah tenang disana. al-Fatihah.

    BalasPadam
  8. sedekahkan alfatihah,,,

    BalasPadam
  9. sedih..nur baca pun rsa sedih juga..dan buat nur pun tertnya2..apa la arwah pesan kat korn..xpela..ingat la pesanan dia tu..buat kali terkhr.. =)

    BalasPadam
  10. Al-fatihah. Semuga arwah ayah ditempatkan bersama org2 beriman.

    Btw, alhamdulillah kau dpt jumpa semula ayah kau dalam mimpi. Bkn sng Allah nak makbulkan kehendak macam tu. Tak ada apa lg aku boleh cakap. Doakan ayah kau byk2 ye! Mak ayah aku dedua ada lagi, alhamdulillah. So, aku tak tahu macam mana rasanya kehilangan macam kau. Aku harap, aku mampu setabah kau bila sampai masanya nanti. & aku harap bkn sekarang.

    BalasPadam
  11. tabahkan hati.. semoga ayahmu tenang di sana.. anak yg baik pasti mendoakan kesejahteraan ibubapa..

    BalasPadam
  12. dah setahun berlalu....harap korn tabah hadapi semua ni.. moga arwah ditempatkn diklangan beriman, korn bnykkn la berdoa utk arwah ayah korn k.. al fatihah..

    BalasPadam
  13. sabar ye..sedekah kan al-fatihah selalu..semoga roh arwah ayah awk tenang di sana:)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah tercapai gak hajat. teruskan berdoa utk ayah ye.
    Al-Fatihah.. :)

    BalasPadam
  15. T__T al-fatihah utk arwah. alhamdulillah lepas jugak ape yg arwah nk smpaikn :')

    #rindu arwah mak :\

    BalasPadam
  16. sebak.wa ade ayah lagi dan wa takut nak rasa saat kehilangan tu..takut wa x kuat :(

    InsyaAllah allahyarham ayah korn aman disana..doa selalu.InsyaAllah ~

    BalasPadam
  17. semoga ayah korn tenang di sana :)
    sabar ye korn :)

    BalasPadam
  18. Sabar dan banyak berdoa la untuk arwah.

    Al-fatihah

    BalasPadam
  19. smoga Allah mencucuri rahmat ke atas nye..
    kuat smngat ye..(=

    BalasPadam
  20. al fatihah ..ayah sis pun dah takda..semoga ayah kita tenang di sana :')

    BalasPadam
  21. Sentiasa titipkan doa.. Selamat Menyambut Bulan Rejab sahabat... =)

    BalasPadam
  22. semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman.insyaallah:)

    BalasPadam
  23. sedih plak..salam takziah bt korn..moga arwah dcucuri rahmat..alfatiha ~

    BalasPadam
  24. sabar bro, yang pegi tetap pergi dan yang tinggal teruskan berdikari.. jangan lupa doa kat arwah ye salam dari arjuna :)

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...