Awak..
Saya penat..
Penat dengan permainan kita..
Ya, dugaan dengan perhubungan kita..
Saya fikir semua dah sampai noktah nya..
Tapi semua nya silap..
Noktah yang tidak bertitik..
Awak..
Dari pagi saya terfikirkan awak..
Sampai tengahari mood kerja saya masih tiada..
Kini dah masuk petang, masih teringtkan awak..
Saya utus kan entry ini untuk awak..
Awak..
9 September 2012 ; 0017..
Awak muncul semula..
Hanya beberapa perkataan..
Dari khidmat pesanan ringkas..
Tidak bernama..
Tapi saya yakin..
Saya pernah lihat nombor tertera..
Awak..
5 tahun dah berlalu.. bukan 5 hari.. bukan 5 jam..
4 tahun saya tunggu awak.. bukan 4 hari..
Akhirnya tahun lepas, saya lepas kan perasaan menunggu terhadap awak jauh-jauh
Awak tahu, perasaan menunggu dan berharap ni amat berat.. Berat sangat-sangat...
Hanya orang yang alami sahaja dapat mengerti betapa peritnya menunggu..
Awak..
Perbualan ringkas kita semalam..
Amat bermakna..
Makna yang mendalam..
Terima kasih kerana masih ingat saya..
Awak..
Bait-bait perbualan kita..
Pengakuan awak yang saya suka..
Ya pengakuan awak..
Pengakuan yang awak belum bertunang..
Awak..
Bodohkan saya..
kata dusta kawan baik awak..
Saya tak salahkan kawan baik awak tu..
Saya salahkan diri saya..
Apa2 yang terjadi dalam hidup saya, saya akan tetap salah kan diri saya..
Awak..
Kenapa awak masih hadir dalam hidup saya di saat saya telah buang jauh perasaan saya terhadap awak..
Awak tahu tak saya ambil masa 4 tahun untuk merelakan perasaan saya terhadap awak tu pergi jauh-jauh..
Awak.. tahu tak sekelip mata perasaan yang telah saya buang tu datang semula hanya dengan satu pesanan ringkas...?
Awak..
Awak tahu betapa lama saya tutup hati saya ini untuk insan lain..?
Di saat saya sedang mencuba untuk membuka untuk insan lain, awak hadir menutup nya semula...
Adakah awak tidak merela kan perasaan saya terhadap orang lain..?
Atau awak ingin memasuki semula hati ini..?
Atau awak masih mahu menyiksa perasaan yang tidak boleh dilihat ini?
Awak...
Saya takut..
Saya takut kiranya saya perlu tunggu 4 tahun lagi untuk lepaskan perasaan yang telah datang semula ini...
Apa lagi dugaan kali ini..
Awak..
Walaupun 5 tahun telah berlalu..
ingatkah awak dengan kata-kata ini..?
"Awak, sbolehnya sy dah taknak kapel dah, dengan sape2 pun, Tapi awak tahukan perasaan saya pada awak? Itu,memang saya tak dapat nak nafikan.. Itu memang fitrah manusia.. Awak, bercinta dalam Islam sebenarnya cuma ada satu cara je kan, awak pun tau iaitu kahwin.. Saya nak cuba kembali ke jalan Allah, saya harap awak faham.. Sekarang ni saya serahkan semua pada jodoh.. Walau niat kita baik, Tapi kapel tetap salah, kerana niat tak menghalalkan cara"
Ini lah pesanan ringkas yang awak bagi saya 5 tahun lalu..
Saya simpan sekian lama..
Adakah kata2 awak ni, yang menyebabkan awak datang kembali...?
Awak,
Hari ini hari Isnin..
Hari pertama awak memasuki semester 5..
Ini bermakna lagi setahun awak akan menghabiskan dunia pembelajaran sebelum memasuki dunia pekerjaan...
Dan awak menyatakan hasrat hati untuk menyambung pembelajaran lagi...
Perlu ke saya tunggu lagi..
Saya risau jika saya menunggu sesuatu yang sia-sia...
Saya ingat kata2 awak..
Awak tak bagi upload gmbr awak atau gmbar kita kat fesbuk
Tapi saya masih simpan gmbr kita..
Masa kita zaman sekolah dulu..
Saya harap awak x marah saya masuk gmbr ni kat blog..
Sebab awak tak pernah larang masukkan gmbr kat blog..
Lagipun awak tak tahu saya ada blog..
Tapi takpe awak, saya dah kaburkan muka kita..
Awak..
Saya rindu awak..
Awak?
Pssttt....!!!!! Sekadar entry luah perasaan. Tak perlu komen untuk entry ini.. Doakan yang terbaik jer untuk kami.. Sekian.. =(
~KORN~