ADAKAH SEORANG KOKORN TELAH KEMBALI KE DUNIA PENULISAN?

Assalamualaikum.. 

Ya seperti tidak percaya kan seorang Kokorn masih menaip entry ini pada hari ini. Ya, dan aku sebagai pemilik blog ni aku juga masih tidak percaya adakah aku yang menaip entry ini. Bukan apa, sebab aku sendiri masih tidak percaya yang aku sedang menaip entry ini. Bukan mudah ya sebenarnya seorang blogger untuk maintain sesebuah penulisan sedangkan telah berkurun lama tak menaip.


Untuk pengetahuan, jika ade yang nak tahu, telah lama ya jari seorang yang bernama Kokorn ini tidak menaip sampai ada kalanya telah berbulan lama nya, eh tersaslah fakta pula, telah bertahun lamanya tidak kembali ke platform penulisan nie. Tup tup tiba-tiba hari ini bagaikan mimpi semula bila dapat menaip semula.


Rindu..? Tentulah rindu nak menaip. Rindu kawan-kawan dulu yang dulu pernah lepak sesama, gathering sana-sini, join giveaway dan bermacam lagi. Sepertinya baru semalam ya semua ini berlaku, tapi cerita ini hampir sedekad yang lalu. Telah lama rupanya berlalu dan pastinya menjadi kenangan untuk hari mendatang.


Akan tetapi masih ade juga kawan-kawan dulu yang masih menulis, tahniah dan syabas di ucapkan.. Tak lupa juga kawan-kawan maya yang kini telah dengan kesibukan masing-masing dan semuanya berlaku bersebab. Semestinya setiap orang ade sebab yang tersendiri. 


Fuhhh, seperti tidak percaya dah masuk ke perenggan ke lima ya seorang Kokorn menaip tanpa sedar. Seolah-olah banyak yang nak di ceritakan. Hehe Korang jika ade yang still baca sampai sini, doakan kehidupan aku dipermudahkan ya.. Doa yang simple-simple pon dah okay macam ni

"Saya doakan kehidupan pemilik blog ini dipermudahkan"

Secara tak langsung ya, korang telah pun mendoakan untuk aku, sayang la korang walau aku tak tau sapa antara korang mana lah tau doa-doa kalian di makbulkan. Aku juga mendokan kehidupan korang sentiasa dipermudahkan dan di berkati. InshaAllah.


Nak aku teruskan lagi ke menulis, atau cukup dulu sampai di sini? Mungkin cukup lah dulu kerana urusan duniawi yang terbatas dek waktu. Fuh bahasa pon dah berubah dari blog Kokorn yang dulu. Kokorn senyum sinis membaca entry nya di sini. Dan jika korang baca sampai habis, tolong komen sikit. Paling tidak smile pon buat aku happy sebenarnya. Hehe. Semoga kita berjumpa lagi.


Owner
Kokorn yang rindu nak menaip

4 ulasan:

  1. Semoga kehidupan pemilik blog ini dipermudahkan. Aminnn

    Sy pun membaca sambil tersenyum nih 😁

    BalasPadam
  2. saya baru berapa bulan je blogging. haritu rajin la update sebab tengah cuti sem, tapi sekarang kelas full sehari memang dah malas hmm. apa-apa pun semoga urusan dipermudahkan :)

    BalasPadam
  3. seronok baca penulisan ni

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...