REZEKI BUKA HANYA PADA DUIT SEMATA-MATA

Hype

Entry ni lebih kepada luahan perasaan aku yang tak terhingga.. Luahan perasaan yang aku tak pernah sangka akan aku tulis di sini.. Aku terfikir beberapa kali perlu ke aku tulis semua ni, atau perlu aku diamkan sahaja dan biar masa berlalu begitu sahaja...


Cerita nya begini, Memang tiap-tiap tahun aku dapat bonus 2x setahun. Sekali pada awal tahun dan sekali pada sebelum perayaan.. So awal tahun haritu aku tak dapat bonus banyak di sebabkan projek tak berapa nak untung, jadi dapat lah ala kadar sahaja.. Jadi baru ni aku target akan dapat lah sebab nak raya kan.. Tapi end up bila bos aku kasi slip gaji, guess what..!!!? Takde bonus jugak.. Expectation kau nak beraya dengan duit bonus hilang macam tu je... 


Part ni aku macam susah sikit nak explain.. Jadi aku kena guna bahasa kias-kias2 je.. Perumpamaan die macam ni.. Sebelum ni aku dah biasa makan nasi dengan ayam.. One day atas sebab tertentu mak aku tak bagi aku makan nasi dengan ayam.. Sampai bila, takde mase dapat tentukan.. Mungkin sampai mati..  Hanya mak aku je dapat tentukan benda ni.. Tapi satu hari mak kau cakap, mulai sekarang kau dapah boleh makan nasi dengan ayam semula setelah sekian lama.. Itu lah perumpamaannya.. Jadi, nikmat yang kau peroleh masa sangat-sangat tak terhingga.. 


**********


Jadi bila aku fikirkan balik, ade hikmah kenapa aku tak dapat bonus gaji.. Dan aku sangat bersyukur dengan nikmat tersebut, nak pulak nikmat tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.. Berkat Ramadhan barangkali.. Aku fikir sejenak, kalau inilah nikmat yang kau berikan, aku rela tak dapat bonus tersebut asalkan 'aku dapat makan nasi dengan ayam'.. 


Cerita nya belum habis takat tu, selepas beberapa hari aku masuk kerja, bos aku panggil dan bagi cek..! Serius aku tak sangka dapat bonus time tu.. Fuhh, tiba-tiba aku terbayang, nikmat Ramdhan kali ni sungguh tak aku duga sebegini besar nikmatnya.. Bukan apa, sebelum2 ni kalau bonus di bagi sekali dengan gaji. Tetiba kali ni di asing2 plak dengan gap beberapa hari.. 

Alhamdulullah rezki...


~KORN~