HANIF IDRUS GIVEAWAY 2013 SEGMEN

Hype...

Untuk pertama kali di tahun baru aku nak support blog Kawan Maya aku ni... Siapa lagi kalau bukan Hanif Idrus.. aku da kenal Abg Hanif Idrus ni agak lama lah, tapi masih belum berkesempatan untuk bersemuka secara depan2.. Harap2 suatu hari nanti InsyaAllah...



Okei aku nak jemput semua follower aku semua join Giveaway Abg Hanif ni.. Dan aku rase syarat2 yang di kenakan pon tak lah susah mane.. Simple sajer.. Untung2 boleh dapat key-chain limited edition dari beliau.. Bukan satu, bukan dua, malah tiga yang akan anda peroleh jika ade rezki.. untung kan.. Jadi jom lah reramai kita meriah kan giveaway Abang Hanif ni.. Sila klick link di bawah ni atau klick jer banner kat atas ni untuk lebih lanjut :



Jadi demi memenuhi syarat, aku nak tag Sailormoon dan SailorJupiter ni supaya join.. Yang tak ditag pon boleh jugak join.. Harap maklum... 

~KORN~


Pssttt....!!!!! Banyak nye segmen member2 yang tak sepat nak join.. Harap bersabar..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

RM200,000.00 menanti untuk peserta yang berjaya mengharungi kesemua 15 cabaran yang telah di tetapkan. Itulah ganjaran yang bakal di terima untuk pemenang FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA.. Namun begitu, tidak semudah di sangka kerana setiap cabaran yang mempunyai risiko tersendiri perlu di atasi oleh setiap peserta bagi memastikan mereka terus kekal bertahan untuk minggu seterusnya.


Wahh.. Abang Eron Ajis sebagai pengacara 

Bermulanya 29 Disember 2012 FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA episod pertama telah pun di tayangkan di Astro Ria 104 dan juga Astro Mustika HD 134. Untuk musim pertama, Seramai 30 orang selebriti yang terbahagi kepada 15 kumpulan telah pun terpilih. Mari kita berkenalan.












(tersingkir minggu pertama)






Sudahkah anda memilih pasukan kegemaran anda? Dapatkah kekuatan fizikal dan mental para peserta menandingi rasa takut? Adakah anda sudah bersedia melawan perasaan takut tersebut?  Jangan lupakan saksikan FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA pada :

Hari        :    Sabtu
Jam        :    9 Malam
Channel  :    104(Astro Ria) & 134(Astro Mustika HD)


OFFICIAL WEBSITE --->www.astrogempak.com.my/fearfactor

Entri ini di tulis bagi Projek 10 bloggers Eyriqazz.Com

~KORN~

Pssttt....!!!!! Aku dah tak sabar nak tunggu next episode ni..!!

AZAM 2013 ~ MAHU JADI PENCURI

Hype...

Dah  seminggu tak update blog bagai bertahun lamanya.. Cheewah... berpujangga sangat ayat aku.. Sebenarnya, minggu ni aku agak busy sikit la dengan kerjaya aku ni.. Tambahan plak.. beberapa hari lepas aku demam sampai hari sabtu lepas aku tak larat sangat nak buat apa2... Okei cukup kot update pesal kehidupan dan explanation pesal ape aku lewat update blog.. Cheewah macam kamu note plak kehidupan aku kan....


Tahun 2013 dah nak masuk.. Tak lama dah.. Cuma tinggal kurang 24 jam saat entry ni di tulis... Sebelum ni, jujur aku cakap aku x pernah set apa2 azam... Yang aku ade, cuma seorang kawan bernama Azam.. Baik budak nya... Haha... sape2 nak kenal boleh private meseg or direct messages dengan aku.. Hahaha.. Okei x lawak...






Selamat Datang 2013.. Selamat Tinggal 2012... Jika semua dah set azam masing2, aku pun ade azam jugak tahun 2013 ni.. (Jujur aku teringat kat membe aku nama Azam setiap kali aku tulis perkataan Azam).. Azam aku nak jadi pencuri.. Agak-agak boleh tak..? Aku tahu lah mencuri itu salah.. Salah sama sekali... Tapi aku tetap dengan azam aku, aku nak mencuri hati si dia.. Ouchh. So sweet.. Agak-agak boleh tak aku dapatkan si dia pada tahun 2013 ni..? 


Sebenarnya, dalam kehidupan ni, kita mesti ade target... Target ke mana arah kita akan pergi... Dulu aku pernah set target aku iaitu aku nak bertunang pada umur 23 tahun.. Aku set mase zaman aku SPM dulu lah... Bila di fikirkan balik, 2013 ni umur aku dah pun 23 tahun... Begitu cepat dan pantas masa berlalu...  Jadi jika tahun 2013 ni aku dapat mencuri hati die, aku akan cuba untuk mengikat tali pertunangan pada akhir tahun 2013.. Kahwin..? Umur 24 mungkin..


Kita hannya mampu merancang.. Yang tentukan hanya Dia di atas sana... Kita di sini perlu berusaha dan berdoa kepada-Nya agar kehidupan di permudahkan dengan keizinan dan keberkatan-Nya...


Rumusan 2012
Sejujurnya tahun 2012 ni, dari segi kerjaya, aku agak goyah kerana aku berhenti kerja pada saat hujung tahun di sebabkan perkara2 yang tak di ingini... dari segi percintaan, eh cemana boleh ade dari segi percintaan ni..? Ah ape nak tulis ni..? Tak mau la komen boleh.. Haha.. Okei2.. dari segi percintaan pun kurang memberangsangkan.. Fullstop.. haha... dan dari segi kehidupan pun agak tidak berapa stabil.. Rumusannya, 2012 aku cuma biasa2 sahaja...

Aku sebagai blogger..
Tahun 2013 ni aku rasa xdapat nak aktif sangat sebab jadual kerja aku agak padat.. Jadi jika sebelum ni aku update blog seminggu ade dua atau tiga entry, berkemungkinan selepas ni seminggu cuma ade satu entry atau mungkin tiada.. Amboi ape ke parah semacam je bunyik nya.. Haha.. Tak de la, maksud aku, aktiviti blogging terpaksa aku hadkan sedikit untuk aku fokuskan ke arah kerjaya aku.. Serius aku dah lama gila tak berblogwalking.. Cuma sempat reply komen-komen dari entry2 aku saje... 


~KORN~

Pssttt....!!!!! Nak edit bog lah.. ape yang nak di tukar kan lagik ek?  Okei tak theme blog ni hitam + oren?