HAI KAK SEMAH, SEORANG AJE KE

Hype..

Bang Mail jejalan sesorang kat tepi jejantas, maka nampak nya Kak Semah ngan Kak Tipah ngah bergossip baik punya tepi public phone... Kak Semah wat rileks je.. Kak Tipah ape lagi tetiba je wat peace kat Bang Mail.. Meleret senyum Bang Mail.... Ponnnnnnn... tetiba bas lalu.. terkejut Kak Semah yang dari tadi dok kaver cun... Bang Mail malas dah nak nak jalan... die pun naik bas terus balik... 

TAMMAT..

Best tak cerita kontot aku..?

ENTRY UNTUK FATIN BELLA

Hye...

Malam tadi aku mimpi, suruh aku update blog.. Tak tau macam mana aku boleh mimpikan Fatin Bella tu. Maybe sbelum aku tdo tu aku scroll timeline FB aku then ternampak gambar dia kot... Jadi aku cuma nak cakap..

"Hai Fatin Bella"

~AMATKORN~

HANYA KERANA HURUF A

Hype..

Saya pilih A untuk Anjing.. Opss ape ni awal2 lagi dah sebut pasal anjing ni.. Maap lah.. Sebenarnya taknak sebut natang haram yang tengah pemes ni... Saje nak bikin panas untuk intro kali ni.. Xdok kena mengena pon nak citer pasal anjing dengan huruf A ni...

Sebenarnya dok teringat haritu mase zaman jadi salesman kat Subang, aku ni jual buku... macam2 buku lah yang aku jual dari satu tempat ke satu tempat... Satu hari ni ade la sorang kakak ni beli la satu buku Disney ni murah aje harga nya.. aku bagi harga baek punya... Murah habaq hang.. Dapat diskaun more than 70%...Jadi kakak ni pon jadi la beli buku2 tu dengan aku..

Selang sehari atau dua hari kemudian kakak tu cakap nak return balik buku tersebut... So bila aku dah slowtalk dengan kakak tu, kakak tu pun bagitahu lah perkara sebenar.. Lepas buku tu di beri pada anak dia, anak die xpaham baca buku tu sebab huruf A.. Ape yang tak kena dengan huruf A..? Boleh imagine kenapa agak2 nya..?



Macam ni... perhatikan huruf A sebelah kiri dan sbelah kanan.. Ade bezakan...? Masalah kakak ni, anak dia mempersoalkan yang anak dia tak paham huruf A yang sebelah kanan.. Sebab apa..? Sebab kat sekolah mereka hanya di ajar huruf A seperti yang di sebelah kiri.. Maka anak dia xpaham huruf ape A yang di sebelah kanan tu.. 

Begitu lah ceritanya apabila kat skolah hanya di ajar huruf A seperti di sebelah kiri. Jika kita yang dah besar ni memang lah boleh paham kan.. Tapi jika anak2 kita yang sedang meningkat umu baru mengenal huruf ni, memang terkial2 la nak baca dengan huruf A yang belah kanan tu ye tak..?

Jadi jika ade anak2 kamu yang sedang belajar nak mengenal huruf tu, beli lah buku yang bersesuaian dengan tahap umur nya... bukan pakai main beli je... Sebab huruf A yang belah kanan tu memang tak di praktikkan di ajar mase aku kecik2 dulu..

~KORN~

LEMBU PON NAK SPRINT TEST DI HARI RAYA HAJI

Hype..

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aji pade semua yang meraikan... Walaupun raya haji diraikan tidak semeriah hari raya Aidilfitri, di harapkan niat yang ingin di sampaikan sempena ibadah korban terlaksana... 


Macam biasalah nak fLashback sikit cerita beberapa tahun yang lalu.. kat mana kampung aku nak buat korban lembu... Nak pulak dapat lembu yang macam The Rock is cooking... Garang nak mampus.. Nak jadikan cerita, terlepas dari tali yang di tambat...


Apa lagi, kelam kabut la orang kampung mengejar lembu... Lembu ni pulak bukan calang2 lari nya.. Mengalahkan Hussain Bolt... Aku rasa kalu Hussain Bolt lumba lari dengan lembu ni, nangis Hussain Bolt 5 tiang kat blakang.. Hahaha... Cerita belum terhenti takat sini...





Lembu tu pulak boleh lari pi jalan raya.. tahu pulak die bawak diri pi jalan raya.. Aku bajet lembu ni dah buat preparation awal sebelum melarikan diri... Mungkin dia dah set GPS atau Waze kemana die nak pergi... Apa lagi, lepas masuk jalan raya, bagai naik gear 5, lembut tu lari sprint test meninggalkan Hussein bolt... Kalau ade Speed track aku rase ade 5 saman AES yang lembu ni kena...


Hahha... Sudah nya lembu ni pun penat... Maka di singgah la kat RnR sambil minum air kelapa sambil mengelap peluh... Maka time ni la orang kampung menangkap semula lembu tersebut dan selamat di korbankan..

Amboi pandai kamu imagine cerita ni ye.. Aku dah tokok tambah sedikit cerita bagi gempak sikit... Hehe... jadi Selamat Hari Raya dan jangan lupa tambat lembu kambing dengan selamat okey... 

~KORN~

JANGAN BACA KALAU TAKNAK BACA SAMPAI ABIS

Hype

Hujan sekarang ni.. Aku nak pi lunch pun tergendala.. Almaklumlah bila ke ofis merempit, nak kemana2 kena la merempit.. Tapi bila dah sampai ofis, hujan plak... Sampai time lunch pun masih hujan... Nak kuar lunch takut basah.. Bila basah mula lah sejuk.. Bila sejuk mula lah tercari2 benda yang boleh di panaskan.. Okei kita berhenti berimaginasi walaupun ade yang telah terlajak imaginasi... Kan..?


Sebenarnya takde topik ape sangat pun.. Entry ni terjadi pun sebab aku bosan dalam ofis.. Ye lah time lunch tak dapat nak pergi lunch... Hujan.. Kalau redah hujan nanti basah pulak.. Kalah basah mesti sejuk... kalau sejuk mesti nak kena panaskan.. Aikk..? Knapa macam sama je cerita kat atas ni...?


Rindu aku tak..? 


Elok jugak hujan2 time tengahhari.. Sekurangnya ter hupdate jugak lah entry blog aku yang dah berhabuk ni... kalau tak, sekadar tempat persinggahan aku je untuk wusha2... Ntah macam mana jejari ni rase nak menulis hari ni time hujan2 ni... Biasalah... hujan2 ni kan sejuk.. Kalau sejuk mesti nak cari benda2 panas.... Haha.. Okei dah mula annoying aku tulis yang sama.. Lagi annoying baca yang sama.. Okei janji tak akan tulis yang sama lagi.. 


Selepas 4 minit-
Ha bila aku serius nak menulis secara automatik idea tu zasssss hilang sekelip mata.. Nampak tak permainan ilusi yang mana menjadi punca aku tak lagi menulis sampai sekarang.. Macam mana nak terus menulis kalau begini..? Sebab tu lah aku respek penulis yang menulis dan terus menghupdate blog mereka.. 


Nampak nya hujan mulai reda... fuhh nasib baik hujan dah nak berenti.. Kalau tak, makin sejuk la jawabnya... Kalau sejuk mula lah nak cari benda panas2.. Kat mana nak cari benda panas2 tie gini.. Haha okei2... sebelum kamu yang jadi panas, baik aku stop kat sini je dulu... ok daa... Jumpa 4 tahun lagi.. Ekekeke... 


-KORN-


SABAR

Hype...

Begitu mudah untuk mengungkapkan sabar.. Tambahan pula jika memberi nasihat dan kata semangat pada seseorang... Ya, tapi bagi orang yang menghadapinya mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi kesabaran tersebut...


Bila sudah sayang, segala kesalahan yang dilakukan di tolak tepi kerana perasaan sayang telah melebihi akan sesuatu.. Tetapi berbalik kepada sabar, sabar juga ada hadnya.. Bersabar juga perlukan kekuatan, kerana tanpa kekuatan sabar tak mampu bertahan... Jika hilang akan kekuatan tersebut, maka hilang juga lah kesabaran...

Andainya kekuatan itu tidak lagi aku miliki, maka aku akan lepaskan ia pergi... Selamat tinggal..


~KORN~

LISA SURIHANI, TAKDE BEZA KAU DAN AKU

Hype...

Okei nak bagitau yang aku taip entry ni semasa bos aku xsampai opis lagi... Jadi baca lah.... Macam hampeh x intro aku..? Hahaha.. Okeilah ni better than nothing... Macam ade story je aku nak crita sejak kebelakangan ni, tapi nak mencari ruang menaip ni bagai cucuk charger tapi tak di pasang suis... (peribahasa baru)


Nak tanya kamu, ape persamaan Lisa Surihani dengan aku...? Haa mesti ramai tak tahu.. tapi aku tahu... Yang kamu tahu Lisa tu comel macam aku, tu je... Ah bosan lah, asik comel je, aku tau aku comel macam Lisa, but Lisa sorry nak cakap, aku memang lagi comel dari kau... <----this is what we call as confident..


Yang sebetulnya, persamaan kami tak boleh sebut R.. Aku pun pelik lah sejak kecik memang tak boleh ak sebut R.. Padahal, getarkankan je lidah maka bunyi R akan terhasil... tapi dah 24 tahun ni, masih tak boleh sebut R... Oh Lisa, adekah kita ni cacat..?


Sebenarnya bukan lah tak boleh sebut R, boleh tu boleh, cuma kesempurnaan untuk menyebut tu yang tak boleh... apabila sebut, Qalqalah sebutan R tu sangat kuat.. Haha.. Qalqalah tu sebutan die ar.. Sebagai contoh, orang sebut R, aku dan Lisa sebut Argrgrgr... 


***********


Flashback cerita dedulu, mase aku umur 4 ke 5 tahun aku dah start mengaji japme(iqra).. Nak pulak aku berguru dengan akak aku yang macam monster...! Maka dijadikan cerita suatu hari aku pun mula lah dengan Alip Ba Ta Sa Jim Ha Kho Dal Zal Gho...Gho.. Gho..? selepas brulang kali masih bunyi nya tetap Gho... tak menjadi2 sebut Ro.. Ape lagi, kakak aku ni cubit sampai berlebam badan aku... Sebab aku tak lepas sebut Ro, aku kena ulang baca tempat yang sama pada keesokannya lagi...


Maka hari baru pun bermula dengan tempat bacaan iqra yang sama... Alip Ba Ta Sa Jim Ha Kho Dal Zal Gho.... Gho.. Gho... Macam tak de perubahan je bacaan aku.. Akak aku ape lagi, makin tension lah die hari2 satu huruf ni tak lepas2 nak sebut nya... Aku kena penampo sejibik dengan akak aku tu, ape lagi menangis lah aku... Penangan tamparan wanita akak aku tu, ibarat kena kamehameha dengan SonGoku.. Maka menangis lah aku... Jatuh lah airmata teruna aku time tu bersaksikan awek2 kampung yang mengaji sesama aku mase tu... Aku nampak Eton ngan Shima ketawa kekek2 tengok aku... Ciss..


Tak habis kat situ, dalam keadaan teresak-esak menangis, akak aku paksa jugak sebut sampai betul... Aku malu ar kena marah dengan akak sendiri depan member2 aku... Akak aku sebut Ro, aku sebut Gho... Akak aku sebut Ro, aku sebut Gho... Dalam masa sama aku menangis jugak tak henti2...  Akak aku semakin tension tahap full maksima, die tarik tangan aku pi dapur, amik besen, ha nangis puas... nangis.. Aku nak mandi, lepas aku mandi nanti kalau ko tak penuh besen ni dgn nangis ko, siap lagi aku kerja kan... 


**********


Itu lah didikan family aku terhadap aku suatu masa dahulu untuk menjadi manusia.. Bukan di jentik sikit, dah buat report polis... Jadi baru lah aku tahu bahawa aku memang tak boleh sebut R... Sebabnya, mungkin mengalami kecacatan sedikit pada bahagian lidah agak nya... Punca tak boleh sebut tu tak tahulah.. Jadi jika tak boleh sebut R, maka akan terganggu untuk bacaan... Maka, aku pernah bertanyakan Ustazah aku pada masa dahulu..


Ustazah, sekiranya saya tak boleh sebut R atau huruf Ro, bolehkan saya mengimamkan kepada makmum-makmum lain..?

Jawapan yang diberikan ustazah, Jika bersama isteri dan anak2 boleh je jadi imam.. Akan tetapi jika bersama makmum2 lain, jika ade mereka yang lebih layak dan sempurna bacaan ayat AlQuran ny, lebih baik serahkan kepada yang lain... 

~KORN~

PENING NYA PABILA FIKIRKAN TERLALU DEEP

Hype..

Bila bercerita mengenai MH370, aku hanya mampu tersenyum.. Ya, bukan tersenyum kerana musibah yang melanda, tetapi melihat ragam laman sosial yang hanya di hujung jari.. Sanga hebat apabila mereka berbicara mengenai MH370.. Aku tak mampu nak mengupas isu yang sangat panas ni sekarang, kerana tak mahu memburukkan lagi keadaan...


Spekulasi.. 

Apakah itu..? Terlalu banyak spekulasi yang telah berlaku... Banyak jugak aku baca spekulasi tu semua.. Tetapi sekadar bacaan untuk pengetahuan dan andaian diri sendiri sahaja.. Ade sesetengah spekulasi tu memang boleh diterima akal, seolah spekulasi tersebut ade kebenaran nya... Akan tetapi, terdapat jugak spekulasi yang tidak masuk akal, atau bahasa bersihnya spekulasi bodoh kerana ketidakwajaran spekulasi tersebut.. Tak tahulah ape niat di sebalik penulis, sekadar meluahkan pendapat atau sebaliknya... 


Aku sebagai pengikut setia kejadian yang menimpa MH370 ni amat bersimpati terhadap apa yang telah berlaku, terutama kepada keluarga penumpang.. Tak boleh bayangkan sekiranya berada di tempat mereka.. Namun aku percaya perancangan Allah itu adalah sebaiknya dan kita sebagai hamba berdoa yang terbaik untuk keselamatan penumpang.. Selebihnya kita serah kan kepadaNya...


Individu pelik..

Di saat sebegini, apabila muncul individu-individu yang aku boleh istilahkan sebagai individu pelik, menjadikan lagi keadaan bertambah konflik.. Seolah-olah sebuah cerita yang banyak pelakon tambahan.. Tetapi bezanya, dalam sesebuah cerita, akan menghebatkan lagi jalan ceritanya, akan tetapi dalam dunia realiti ini, apabila muncul individu pelik ini akan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada... Malahan, tempias dari individu pelik ini terkena juga kepada batang hidung sendiri...


Masa mula2 dulu, aku juga memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku, sampaikan tidur lewat malam pun aku masih tengok artikel-artikel dalam internet nak mengetahui perkembangan terbaru.. Sampaikan dalan hati terfikir.. Mengapa ini jadi begini..? Betulkah yang ini sebabkan ini..? bla bla bla dan bermacam lah yang aku fikir.. Jauh dari sudut hati aku memikirkan kemungkinan yang berlaku...


Kini dah hampir dua minggu, semakin hari kejadian pesawat MH370 masih belum terungkai.. Di manakah pesawat ini berada sekarang..? Kini aku tak mampu lagi berfikir sedalamnya.. mungkin malas agaknya.. Apa yang keluar dari berita, itu lah yang aku dengar.. Hanya mampu berdoa agar semua baik2 sahaja...


Pesanan..

Apa sahaja spekulasi yang kamu baca, jadikan ia sebagai ulasan diri sendiri.. Jangan di sebabkan satu spekulasi yang kamu baca, kamu jadi cepat melatah dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti.. Jika tak mampu berbuat apa2, baiklah berdiam diri.. Ya, memang ramai cakap begini, tetapi masih masih ramai yang cepat melatah tak sedar diri.. 

-KORN-



TERPERANGKAP ANTARA JERIJI BESI DAN PINTU RUMAH DAH TU CEMANA NAK BUAT

Hype..

Perasan tak sesetengah rumah sekarang ni di design dengan memacam bentuk sekarang ni.. Ade yang design yang lebih baik tu baik lah.. Tetapi biasanya setiap pembaharuan mesti ade pro dan contra dia... Sebagai contoh, pintu rumah yang ade jeriji besi tu.. Kebiasaanya macam ni


Kebanyakan rumah sebelum2 ni pintu rumah dan jeriji nya di reka cenggini.. Space yang di bagi ade la dalam sejengkal... Tetapi sekarang ni dah design cam lain.. Contohnya rumah aku.. die upgrade jadi cenggini.. 


Haa... nampak tak perbezaannya... Kebaikannya bila dah di design cenggini, space akan bertambah kat kawasan antara pintu dan jeriji.. Dan kebiasaanya, space ni akan di gunakan utuk di letakkan kasut.. Betul tak..? Tak kisah lah nak letak kasut ke, nak letak akurium ke, nak buat taman hewan ke, sebab yang aku nak highlight kan adalah cerita lain...


Masalah yang aku hadapi sekarang dengan design macam ni bila aku terlupa bawa kunci... Bayangkan bila kita dah siap ensem2, segak bergaya berspek mata Ray Ban nak jumpa awek, nak keluar rumah buka pintu, tutup pintu... Gedegangggggg...!!!!! , dan Opsssssssss.....! Baru peraasan pintu jeriji besi tak buka lagi, kunci pintu dah terkunci dari dalam dan kunci plak tertinggal kat dalam.... 

Arghhhhhhhhhh....!!!!!!!!!!!!!



Benda pertama yang bermain dalam pikiran, telefon hosmet.. Tu lah yang boleh di buat,

Situasi 1.
Aku : Halo, halo Encik Hosmet 1, mana kamu..?
Encik Hosmet : Aku tengah kerja ni. Kenapa..?
Aku : Ko balik pukul berapa..?
Encik Hosmet : Pukul 12 malam... Kenapa..?
Aku  : Oh ye ke.. Tak pe lah macam tu  (Dalam hati malu nak bagi tahu yang terperangkap kat pintu rumah tapi malu taku di gelakkan)


Situasi 2.
Aku  :  Halo, Halo Encik Hosmet 2, mana kamu..?
Encik Hosmet  :  Aku ade kat kampung ni.. Kenapa..?
Aku  : Oh ye ke.. Nanti bawa balik buah durian sket naa.. bla. bla. bla. 
Encik Hosmet : Oh durian abis dah, yang ade buah kismis.. nak..?
Aku : Haah, nanti bawak balik patblas kilo ok.  tut tut tut....


Dalam keadaan macam ni, mula lah serba tak kena.. Kawan tu baru nak gurau, kita plak dah xleh nak di ajak gurau time tu sedangkan kawan tu tak tahu ape2 situasi kita. Haish cemana nak buat ni masih lagi terperangkap ni.. Jiran2 plak jenis semua dok dalam rumah terus tak keluar rumah dah... Naharom betul..

Nak di pecahkan pintu, nanti nak kena ganti pulak.. Hadoi... Tadi minyak wangi bau semerbak kasturi, sekarang bau macam peluh masam bak cium pengsan 3 hari... Ape nak buat nih..?




Boleh ke situasi nak cal 999..? Ade ke mengganggu kerja dorang... Nanti bomba datang baru la jiraan2 sibuk nak tunjuk muka... Pastu soalan cliche kenapa ni.. kenapa ni.. kenapa ni... Dan dan lah nak buat tanya.. masa aku help help help tadi korang boleh lah plak layan Hindustan la, Hantu Kak Limah lah, Akademi Fantasia la...  APTB.. 


~KORN~


MIKEY DAN LUNA

Hype...

Siapakah Mikey dan Siapakah Luna...? Mikey dan Luna ni teman baek aku buat mase sekarang ni.. Kat rumah layan kerenah mereka je lah... Nakai sungguh mereka ni.. Tambah2 sejak berdua ni. Lagi bertambah nakal dua2 nya... Perkenalkan... Tadaaaa...

Ni Mikey mase mude2 dulu. 2 bulan macam tu. api sekarang dah tua. hahhaa


Depan Mikey. Belakang tu lah Luna. amacam..? Gangster tak..?


 Kalau Luna ni senang sikit nak bawak kemana2. Lepas kan je dalam kereta, dia pandai jaga diri. Kalu Mikey, naik kereta mesti meninggalkan 'kenangan terindah'.


 Luna 


























Pabila menerima kunjungan orang baru. 

Itulah serba sedikit keletah pet kesayangan aku ni.. sekarang ni dua2 sihat, jadi kalu sihat kuat main, kuat makan dan semua kuat lah... Dan aku tak asti mereka ni kapel ke tak... sebab aku malas nak amik hal peribadi mereka.. Cheewah..! hahaha..!

~KORN~

APA KITA AKAN BUAT KALAU DAPAT MC

Hype...

By today, nak aku story pasal MC. Tahu tak apa tu MC..? Bahasa orang putih nya Medical Certificate.. Bahasa melayu nya pula, Penghargaan Penyakit. Okei translation yang sangat fail... Pemahaman yang mudahnya Sijil sakit yang di berikan kepada pesakit.. 


Tahu tak ape kegunaan MC ni..? Haa.. Kebiasaannya MC ni diberikan kepada pesakit yang sakit.. Kendian MC tu akan di berikan kepada majikan, untuk di claim kepada majikan.. Itulah kebiasaan nya yang berlaku.. 


AKAN TETAPI....

Ape yang aku nak cakapkan kat sini, sejauh mana MC ni memberi kesan dalam hidup kita...? Haa bunyi macam agak serius..! Aku pun tak tahu macam mane plak entry ni bunyi macam serius jer.. Takpe teruskan bacaan dahulu.. Ape yang aku lihat sekarang, kebanyakan yang ambil MC ni tak gunakankan ke jalan yang betul....


Sebagai contoh kawan aku sorang ni Azril bin bapaknya (bukan nama sebenar) haritu sakit cirit birit katanya.. Tak sempat masuk tandas, cresstttttttt terkincit dalam seluar berterabur dalam rumah.. Pergi klinik pagi tu, dapat la MC.. petang dah sihat, malam nya pula halo2 aku ajak tengok wayang.. Apa kess..?


Contoh lain pulak, Sharipah Aliana bt bapak dia (bukan nama sebenar) pergi amik MC pagi tu dengan alasan sakit perut, tup tup dapat MC.. Tengah hari tu ajak aku kuar pergi makan laksa, pastu ajak gi shopping, dan lain2 tempat lagi.. Ape kes semua ni...?


Contoh last pulak... Ismail bin abah dia (bukan nama sebenar) ajak aku lepak umah dia, so lepas lepak2 semua tu, nak malam tu die ajak aku gi klinik amik MC... Hah..? nampak tak permainan dia..? MC sekarang ni agak mudah nak dapat dekat klinik2 swasta.. Bukan itu yang aku nak tekan kan isu nya....


Yang aku nak cakapkan, MC ni selalunya untuk orang sakit.. Dah tahu sakit tu duduk lah rumah.. Duduk rumah tu berehat lah.. Berehat tu biarlah cukup2.. Biar rehar berlebihan bila dah dapat MC tu.. Ni tidak, siap berfoya-foya lagik.. Alahai... 


Terkadang terfikir sejenak.. Kita amik MC, pastu kita tak kerja hari tu, pastu kita berfoya-foya.. Duit MC tu kita claim dengan bos.. dan gaji kita berjalan seperti biasa untuk hari kita bekerja... Persoalannya, sejauh mana keberkatan gaji kita pada hari kita MC tersebut..? Wallahualam..

~KORN~

GIVEAWAY PERTAMA 2014 PARIPARIPUTIH

Hype

Setelah sekian lama, hari ni nak join Giveaway Kak Pari ni.. Ekcelli, dari hari first giveaway ini di lancarkan aku dah nak join, tetapi apakan daya masa amat mencemburui aku, dan aku tak tahu kenapa perlu die jeles dengan aku.. dan beberapa hari lepas, tengok2 fesbuk dah nak habis dah giveaway ni.. Tengok2 sat jam, oh masih sempat lagi.. 



Hadiah-hadiah: 
Kemeja T Ekslusif PPP untuk 3 pemenang utama
Top up RM10.00 x 5
Top up RM5.00 x 12

Tarikh Tamat Pada 7hb Februari 2014, jam 12.00 pm.


Jangan tak tahu kalu nak menang kena mematuhi syarat2 yang telah di tetapkan. Alah macam tak biasa pulak.. Sama la macam bawak kete atas jalan raya, kena patuhi semua syarat nya... Beza nya kalu patuhi syarat atas jalan raya tak kena sama, tapi kalu patuhi syarat2 Giveaway ni boleh menang hadiah2 ni...  Hah cenggitu, paham dok..? Kalo dok paham klik jer lah banner atas tuh...


Dan demi memenuhi syarat ke enam, aku kena jawab la soklan paksaan ni...Blog PariPari best sebab personaliti dan attitude empunya blog ni yang hyper ohsem bagi aku.. Why..? kamu akan tahu bila kamu mengenali dia si PariPariPutih walopun tak berapa putih kbai. 


Dear Kak PPP, hiks... 
Andaikata Korn menang, harap2 Korn dapat t-shirt taw... sebab Korn tak pakai henset prepaid.. Tapi andai kata menang topap jugak, mohon2 gadis di luar sana pm no phone beserta sebutir gambar passport. Make sure gadis kampung je.Muehehehe


*saper nak join tuh masih sempat lagi

~KORN~

KOH LIPE ISLAND, THAILAND - PERCUTIAN MEREHATKAN MINDA

Hype..

Bulan lalu yang jugak tahun lalu, Masa bulan November atau Disember, company aku ade buat trip pergi ke Koh Lipe Island kat Thailand... Mesti ramai tak pernah dengar nama pulau ni kan.. sebab aku pun first time dengar nama pulau ni mase bos aku cakap nak pergi sini.. Walau pun dah lama aku pergi. tapi sekarng ni aku rajin tetiba plak nak menghapdate.. 


Tapi kali ni tak mahu la nak hupdate tulis panjang2.. nak tempek gambar je.. Tapi sebelum tu nak ingatkan, banyak gamba kat bawh gambar aku yang bajet so so lah.. hahaha... Then, selamat mencuci mata.. 

Sampai kat jeti, sebelum naik feri terus beli aiskrim coconut.. 


Macam sedap jer...




Otw naik feri nak ke KohLipe Island, singgah dulu di Taratao National Park






Pemandangan semasa naik feri ketika hari nak hujan...

Dah sampai.. Snap2 dulu





Air laut tepi pantai memang cantik gile... Air bersih sampai nampak terumbu karang












Jejalan sekitar chalet. Tapi kami tak tidur kat sini pun. 











Hiks..!

Puteri mana tah

Puteri tak tau jugak. haha

Breakfast before start the activity



Bersama ex-bos aku

Snukerling... enjoy this moment



Pakej snukerling ni memang best.. Sebab dari pagi sampai petang aktiviti snukerling nya.. Yang berbaloinya sebab dia akan bawa banyak tempat untuk di snukerling. bukan satu, bukan 2, rase nya 8 kot... tak ingat dah la... Dah lupa...











Sedikit mengenai info batu ni, serius batu kat sini cantik2.. Tapi malangnya tak boleh nak amik satu pun kerana takut terjadi perkara yang tak di inginkan.. 




Bersama dengan pemandu pelancong kami Andy (bukan nama sebenar) <--baju hijau tengah



Walking Street ni ade jual bermacam2 cenderahati, ade restaurant, ade massage, ade bar, dan bermacam2 lagi.. Laluan di sini dianggarkan lebih kurang 500m... 







Antara keychain dan cenderahati yang ade kat sini..

Hoorey dah habis..!!

Sorry lah, aku x reti nak edit gambar mahupun setting camera bagi cantek.. So, mane yang ade copy paste jer terus.... Cenderahati ade lebih lagi ni.. So kepada sape2 nak buat giveaway, sila kontek2 aku dan aku boleh kasi sponsor untuk hadiah spesial dari Koh Lipe Island.. hehe

~KORN~