A atau B atau AB

Hype...

Setelah umur aku mencecah 22tahun 3 bulan dan beberapa hari, Yaa maka hari ini terungkai sudah jawapan yang selama ini menjadi persoalan..... Ya persoalan yang aku sendiri soalkan.. Nak tau ape jawapan die..? Tadaa....



Hehe.. sebenarnya aku teringin sangat nak tau jenis darah aku.. selama 22 tahun ni aku x pernah tau pun ape jenis darah aku... Aku pun tak tahu kenapa aku tak tahu jenis darah aku.. mungkin takut jarum kot.. Hihi... Aku sangka kan selama ni darah aku jenis O.. Rupa-rupanya, jenis AB+.. Ape lagi, mula lah aku mengoogle jenis2 darah nie... Dulu ade jugak mase skolah blajar pesal darah, dan kali ni aku nak kasi info sket pesal darah ni...



Jadi aku sebagai pemilik darah AB boleh menerima dari jenis apa2 darah sekali pon... Akan tetapi aku tak boleh menderma darah kepada kumpulan yang lain... Boleh dikirakan aku ni bernasib baik jugaklah.. Dan yang paling kesian adalah pemilik darah O kerana mereka hanya boleh menerima darah dari kumpulan mereka sahaja..



Jadi kamu pulak darah dari jenis yang mana? Kalau darah AB agak beruntung lah... Tapi kalau darah jenis O kurang bernasib baik.. Hehe.. bukan kurang bernasib baik cemana, cuma x boleh terima darah dari kumpulan lain jer.. (Bape kali nak cakap mende yang same nih)


Darah jenis AB - Berbakat, Tenang, Rasional



Sifat positif : Tenang, terkawal, tegas, pendiam, empati dan rasional
Sifat negatif : Menyendiri, kritikal, ragu-ragu dan tidak bertimbang rasa.


Dirujuk sebagai 'humanis'. Sukar untuk mengkategorikan mereka yang berdarah jenis AB kerana mereka mempunyai kedua-dua ciri darah jenis A dan B didalamnya. Mereka kadang kala pendiam dan pemalu dan kadang kala friendly dan outgoing. Mereka sering dilihat sebagai mempunyai personaliti yang pelbagai kerana mereka sering beralih daripada satu personaliti ke personaliti yang lain. Mereka seolah-olah mempunyai 2 personaliti, satu untuk orang dibahagian "luar" dan satu lagi untuk orang dibahagian "dalam". Apabila mereka sedang berseronok bersama rakan, mereka juga perlu masa bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri. Mereka juga selalu memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam (overthink). 


Dilihat sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa kerana terlalu tegas. Mereka yang berdarah jenis AB selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Mereka juga suka menyendiri. Selain itu, mereka sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala mereka juga bersikap talam dua muka. Pada masa yang sama, mereka yang berdarah jenis AB sangat sensitif dan sangat berhati-hati


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.


Bagaimana mereka bekerja?
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami tetapi tidak terlalu bertanggungjawab dan tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


Tahukah korang
Masyarakat Korea biasanya mengkategorikan orang yang berdarah jenis AB sama ada seorang yang genius atau seorang yang bodoh



Untuk darah jenis lain sila google senirik lah... Yang ni khas untuk darah jenis AB sahaja... Sebab darah aku jenis AB.. Sape kamu2 kat sini darah jenis AB jugak? Yesszzz geng lah kita.... Ade tak yang bukan jenis darah AB..? Abis kamu darah jenis ape?


~KORN~

66 ulasan:

  1. cheery darah jenis B..hehe lalalala...

    BalasPadam
  2. darah '0'

    tahun lepas form3 dah belajar darah2 ni :D

    BalasPadam
  3. Dulu pun xtau darah sendiri jenis ape, lepas masuk kolej ambik medical lab then ada lab haema (pasal darah) berkesempatan cek darah sendiri pakai alat2x dia, excited tuu nak tahu darah, hahaa :D

    BalasPadam
  4. huhuhu, darah AB kedekut...
    eyqa darah O

    BalasPadam
  5. Kita darah O+.. Seorng yg sgt pemurah. Sedia memberi kpd sesiapa jua.. Ada sesiapa geng O sini? Hehehe

    BalasPadam
  6. kita darah O .
    bagi DARAh kat orang .
    tpi yg bgi balik hnya O shja :(

    huaaaaa .

    BalasPadam
  7. ramai orang yg darah jenis O.. so tak perlu la risau bg yg darah O...

    BalasPadam
  8. woww teruja ceq membacanya..beruntunglah mendapat darah jenis AB..

    selama 20 tahun ceq meminjam nafas kat bumi ni, ceq pun tak pernah tau ceq darah jenis apa..

    BalasPadam
  9. darah o bukan tidak bernasib baik. cuma kitorang ni baik hati.. AB ni kedekut... >_<

    BalasPadam
  10. oo... penerima universal rupanya... ^^
    kita tak leh geng... :p

    BalasPadam
  11. aku darah O... tapi aku lupa aku darah O- atau O+

    BalasPadam
  12. ak smpai arini xtau drh pe weh..hahaha

    BalasPadam
  13. untung la darah AB+ kan..

    ko x pernah derma darah ke sebelum ni?? ke x cukup berat?? hoho.


    *ko xyah nak tekankan pasal darah O tu sampai 2x.. aku sedar aku kurang bernasib baik. tapi kira darah O ni baik hati. sebab penderma universal. hahaha.. XD

    BalasPadam
  14. sama la akak....persoalan yg x jumpa jawapan lagi...dh lebey umo dr korn ha, tapi masih x tau jenis darah...tapi macam A/b/ab jugak sebab mak abah A/b/ab gitu la...

    BalasPadam

  15. weh, kita geng! time buat eksperimen darah kat matrik dulu, satu kelas cop aku kedekut. aku sorang jer darah AB! haha

    BalasPadam
  16. korn aku teka aku darah tinggi =..=

    aku tak ingat tapi rasanya O kot

    BalasPadam
  17. hamba darah O..darah AB kedekut sebab xdapat bagi orang lain..darah O ni pemurah..hehe

    BalasPadam
  18. hana pun xtau jenis darah hana apa..huhu

    BalasPadam
  19. Err sampai skang tak penah tau darah jenis apa. Hahaha! Err Korn sentimental orangnya rupanya :P

    BalasPadam
  20. AB nie dikira agak selfish lah. Nak derma dekat ornag lain tak boleh tapi dia semua jenis darah dapat. Huhu. Fie A.

    BalasPadam
  21. wan pon dah lupa wan darah apa.huhu

    BalasPadam
  22. aku darah jenis ape ye?? dah lupa pulak..adoiyainye pun

    BalasPadam
  23. sep sikit...sama la kita...geng AB...

    BalasPadam
  24. bro aku atas dua tahun dari hang rupanya. owh, darah AB. aku O. hehe

    BalasPadam
  25. Kita drh O. abg ngn ayah pun drh o. jadi kita x risau kita dah ada 2penderma hehe

    BalasPadam
  26. darah gua darah O-sem, ntahlah ke A+ ke A++ nk beranak nnt bru tau kot :O

    BalasPadam
  27. wah..drh AB+ upenyer Korn neh..
    drh kedekut..haha..sume drh org dia amek drh dia xmo ksi kt org len.. :p

    Yana drh B+..kira bole la derma drh kt Korn nnt..haha..tu pn kalo krg drh ;)

    BalasPadam
  28. wa ,smpai skung x tau darah jenis pa.teruk un..kah2

    BalasPadam
  29. kita sama lah korn! AB jugakkkkk!!

    BalasPadam
  30. hahaha ! ade sorang penceramah nak kasik budak ingat pasai benda ni , ingat o malang dan AB nii kedekot . berkesan kot :P

    BalasPadam
  31. Salam perkenalan :)

    Jom join Give Away dot my. 10 domain bakal di hadiahkan percuma. Easy n simple saje

    http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html

    BalasPadam
  32. Pagi sobat..
    Waw nice post..
    Yang post sebelum nya juga bagus tapi ini lebih baik dari yang lalu..:)
    terus berkarya ya..
    Haha..:D
    oh ya mampir juga ya ke my blog..:)

    BalasPadam
  33. ups!Farahin tak tahu jenis darah Farahin. Never check. But! explaination pasal jenis darah AB tu 97% same like my personality. hehehee....adakah saya berdarah AB? mungkin. ^^

    BalasPadam
  34. family guwa ramai O tapi tak tau macam mana guwa A :/

    BalasPadam
  35. darah O tapi x sure O+ 0r O-... hahahahahahaha.. senang kate x ingat !
    nice entry..superb !

    BalasPadam
  36. tatau . Tatau. Tp nak tau. Mybe w . Eh.

    BalasPadam
  37. jarang dapat jumpa dengan orang yang darah AB ni...

    BalasPadam
  38. sebenarnya, sarah pun tak tahu sarah jenis darah pe..masa kat sekolah dulu ade jugak experiment utk kenalpasti jenis darah, tp malangnya cikgu sendiri xdpt kealpasti sarah jenis darah pe...haha..teringin nak tau.

    BalasPadam
  39. Alamak.... tak taulah darah jenis apa.....

    BalasPadam
  40. selama 26 thn, aku still x tau jenis darah aku apa.

    BalasPadam
  41. selepas hidup 21 tahun, baru aku tau jenis darah aku. sehari lepas tu, (dan smpai sekarang) aku lupa jenis darah aku apa.

    sedih dow! :(

    BalasPadam
  42. Kira nasib baik kau tahu jenis darah kau mur 22 tahun. Aku umur 26 tahun baru tahu!!,,heheheh
    Aku darah jenis A

    BalasPadam
  43. aku pun belum mengenal pasti darah aku jenis apa, .

    salam kenal, jumpa blog lu dekat miz ruha. :D

    BalasPadam
  44. akak pun tak tahu darah akak jenis apa.. jenis D kot. tak leh derma tak leh terima. haha

    BalasPadam
  45. alamak..tersalah komen tadi..
    aduyai..

    BalasPadam
  46. korn, aku dtg balik bro. bila dah ada duit nanti, aku belnja hang gi legoland bro. hehe

    BalasPadam
  47. askm. tahniah korn atas usaha anda menjadi juara blogger musim ke 3. nanti bagi no akaun bank kat facebook aku ye..
    over86_dose@yahoo.com
    Awie Omar

    BalasPadam
  48. darah jenis o , ikut apa yang CP taw kan , orang jenis o nih , jenis otak gile2 , tapi agk suke menunjuk :P

    BalasPadam
  49. oh darah AB kamu ye??ohh!!kamu lah si kedekutttt!!!darah AB ni kedekut psl dia boleh bg kat geng AB je kan.tapi boleh je terima darah jenis lain.huh!! darah jenis O lah paling berbakti walaupun dia hanya boleh terima dari jenis O saje.perjuangkan puak O!!!
    haha saje bising.cendol darah A je punn.

    BalasPadam
  50. aku O dan aku gembire menderma darah

    bukan sng nk derma nk tlg orng susa

    #jngn nk takut sngt derma darah ab tu ye

    BalasPadam
  51. sy darah A.. mse umur 19 bru thu..haha..

    BalasPadam
  52. SEbenarnya aku pun tak faham apa bende Battle Royale ini..ramai yang join.....hahahahhahahaha.

    BalasPadam
  53. husna darah O..
    huhu..xpaa..org ckp O pemurah..=)

    BalasPadam
  54. O clan ramai gila..coooooolll! bertuah rakyat malaysia kalau semua O clan pegi menderma.. aku check sendiri jek masa kat matrik. suruh senior tolong pacak jarum kat jari.. result: O+

    O is herO..kbai..

    BalasPadam
  55. psl drh nie ade msuk spm kertas 1 biology hritu.. nsib aku pnh bce blog nie.. haha..

    BalasPadam
  56. alamak aku dha lupa aku darah jenis apa hehe....baru tahu masa umo 20 tahun waktu aku masuk hospital sebab anemia (kurang darah) hahahaha

    BalasPadam
  57. kite genggg ...

    BalasPadam
  58. darah AB+ jgak. org yg berdarah AB patut bersyukur sbb populasi AB x byk. darah AB dikatakan darah moden. populasi darah AB+ kt dunia cuma 3% manakala AB- 1%. org yg memiliki darah AB dikatakan unik.

    BalasPadam
  59. Saya darah jenis B+ ...tp bekalan untuk darah B+ susah kat Malaysia ni....klu betul2 critical jer Dr baru bagi..... X semua org bleh terima darah yg berlainan.... Klu fakta cakap darah O universal.... X semua org bleh terima darah dari O ..... Risiko sgt la tinggi....klu darah x serasi... Bak kata pepatah kerana nila setitik musnah susu sebelanga....

    BalasPadam
  60. sayaaaa AB waaaaaaa .

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...