SEGMEN BLOGWALKING CUTI SEMESTAR by PARIHH

Hype..
Perghh.. Rase dah lama giler kot aku tak join sebarang giveaway, or segment or seangkatan dengan nya setelah menghilangkan diri bertapa kat Gunung Daik Bercabang Tiga.. setelah dapat master kini baru datang semula tengok blog maka terjadilah entry ni.. So simply the story nak join Segmen Blogwalking Blogger hebat Parihh ni..






Nak join.. Klik SINI, SINI dan SINI... Klin Banner pun buleh.. OKEI, Happy bersegmen and blogwalking.. 



p/s : Takde entry buat sementara. nak join segment blogwalking je buat mase sekarang.. Ade segmen yg nak suruh aku join..? Mai habaq sini.. 

-KORN-

CERITA SERAM TAHAP PACAK BULU ROMA

Hype...

Hujan turun.. basah rumput sampai bertakung.. membasahi bumi.. Yang kedengaran hanya bunyi katak dalam longkang, bersahutan bersama sang cengkerik.. Dahsyat... sedahsyat intro aku, yang berpujangga habis.. Melihatkan jam, sudah jam 11.30 malam.. yang pasti bukan malam jumaat.. tapi aku nak tipu sikit, bahawa memang malam jumaat, bagi bertambah seram.. 


Remote control tekan channel 433.. ya, cerita seram.. The Conjuring.. lengan melapik kepala, melayan cerita seram sampai ke pagi.. Ruang tamu berhadapan dengan balkoni.. Tirai di leraikan, untuk mengelakkan makcik karipap lalu depan balkoni.. Seram mak..!! 


Ting..!! Jam sudah mahu menunjukkan jam 1 pagi.. nama-nama pelakon conjuring tu pun dah terpapar jelas di skrin.. maksudnya cerita dah habis.. babak-babak seram masih lagi utuh di ingatan.. dari ruang tamu nak masuk bilik terpaksa melalui bahagian dapur.. sedikit gelap.. semua suis letrik di ruang tamu di tutup.. Mata cuma tertumpu pada bilik, agar tiada gangguan2 mistik berlaku.. 


**********


Sampai bilik tak fikir panjang, terus naik atas katil, baru nak tarik selimut baru teringat, terlupa nak kencing.. Aku gagahkan jua keluar bilik pergi toilet.. Aku kencing.. tepat pada sasaran.. Bull Eye..!! Tahniah pada diri sendiri.. dan flush pun di tarik.. Legaaa... cerita part seram belum lagi bermula, tapi dah 4 perenggan aku merapu.. Takpe2.. teruskan dengan mood seram..


Aku masuk semula ke bilik dan tutup pintu.. Yang bermain di fikiran cuma part-part seram dalam Conjuring tadi.. lahanat, entah bila nak pupus dari ingatan ini.. Suis lampu di tutup dan cepat-cepat aku naik atas katil.. Meraba selimut entah aku letak di mana.. Raba punya raba, aku tersentuh akan sesuatu yang berbulu, bulu apakah ini..? Oh bulu selimut aku rupanya... 


Sunyi.. suasana dalam bilik aku terus sunyi.. mata tak mahu terlelap, tiba-tiba aku terdengar bunyi bas mini aku berbunyi. Ya, koleksi kenderaan mini dalam bilik aku... Ah sudah, kejadah apa pulak ni.. yang aku tahu bas mini aku ni akan berbunyi jika tayarnya di sentuh atau pintunya di buka.. Ini tetiba berbunyi tanpa sebab, tanpa ade yang menyentuh mahupun membuka pintunya.. aku semakin seram..!! ahhh.. permainan apa pula ni.. bukan masa nya aku nak main hide and seek..!!


Aku tak fikir banyak tarik selimut tutup muka terus pekak kan telinga.. tapi tetap tak boleh tidur.. terfikir plak cerita Conjuring tadi, adekah yang telah mati di zaman gelap itu telah masuk dalam bilik aku dan main bas mini aku tu..? Ah, makin seram bila aku fikir.. krik krik krik dan aku terus tertidur sampai keesokan paginya... Hye..!! selamat pagi.. 


KORN