SEBELAS DAN NOVEMBER

Hype..

Bulan November ni tak la berapa sinonim sangat dengan aku. Cuma ade kaitan sikit-sikit bau-bau bacang je dengan aku. Nak kata bulan kelahiran aku pun tidak. Nak kata bulan feveret aku pon tidak. Jadi aku nak ceghitanya sikit-sikit je kaitan nya dengan aku.


Kebelakangan ni aku pakai nama kat wechat EleventhOfMe.. Jadi ramai yang bertanya 'Wei Korn, ape maksud nama kau ni'.. 'Wei Amat amende la nama kau pakai ni memacam lah.'.. Sabar-sabar..!, sebentar lagi soalan kalian akan terjawab.. Adekah nombor feveret aku ni 11? Takdelah.. Yang sebenarnya... *mood serius



Nombor sebelas ni datang nya dari nombor bilangan adik beradik aku.. Yes, aku anak bongsu dari sebelas adik-beradik... Aku ade 5 orang kakak dan 5 orang abang.. Jadi aku yang  nombor sebelas.. Jadi dari situ terbitnya perkataan EleventhOfMe. Eleven tu kan ke sebelas.. Jadi kalau berminat nak add wechat aku, boleh add id aku [amatkorn]. Tapi make sure kalau aku tanya kau akan jawab dari blog or blogger or what so ever yang sama maksud dgn blog. Kalau tak memang aku tak kan approve punya. Percayalah..!


Dah alang-alang ko nak add wechat aku, silah add insta aku AMATKORN tapi serius aku cakap, insta aku amat membosankan.. Asyik-asyik gambar aku, gambar kucing aku pastu gambar aku, gambar kucing aku balik.. serius aku cakap, itu membosankan dan aku peduli ape, its my insta..!!


Next my blue bird.. <---kenapa lain macam ja imaginasi aku ni.. Ok twitter aku ni ELEVENTHOFME.. Untuk twitter plak, jemput lah follow.. Tapi aku xde jaminan untuk follow balik.. Sebab ape..? Sebab nya aku ni tak suka account twitter yang everytime ko nak Retweet 24 jam.. Nak pulak kalau kau ni jenis follow setia MinahKaripap jadi kau akan retweet semua tweet yg di twEet oleh Minah Karipap.. Baik aku aku takyah follow kau, better aku folow MinahKaripap ja.  Isenit..? Aku lebih suka tweet tu di taip sendiri oleh pemilik akaun tu.. got it..? No....!!? Ok bye


Facebook plak ko boleh add SALEH YAILAN. Maka akan muncul lah mamat yang gila makan ketam kat atas ni. Okey ni account real aku dan aku cuma ade satu akaun sahaja. Mana2 lain akaun yang guna gambar aku adalah fake yang digunakan pihak ketiga untuk tujuan tertentu.. Biasalah orang ensem macam aku memang orang suka amik kesempatan. Okey statement mintak kaki. Bye

INSTAGRAM -
TWITTER -
FACEBOOK -

KORN

FENOMENA KIRIM SALAM

Hype

Situasi 1 : "Korn, nanti balik Penang kirim salam kat Salmah Gebu ye"

Situasi 2 :
"Eh Korn, ko nak keluar ke"
"Haah nak gi jumpa Cik Senah Al-Unta"
"Oh Senah jual karipap tu ke, nanti jumpa kirim salam ye. Cakap aku rindu nak makan karipap dia"

Selalu kan ade membe, sedara, pakcik, makcik, mak mentua, jiran, spupu kau yang mudahnya mengirim salam cenggini.. Tahukah kau sedang di kirimkan sebuah amanat yang amat besar akan tetapi kebiasaannya selalu di ambil mudah oleh orang pengantara..? Kau lah orang pengantara tu. Kita ni lagi 4 tahun dah nak masuk tahun 2020.. Ya..!! Zaman serba canggih dengan teknologi moden yang mana kau boleh tgk kereta terbang syiuuu sana syiuuu sini... Mimpilah..!!

Yang aku tak paham, zaman sekarang ni zaman teknologi hujung jari..Zaman serba canggih.. Whatsap wechat skype ym dan memacam jenis apps lah boleh contact, masih jugak nak kirim salam. Banyak pengantara boleh di gunakan, tetapi kenapa masih mahu gunakan orang sebagai org tengah untuk sampaikan kirim salam.. Tak pahamlah aku..

Tak salah pun sebenarnya nak kirim salam.. Akan tetapi, salam ni kebiasaannya tak sampai ke penerima.. Sebabnya:
i. di anggap benda ni (kirim salam) tak penting
ii. di pandang remeh
iii. lupa
iv. dll <--pandai-pandai lah tambah sendiri


"Korn, pakai semart2 ni nak jumpa awek ke, nanti kim salam awek eh"

Choi..!

Yang ni bahaya.. Silap-silap haribulan, awek kau pun di kebas nya. Eh ni aku bagi contoh je. bukan betul-betul jadi kat aku pun. Kalau jadi kat aku pun xpe, aku ade spare part awek lagi 7 orang.. (okei ini tipu). So sebelum kau kirim salam tu tengok lah keadaan dengan orang dan keadaan.. Kalau stakat org yang kau nak beri salam tu org yang hari2 kau mesej, baik tak payah ler... Lain lah kalau org yang kau nak beri salam tu beeratus kilometer dia duduk, pastu dah baper tahun tak juma tak contact.. Ye dak..?

~KORN~

25 TAHUN VS JODOH

Hype Beb...

Terlupa yang aku ade blog. tengok balik entry last dah 2 bulan tak hupdate. Maaplah, memang dua bulan kebelakang ni busy tahap action kamen (hero dlm kartun SinChan) mengalahkan lawannya. Mana taknya, kerja nak setel, life nak setel, kucing aku nak setel, ini itu nak setel. Bila fikir balik macam orang lain pon nak setel benda yang sama, jadi ape beza nya aku..? Ok lah aku yang malas update blog. Aku ngaku..!

Lecey betul lah, mesti ko tengok tajuk mesti akan ko expect yang orang akan tanya aku dengan persoalan2 celaka seperti 'bila nak kawen' , or 'bila nak tamatkan zaman bujang' or what so ever lah..! No no u are out thinking dan cerita ni tak sama sekali seperti yang dalam fikiran kamu.. Huh..!! Teruskan membaca sebab entry ni adelah entry yang paling tak best... Yerp memang tak best..!! Kalau tak caya teruskan lah membaca..


**********

Beb, aku dah cakap tak best, rajin jugak ko membaca.. Jadi aku tetap akan teruskan penulisan aku.. Aku hairan lah, memang aku dah start mencari jodoh dengan sedikit effort cara aku, mungkin aku dah sedia nak tamatkan zaman bujang maybe. Nak tahu tak, lagi aku mencari, lagu benda tu aku tak nampak.. Samar.. mengapa jadi macam ni..? Siapa yang harus di persalahkan..? Diri sendirikah..!! Perempuankah..?

Beb, dah masuk perenggan ke-4 dan kalu ade yang tertanya-tanya entry ni tak bergambarkah..? Ya, memang entry ni tak bergambar, dan bolehlah halakan mouse ke sudut atas kanan dan pangkah klik..! Bila aku calitkan keadaan semasa dengan sudut rohani, tertanya2 aku kepada-Nya kenapakah doa hamba-Mu ini tidak di perkenankan? Mungkin belum cukup bersedia dari mental fizikal rohani dan jasmani.. Atau mungkin jauh dari sudut yang kita tak nampak, ade sesuatu yang aku perlukan.. Oh, aku memanjangkan cerita..

Blurr..!

Okeilah malam ni aku nak pergi memancing..!