Hype
Situasi 1 : "Korn, nanti balik Penang kirim salam kat Salmah Gebu ye"
Situasi 2 :
"Eh Korn, ko nak keluar ke"
"Haah nak gi jumpa Cik Senah Al-Unta"
"Oh Senah jual karipap tu ke, nanti jumpa kirim salam ye. Cakap aku rindu nak makan karipap dia"
Selalu kan ade membe, sedara, pakcik, makcik, mak mentua, jiran, spupu kau yang mudahnya mengirim salam cenggini.. Tahukah kau sedang di kirimkan sebuah amanat yang amat besar akan tetapi kebiasaannya selalu di ambil mudah oleh orang pengantara..? Kau lah orang pengantara tu. Kita ni lagi 4 tahun dah nak masuk tahun 2020.. Ya..!! Zaman serba canggih dengan teknologi moden yang mana kau boleh tgk kereta terbang syiuuu sana syiuuu sini... Mimpilah..!!
Yang aku tak paham, zaman sekarang ni zaman teknologi hujung jari..Zaman serba canggih.. Whatsap wechat skype ym dan memacam jenis apps lah boleh contact, masih jugak nak kirim salam. Banyak pengantara boleh di gunakan, tetapi kenapa masih mahu gunakan orang sebagai org tengah untuk sampaikan kirim salam.. Tak pahamlah aku..
Tak salah pun sebenarnya nak kirim salam.. Akan tetapi, salam ni kebiasaannya tak sampai ke penerima.. Sebabnya:
i. di anggap benda ni (kirim salam) tak penting
ii. di pandang remeh
iii. lupa
iv. dll <--pandai-pandai lah tambah sendiri
"Korn, pakai semart2 ni nak jumpa awek ke, nanti kim salam awek eh"
Choi..!
Yang ni bahaya.. Silap-silap haribulan, awek kau pun di kebas nya. Eh ni aku bagi contoh je. bukan betul-betul jadi kat aku pun. Kalau jadi kat aku pun xpe, aku ade spare part awek lagi 7 orang.. (okei ini tipu). So sebelum kau kirim salam tu tengok lah keadaan dengan orang dan keadaan.. Kalau stakat org yang kau nak beri salam tu org yang hari2 kau mesej, baik tak payah ler... Lain lah kalau org yang kau nak beri salam tu beeratus kilometer dia duduk, pastu dah baper tahun tak juma tak contact.. Ye dak..?
~KORN~



