REZEKI BUKA HANYA PADA DUIT SEMATA-MATA

Hype

Entry ni lebih kepada luahan perasaan aku yang tak terhingga.. Luahan perasaan yang aku tak pernah sangka akan aku tulis di sini.. Aku terfikir beberapa kali perlu ke aku tulis semua ni, atau perlu aku diamkan sahaja dan biar masa berlalu begitu sahaja...


Cerita nya begini, Memang tiap-tiap tahun aku dapat bonus 2x setahun. Sekali pada awal tahun dan sekali pada sebelum perayaan.. So awal tahun haritu aku tak dapat bonus banyak di sebabkan projek tak berapa nak untung, jadi dapat lah ala kadar sahaja.. Jadi baru ni aku target akan dapat lah sebab nak raya kan.. Tapi end up bila bos aku kasi slip gaji, guess what..!!!? Takde bonus jugak.. Expectation kau nak beraya dengan duit bonus hilang macam tu je... 


Part ni aku macam susah sikit nak explain.. Jadi aku kena guna bahasa kias-kias2 je.. Perumpamaan die macam ni.. Sebelum ni aku dah biasa makan nasi dengan ayam.. One day atas sebab tertentu mak aku tak bagi aku makan nasi dengan ayam.. Sampai bila, takde mase dapat tentukan.. Mungkin sampai mati..  Hanya mak aku je dapat tentukan benda ni.. Tapi satu hari mak kau cakap, mulai sekarang kau dapah boleh makan nasi dengan ayam semula setelah sekian lama.. Itu lah perumpamaannya.. Jadi, nikmat yang kau peroleh masa sangat-sangat tak terhingga.. 


**********


Jadi bila aku fikirkan balik, ade hikmah kenapa aku tak dapat bonus gaji.. Dan aku sangat bersyukur dengan nikmat tersebut, nak pulak nikmat tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.. Berkat Ramadhan barangkali.. Aku fikir sejenak, kalau inilah nikmat yang kau berikan, aku rela tak dapat bonus tersebut asalkan 'aku dapat makan nasi dengan ayam'.. 


Cerita nya belum habis takat tu, selepas beberapa hari aku masuk kerja, bos aku panggil dan bagi cek..! Serius aku tak sangka dapat bonus time tu.. Fuhh, tiba-tiba aku terbayang, nikmat Ramdhan kali ni sungguh tak aku duga sebegini besar nikmatnya.. Bukan apa, sebelum2 ni kalau bonus di bagi sekali dengan gaji. Tetiba kali ni di asing2 plak dengan gap beberapa hari.. 

Alhamdulullah rezki...


~KORN~

18 ulasan:

  1. alhamdulillah rezeki mak kau kat kg tu, bagi lebih sikit duit raya kat dia tahun ni ea :) apa yg aku belajar, dapat atau tak, lebih atau kurang.. itu rezeki kita. kadang2 kita lupa Allah ada janji.. kalau kita bersyukur, Allah tambahkan lagi rezeki yg ada :)

    BalasPadam
  2. Betul... rezeki tu sebenarnya dtg dlm pelbagai bentuk & cara...
    Selamat hari raya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,.. mungkin Ramadhan kali ni sy dpt lebih sikit

      Padam
  3. Rezeki bulan Ramadhan.



    Tuhan uji dengan kesabaran.




    Tiba2 mcm lapar pulak....hmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.. jom cari plastik hitam

      Padam
  4. hehehe .. bos saje nak but gempak je tu .. nak kasi surprise... .. lol~
    Sekarang, bak sini bonus tu ciked.. ingat nak komen ni free ke.. huhuhuhuhuh ..

    Take care,
    Bye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh thn jgk boss pny surprise. hehe

      Padam
  5. alhamdulillah syukur rezeki kau la korn time bulan2 puasa ni....yg part makan nasi dengan ayam tu aku dah pening dah baca...tinggi sgt bahasa kiasan kau ni....

    BalasPadam
  6. btw, tajuk entri tu aku ingatkan 'rezeki bukan..........' rupanya 'rezeki buka..........' memang betul ke tajuk entri ni camni?

    BalasPadam
  7. Rezeki buka? Buka ke... bukan? Lek lu korn, buka ada lebih kurang 10 jam lagi. Kikiki

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Mesti heppy nie. Kekeke Rezeki Ramadhan :)

    BalasPadam
  9. hehehe, dapat bonus boleh lah buke mewah2..

    BalasPadam
  10. Rezeki ada di mana2. :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki ramadhan..ada bahagian utk insan lain la tu..

    Rezeki mmg pelbagai cara, sihat tu pun satu rezeki, alhamdulillah

    Salam aidilfitri :)

    BalasPadam
  12. alhamdullilah laa rezeki ada cuma lambat mai jee..hihi biasa ima mmg awal awal pk bonus ni lebih kepada family. byk dpt mewah la dpt kita kongsi dengan family kita kann.....

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah rezeki banyak :)

    BalasPadam
  14. wehh baru teringat ko org penang enn. pesbuk dah takde erk? haaha jom lepaks

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...