FENOMENA KIRIM SALAM

Hype

Situasi 1 : "Korn, nanti balik Penang kirim salam kat Salmah Gebu ye"

Situasi 2 :
"Eh Korn, ko nak keluar ke"
"Haah nak gi jumpa Cik Senah Al-Unta"
"Oh Senah jual karipap tu ke, nanti jumpa kirim salam ye. Cakap aku rindu nak makan karipap dia"

Selalu kan ade membe, sedara, pakcik, makcik, mak mentua, jiran, spupu kau yang mudahnya mengirim salam cenggini.. Tahukah kau sedang di kirimkan sebuah amanat yang amat besar akan tetapi kebiasaannya selalu di ambil mudah oleh orang pengantara..? Kau lah orang pengantara tu. Kita ni lagi 4 tahun dah nak masuk tahun 2020.. Ya..!! Zaman serba canggih dengan teknologi moden yang mana kau boleh tgk kereta terbang syiuuu sana syiuuu sini... Mimpilah..!!

Yang aku tak paham, zaman sekarang ni zaman teknologi hujung jari..Zaman serba canggih.. Whatsap wechat skype ym dan memacam jenis apps lah boleh contact, masih jugak nak kirim salam. Banyak pengantara boleh di gunakan, tetapi kenapa masih mahu gunakan orang sebagai org tengah untuk sampaikan kirim salam.. Tak pahamlah aku..

Tak salah pun sebenarnya nak kirim salam.. Akan tetapi, salam ni kebiasaannya tak sampai ke penerima.. Sebabnya:
i. di anggap benda ni (kirim salam) tak penting
ii. di pandang remeh
iii. lupa
iv. dll <--pandai-pandai lah tambah sendiri


"Korn, pakai semart2 ni nak jumpa awek ke, nanti kim salam awek eh"

Choi..!

Yang ni bahaya.. Silap-silap haribulan, awek kau pun di kebas nya. Eh ni aku bagi contoh je. bukan betul-betul jadi kat aku pun. Kalau jadi kat aku pun xpe, aku ade spare part awek lagi 7 orang.. (okei ini tipu). So sebelum kau kirim salam tu tengok lah keadaan dengan orang dan keadaan.. Kalau stakat org yang kau nak beri salam tu org yang hari2 kau mesej, baik tak payah ler... Lain lah kalau org yang kau nak beri salam tu beeratus kilometer dia duduk, pastu dah baper tahun tak juma tak contact.. Ye dak..?

~KORN~

33 ulasan:

  1. Salam korn. kirim salam dekat saleh ye okbai

    BalasPadam
  2. aku pn slalu xpaham..knapa ada istilah kirim salam??

    BalasPadam
  3. hehe..lama tak singgah sini :)

    BalasPadam
  4. kirim salam ke awek ko oi! haha

    buat manis mulut je dorang2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. manis mulut sampai xde point nk cakap sudah kirim salam.

      aku syak mulut de mesti masam kan

      Padam
  5. sebab tu kita kene selalu jwb insyaAllah akan disampaikan salam tu. sbb takut lupa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah sebaik nya untuk selamat. kan?

      Padam
  6. betul2....dah lama sangat xde org kirim salam...*tetiba*

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ade org tu lupa nak sampaikan salam kat kau agak nya

      Padam
  7. salam perkenalan ..

    smartiesmoo.blogspot.kr

    BalasPadam
  8. Erk.... Hutang kirim salam nie laa paling berat sebenarnya --'

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke. itu tak pasti sb sy x jumpa hadis atau ape rujukan ttg ni. (mugkin malas cari barangkali)

      Padam
  9. hahahahahahaah ok fenomena ni sgt la betul n lawak lagi lagi part kirim slm awek nnt mungkin akan dikebas haha!

    BalasPadam
  10. klu orng kirim kt aku mmg aku sllu lupa., yela kirim kosong jer., salmnya xbagi., huhu bleh ker.,

    bgi slm sndiri kn lg bagus., zaman teknologi dah cnggih., stakat nk ucp slm ujung jari pun bleh., hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... sume dah ade depan mata.. teknologi makin canggih

      Padam
  11. hahaa,,, kirim salam dengan rang yg hari2 dia msj, sweet la kononnya tu kot,,hahahaaa ><

    BalasPadam
    Balasan
    1. sweet pebenda nya. naik mnyampah. haha

      Padam
  12. takfaham sebenarnya kenapa orang berkirim salam nie. nak bersalam, salam la depan2. hahaha tetiba kan.

    BalasPadam
  13. kan.... salam depan2 senang. ni nak kirim2 lah

    BalasPadam
  14. dari dulu lg aku tak suka org kirim salam. kirim lah duit ke, makanan ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kirim lain takut xsmpi maybe. kirim mknn nnti kau abis mkn dlm perjalan ekeke

      Padam
  15. HAHAHAHA, kalau yang last tuu, awal-awal lagi mormor cakap, "mimpilahh!". kahkah, insekiur :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. alah gurau2 jer yang tu. biasalah member2.

      Padam
  16. kirim salam maut.. glamour jugak dulu.. hahahahahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah lah glamer gak tu dulu. but this juz kidding n salu nya mmber rapat kan kan kan

      Padam
  17. nice entri korn.. aku pun dah lama pikir apsal la org2 tua la selalunya nak kirim2 salam ni. Menyusahkan aku nak ingat je...biasanya memang aku lupa la. Tapi aku nak tanya kau satu soalan memandangkan kau dah kupas isu ni.

    So, aku nak tanya...kalau ada org kirim salam kat aku, dosa tak kalau aku x nak jawab? sebab kadang2 aku x jawab, aku cuma..."hmmm..ok.." Jawab korn kalau kau terer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. keh keh. aku rase dah mcm dlm program bual bicara tanya lah ustaz korn. haha. ustaz korn..? sedap pulak nama aku ni.

      yg tahu aku boleh la jawab. yg soalan melebihi luar cakerawala minda ni kne refer yg lebih afdhal. tp untuk soalan ko ni aku slalu pegang kepada 'memberi salam tu sunat, menjawab salam tu wajib'. jadi kalau benda wajib kalau tak di buat maka akan jatuh dosa.. jadi kes kau ni masih belum terlambat untuk jawab salam tu. wallahualam

      Padam
  18. biasa kalau bergayut dengan mak, bila nak letak phone mesti mak suh kim salam dekat kawan2, dekat adeik beradik kat sini.. dengan kita sekali suruh mak kirim salam dekat semua orang kat kampung wakakaka..


    pernah dngr org kabo kalau ad org kirim salam, kita kena sampaikan salam tu. kalau x dosa. entah betul ke x. x tau sejauh mana kesahihannya. biasa kalau org suruh kirim salam, kita in sha allah ajela.. hew.. sorry terpanjang pulak komen nie. bye

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...