PENING NYA PABILA FIKIRKAN TERLALU DEEP

Hype..

Bila bercerita mengenai MH370, aku hanya mampu tersenyum.. Ya, bukan tersenyum kerana musibah yang melanda, tetapi melihat ragam laman sosial yang hanya di hujung jari.. Sanga hebat apabila mereka berbicara mengenai MH370.. Aku tak mampu nak mengupas isu yang sangat panas ni sekarang, kerana tak mahu memburukkan lagi keadaan...


Spekulasi.. 

Apakah itu..? Terlalu banyak spekulasi yang telah berlaku... Banyak jugak aku baca spekulasi tu semua.. Tetapi sekadar bacaan untuk pengetahuan dan andaian diri sendiri sahaja.. Ade sesetengah spekulasi tu memang boleh diterima akal, seolah spekulasi tersebut ade kebenaran nya... Akan tetapi, terdapat jugak spekulasi yang tidak masuk akal, atau bahasa bersihnya spekulasi bodoh kerana ketidakwajaran spekulasi tersebut.. Tak tahulah ape niat di sebalik penulis, sekadar meluahkan pendapat atau sebaliknya... 


Aku sebagai pengikut setia kejadian yang menimpa MH370 ni amat bersimpati terhadap apa yang telah berlaku, terutama kepada keluarga penumpang.. Tak boleh bayangkan sekiranya berada di tempat mereka.. Namun aku percaya perancangan Allah itu adalah sebaiknya dan kita sebagai hamba berdoa yang terbaik untuk keselamatan penumpang.. Selebihnya kita serah kan kepadaNya...


Individu pelik..

Di saat sebegini, apabila muncul individu-individu yang aku boleh istilahkan sebagai individu pelik, menjadikan lagi keadaan bertambah konflik.. Seolah-olah sebuah cerita yang banyak pelakon tambahan.. Tetapi bezanya, dalam sesebuah cerita, akan menghebatkan lagi jalan ceritanya, akan tetapi dalam dunia realiti ini, apabila muncul individu pelik ini akan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada... Malahan, tempias dari individu pelik ini terkena juga kepada batang hidung sendiri...


Masa mula2 dulu, aku juga memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku, sampaikan tidur lewat malam pun aku masih tengok artikel-artikel dalam internet nak mengetahui perkembangan terbaru.. Sampaikan dalan hati terfikir.. Mengapa ini jadi begini..? Betulkah yang ini sebabkan ini..? bla bla bla dan bermacam lah yang aku fikir.. Jauh dari sudut hati aku memikirkan kemungkinan yang berlaku...


Kini dah hampir dua minggu, semakin hari kejadian pesawat MH370 masih belum terungkai.. Di manakah pesawat ini berada sekarang..? Kini aku tak mampu lagi berfikir sedalamnya.. mungkin malas agaknya.. Apa yang keluar dari berita, itu lah yang aku dengar.. Hanya mampu berdoa agar semua baik2 sahaja...


Pesanan..

Apa sahaja spekulasi yang kamu baca, jadikan ia sebagai ulasan diri sendiri.. Jangan di sebabkan satu spekulasi yang kamu baca, kamu jadi cepat melatah dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti.. Jika tak mampu berbuat apa2, baiklah berdiam diri.. Ya, memang ramai cakap begini, tetapi masih masih ramai yang cepat melatah tak sedar diri.. 

-KORN-



TERPERANGKAP ANTARA JERIJI BESI DAN PINTU RUMAH DAH TU CEMANA NAK BUAT

Hype..

Perasan tak sesetengah rumah sekarang ni di design dengan memacam bentuk sekarang ni.. Ade yang design yang lebih baik tu baik lah.. Tetapi biasanya setiap pembaharuan mesti ade pro dan contra dia... Sebagai contoh, pintu rumah yang ade jeriji besi tu.. Kebiasaanya macam ni


Kebanyakan rumah sebelum2 ni pintu rumah dan jeriji nya di reka cenggini.. Space yang di bagi ade la dalam sejengkal... Tetapi sekarang ni dah design cam lain.. Contohnya rumah aku.. die upgrade jadi cenggini.. 


Haa... nampak tak perbezaannya... Kebaikannya bila dah di design cenggini, space akan bertambah kat kawasan antara pintu dan jeriji.. Dan kebiasaanya, space ni akan di gunakan utuk di letakkan kasut.. Betul tak..? Tak kisah lah nak letak kasut ke, nak letak akurium ke, nak buat taman hewan ke, sebab yang aku nak highlight kan adalah cerita lain...


Masalah yang aku hadapi sekarang dengan design macam ni bila aku terlupa bawa kunci... Bayangkan bila kita dah siap ensem2, segak bergaya berspek mata Ray Ban nak jumpa awek, nak keluar rumah buka pintu, tutup pintu... Gedegangggggg...!!!!! , dan Opsssssssss.....! Baru peraasan pintu jeriji besi tak buka lagi, kunci pintu dah terkunci dari dalam dan kunci plak tertinggal kat dalam.... 

Arghhhhhhhhhh....!!!!!!!!!!!!!



Benda pertama yang bermain dalam pikiran, telefon hosmet.. Tu lah yang boleh di buat,

Situasi 1.
Aku : Halo, halo Encik Hosmet 1, mana kamu..?
Encik Hosmet : Aku tengah kerja ni. Kenapa..?
Aku : Ko balik pukul berapa..?
Encik Hosmet : Pukul 12 malam... Kenapa..?
Aku  : Oh ye ke.. Tak pe lah macam tu  (Dalam hati malu nak bagi tahu yang terperangkap kat pintu rumah tapi malu taku di gelakkan)


Situasi 2.
Aku  :  Halo, Halo Encik Hosmet 2, mana kamu..?
Encik Hosmet  :  Aku ade kat kampung ni.. Kenapa..?
Aku  : Oh ye ke.. Nanti bawa balik buah durian sket naa.. bla. bla. bla. 
Encik Hosmet : Oh durian abis dah, yang ade buah kismis.. nak..?
Aku : Haah, nanti bawak balik patblas kilo ok.  tut tut tut....


Dalam keadaan macam ni, mula lah serba tak kena.. Kawan tu baru nak gurau, kita plak dah xleh nak di ajak gurau time tu sedangkan kawan tu tak tahu ape2 situasi kita. Haish cemana nak buat ni masih lagi terperangkap ni.. Jiran2 plak jenis semua dok dalam rumah terus tak keluar rumah dah... Naharom betul..

Nak di pecahkan pintu, nanti nak kena ganti pulak.. Hadoi... Tadi minyak wangi bau semerbak kasturi, sekarang bau macam peluh masam bak cium pengsan 3 hari... Ape nak buat nih..?




Boleh ke situasi nak cal 999..? Ade ke mengganggu kerja dorang... Nanti bomba datang baru la jiraan2 sibuk nak tunjuk muka... Pastu soalan cliche kenapa ni.. kenapa ni.. kenapa ni... Dan dan lah nak buat tanya.. masa aku help help help tadi korang boleh lah plak layan Hindustan la, Hantu Kak Limah lah, Akademi Fantasia la...  APTB.. 


~KORN~