ENTRY UNTUK AWAK

Awak..
Saya penat..
Penat dengan permainan kita..
Ya, dugaan dengan perhubungan kita..
Saya fikir semua dah sampai noktah nya..
Tapi semua nya silap..
Noktah yang tidak bertitik..


Awak..
Dari pagi saya terfikirkan awak..
Sampai tengahari mood kerja saya masih tiada..
Kini dah masuk petang, masih teringtkan awak..
Saya utus kan entry ini untuk awak..

Awak..
9 September 2012 ; 0017..
Awak muncul semula..
Hanya beberapa perkataan..
Dari khidmat pesanan ringkas..
Tidak bernama..
Tapi saya yakin..
Saya pernah lihat nombor tertera..

Awak..
5 tahun dah berlalu.. bukan 5 hari.. bukan 5 jam..
4 tahun saya tunggu awak.. bukan 4 hari..
Akhirnya tahun lepas, saya lepas kan perasaan menunggu terhadap awak jauh-jauh
Sebab saya tahu awak dah bertunang..
Awak tahu, perasaan menunggu dan berharap ni amat berat.. Berat sangat-sangat... 
Hanya orang yang alami sahaja dapat mengerti betapa peritnya menunggu..

Awak..
Perbualan ringkas kita semalam..
Amat bermakna..
Makna yang mendalam..
Terima kasih kerana masih ingat saya..

Awak..
Bait-bait perbualan kita..
Pengakuan awak yang saya suka.. 
Ya pengakuan awak..
Pengakuan yang awak belum bertunang..

Awak..
Bodohkan saya..
sebab percaya kata-kata kawan awak.. 
kata dusta kawan baik awak..
Saya tak salahkan kawan baik awak tu..
Saya salahkan diri saya..
Apa2 yang terjadi dalam hidup saya, saya akan tetap salah kan diri saya..


Awak..
Kenapa awak masih hadir dalam hidup saya di saat saya telah buang jauh perasaan saya terhadap awak..
Awak tahu tak saya ambil masa 4 tahun untuk merelakan perasaan saya terhadap awak tu pergi jauh-jauh..
Awak.. tahu tak sekelip mata perasaan yang telah saya buang tu datang semula hanya dengan satu pesanan ringkas...?

Awak..
Awak tahu betapa lama saya tutup hati saya ini untuk insan lain..?
Di saat saya sedang mencuba untuk membuka untuk insan lain, awak hadir menutup nya semula...
Adakah awak tidak merela kan perasaan saya terhadap orang lain..?
Atau awak ingin memasuki semula hati ini..?
Atau awak masih mahu menyiksa perasaan yang tidak boleh dilihat ini?


Awak...
Saya takut.. 
Saya takut kiranya saya perlu tunggu 4 tahun lagi untuk lepaskan perasaan yang telah datang semula ini...
Apa lagi dugaan kali ini.. 

Awak.. 
Walaupun 5 tahun telah berlalu..
ingatkah awak dengan kata-kata ini..?
"Awak, sbolehnya sy dah taknak kapel dah, dengan sape2 pun, Tapi awak tahukan perasaan saya pada awak? Itu,memang saya tak dapat nak nafikan.. Itu memang fitrah manusia.. Awak, bercinta dalam Islam sebenarnya cuma ada satu cara je kan, awak pun tau iaitu kahwin.. Saya nak cuba kembali ke jalan Allah, saya harap awak faham.. Sekarang ni saya serahkan semua pada jodoh.. Walau niat kita baik, Tapi kapel tetap salah, kerana niat tak menghalalkan cara"
Ini lah pesanan ringkas yang awak bagi saya 5 tahun lalu.. 
Saya simpan sekian lama.. 
Adakah kata2 awak ni, yang menyebabkan awak datang kembali...?

Awak, 
Hari ini hari Isnin..
Hari pertama awak memasuki semester 5..
Ini bermakna lagi setahun awak akan menghabiskan dunia pembelajaran sebelum memasuki dunia pekerjaan...
Dan awak menyatakan hasrat hati untuk menyambung pembelajaran lagi...
Perlu ke saya tunggu lagi..
Saya risau jika saya menunggu sesuatu yang sia-sia...




Saya ingat kata2 awak.. 
Awak tak bagi upload gmbr awak atau gmbar kita kat fesbuk
Tapi saya masih simpan gmbr kita..
Masa kita zaman sekolah dulu..
Saya harap awak x marah saya masuk gmbr ni kat blog..
Sebab awak tak pernah larang masukkan gmbr kat blog..
Lagipun awak tak tahu saya ada blog.. 
Tapi takpe awak, saya dah kaburkan muka kita..

Awak..
Saya rindu awak.. 
Awak?


Pssttt....!!!!! Sekadar entry luah perasaan. Tak perlu komen untuk entry ini.. Doakan yang terbaik jer untuk kami.. Sekian.. =(

~KORN~

56 ulasan:

  1. tetap nak komen..maaf melangagr arahan..semoga setiap yang terjadi disusuli sinar happily.. doakan yang terbaik untuk bro korn..

    BalasPadam
  2. Kami team BLOGGER doakan yang terbaik untuk awak dan buah hati awak hehehe

    BalasPadam
  3. sy tetap mahu komen, anda tersangat sweet!

    BalasPadam
  4. tak perlu komen??
    okey, tak komen.. ^_~

    insyaAllah.
    ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

    semoga Allah memberkati kalian. ^_^

    see, tak komen pun ~~

    BalasPadam
  5. xbagi komen pun sarah still nak tinggalkan pesan... semoga korang disatukan, InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. nak komen jugak...!!
    sedihnyee~
    sabar ek..klau de jodoh xkan lari ke mne...huhu=(

    BalasPadam
  7. untung pompuan tu..syg benor korn kat dia. hope hbungan dia ngn korn baik2 saja dan membawa ke jinjang pelamin..amin....

    BalasPadam
  8. KorN..
    hidup ni macam anak panah.. suke ke tak suke ke kdg kita kena terima seadanya.. supaya Korn bijak membuat kputusan... sememngnya penantian tu satu penyeksaan... Korn lebih kenal dia dan harus lah bijak dlm apa jua kputusan.... jgn sedey2 korn...

    BalasPadam
  9. kite nak komen!!!!!!!!!!!!!!
    kite nangis baca entry ni :(
    huarghhhhhhhhh :(

    #sekarang baru paham masalah korn T__T

    BalasPadam
  10. aku tetap nak komen... ko buat hati aku tersentuh... dah. aku tak mampu nak komen apa2 lagi...

    BalasPadam
  11. sedih pulak baca walaupun luahan perasaan...

    BalasPadam
  12. ini kisah benar ke korn? kalau benar, semoga korn tabah ye. memang penantian tu suatu penyeksaan. tp jangan terlalu turutkan hati, perjalanan hidup tu masih panjang lagi. korang berdua masih muda kan.. & yg penting ingatlah, ajal maut jodoh semua tu ditangan tuhan. larilah sejauh mana pun si dia, kalau dah jodoh korang insyaAllah pasti akan bersama nanti.. dont wory, i'll pray for both of u okey

    BalasPadam
  13. nak komen jugak boleh?? :)
    erm,korn ni sweet lah.hihihihih.kita dok sangka.

    BalasPadam
  14. Maaf, langgar larangan tuan blog...
    Nak komen jugak....
    Entri ni menyentuh perasaan....
    Semoga masih ada sinar untuk hubungan ni...
    Amin....

    BalasPadam
  15. Bro..nak komen juga boleh x? (x yah approve pun xpe)

    Air mata gua nak mengalir baca..

    doa yang terbaik untuk anda..

    BalasPadam
  16. tapi aku nak doakan utk korg berserta komen sekali.mm jarang kalo laki nak start luah perasaan soal hati mcm ni ni msti kau syg sgt ni kn :)

    BalasPadam
  17. Akak doakan yg terbaik untuk hangpa berdua ye dik.. Kalau ada jodoh tak kemana

    BalasPadam
  18. haii kita sama group for BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE. nanti kita bincang for group imunity...nice to be your patner group

    BalasPadam
  19. sabar ek korn ? walau terppisah jauh , kalau ada jodoh , akhirnya bersatu juga nanti . semoga tabah ! :)

    BalasPadam
  20. relax bro...kmpul duit bebyk and then trus btunang lpas hbis stdy

    BalasPadam
  21. ermm sedihnyer bace luahan ni..sabar ye korn..insyaAllah ade jodoh xkan kemana..doakan yg terbaek bt die..

    BalasPadam
  22. Kalau ad jodoh tak kemana inshaAllah.. byk2 bersabar

    BalasPadam
  23. perghhh sedih gak emo aku bace...sabar je la...
    nak komen lebih2 nnt kne marah...
    5 thun woooo

    BalasPadam
  24. aku doa kan ang bro..bila nak main tenis??

    BalasPadam
  25. aku tau kau syg dia. tapi kdg2 kita perlu gak bagi ruang utk insan lain bertapak kat hati kita. tapi mana la tau kan jodoh kau dgn ex kau. pape pun aku doakan yg terbaik ut kau

    BalasPadam
  26. err.. wa nak bagitau satu je.. tak yah approve.. korn buat istikharah.. penyelesaian yg terbaik..:)

    BalasPadam
  27. tudia kokorn..hahaha...kemain entry ni...

    BalasPadam
  28. ko tgh single kan?seyes ko bnyak membantu sebab aku ada RAMAI GILER kawan pompuan yang mntak aku carikan bf utk dorang!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  29. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Teamwork dan komunikasi teramat penting dalam permainan ini. Anda boleh berhubung dengan ahli pasukan yang lain melalui blog, Facebook, Twitter, YM, Skype, email mahupun sms.

    BalasPadam
  30. video tu aku try wat kat sini
    http://studio.stupeflix.com/

    BalasPadam
  31. INFO TERKINI – BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
    Dalam entri B3:BR – Episod 2 nanti, Saya akan memilih 1 (satu) entri TERBAIK dan ORIGINAL hasil karya sendiri dari blog anda yang dikeluarkan pada Ahad 9/9/12 hingga Sabtu 15/9/12 untuk disenaraikan dalam “CARTA MINGGUAN”. “CARTA MINGGUAN” akan menentukan kedudukan anda sama ada berada di tangga teratas ataupun sebaliknya.

    BalasPadam
  32. Hemmm....Kornn...
    Ada taman bunga dalam hati..

    BalasPadam
  33. nak komen gak..maaf..

    ca pon alami perkara lebih kurang sama..disaat ca dah cuba buang dia dr ingatan,da lama masa berlalu..tp tibe2, dia datang balik ..xtau nak buat apa.. :'( sama juga cerita kita..

    BalasPadam
  34. nak komen jugak. alaa korn. sabar ye awk. dugaan dlm hubungan. awk teruskan berdoa. bwt istikharah klu awk benar2 buntu, insyaAllah Allah akan membantu. amin

    BalasPadam
  35. err..terkomen lak :P be strong yek wahai korn :)

    BalasPadam
  36. okay ! wa sentap . untung lah " awak " tu dapat lu . kalo laki wa camnie kan best ! muahaha XD jangan sedih sedih k . ade jdoh tak ke mana :)

    BalasPadam
  37. hm , actually same here ... redha je larr , ape yang terjadi ade hikmahnya ..

    BalasPadam
  38. semoga diberikan jodoh antara kamu berdua...aminnn....I'Allah...

    BalasPadam
  39. tak mampu kata apa2... mcm x caye je ni tulisan korn si adik aku.. aissshhhhh

    BalasPadam
  40. serius sedih....korn..maaf sebab aku komen jugak..

    buatlah yang terbaek dlm hidup ang na.. pilihlah yang terbaek..dan berdoa padanya..insyaAllah..Allah akan permudahkan segalanya buat ang..:")

    BalasPadam
  41. telopong ternganga terkesima pulak sy bace . terima kasih sb buat entri ini utk sy ..

    BalasPadam
  42. kacis la . Nway, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

    Sekuat mana pun merancang terserah pada Allah. Kadang-kadang tak rancang pun dapat.


    BalasPadam
  43. sedih lak mas baca ni..sabar yea korn.de jodoh xkemana..entah2 memang jodoh korn kut thats y muncul lik.

    isyaAllah, korn tetap akan bahagia..

    BalasPadam
  44. Tersentuh pulak..
    Harap bersabar, Apa yang berlaku telah ditetapkan Allah. Sesungguhnya sesuatu yg ditetapkan Allah adalah yang terbaik untuk kita.

    Allah maha mengetahui

    BalasPadam
  45. Sama la kita sekapal En. Korn. 16 thn kita brcinta, membesar sama2.. Pas tu 5 thn kita tgalkan malaysia, x sangka dia masih menunggu kita. Dan skrg kami tgh berusaha nak buat yang terbaik untuk kami berdua. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Amin..

    BalasPadam
  46. korn.. sedih bila baca.. sangat memahami perasaan korn tue.. :(

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...