TAMAT LAH SUDAH BATTLE ROYALE & BERSAMA-SAMA KITA MEMBANTU PALESTINE

Hype..

Bermula dari 11 September sehingga 20 November aku telah join BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE, satu tempoh jangka masa yang agak lama tapi best... Ini merupakan satu segmen dan idea kreatif dari AWIE OMAR iaitu selaku penganjur game tersebut.. Ini merupakan satu game yang sangat best dan berbeza dengan aktiviti yang ade dalam dunia blogging ni.. Aik knapa aku ulang ayat ni lagi..?


Maka secara rasminya pemenang telah pun di umumkan... nak tahu lebih lanjut keputusan nya, sila picit2 kat SINI... Eh, jangan degil lah.. cepat picit SINI... Ahaha.. Alhamdulillah, sungguh aku x sangka keputusan tersebut... Memandang kan peserta yang agak ramai, jadi aku target sampai top7 jer..  Rezeki berpihak pada aku, maka sampai lah aku ke final... Result nya boleh lah tengok kat link sana...




Terima kaseh jugak aku tujukan khas Awie Omar, semua peserta BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE, dan juga buat semua commentators yang telah mengomen entry2 aku.. Sebab korang lah aku leh bertahan sebenarnya.. Sekali lagi terima kasih aku ucapkan...

PESERTA B3 : BATTLE ROYALE yang beri kerjasama
Isa
Khairul Akmal
Syaidatul Aisya
Sarah Safuddin
Faizul Osman
Erna Neer

Okei yang mane ade backlink tu boleh lah terjah mereka.. Kerana merana sangat blogger sporting dan pasti akan ade feedback komunikasi antara dua blogger... 



***************************************************************


Seperti kita sedia maklum, Saudara Islam kita di Palestine yang sedang bergelut dengan keganasan Israel Laknatullah, marilah kita bersama2 berdoa agar saudara kita sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t. Selain itu, satu inisiatif yang di lakukan GBS dan Blogger Apakah untuk memungut sumbangan, dan kepada yang berminat seikhlas hati untuk memberi sumbangan boleh lah berhubung terus dengan mereka seperti di bawah...




Sungguhpun gencatan senjata telah di umumkan, ini tidak bermakna mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan lagi... Kini, mereka memerlukan sumbangan kita semua untuk membangunkan semula apa yang telah musnah seperti masjid2 dan kediaman mereka.. Dan aku mewakili team B3 : Batle Royale akan salurkan serba sedikit ape yang aku menang untuk saudara kita di sana..

~KORN~


A atau B atau AB

Hype...

Setelah umur aku mencecah 22tahun 3 bulan dan beberapa hari, Yaa maka hari ini terungkai sudah jawapan yang selama ini menjadi persoalan..... Ya persoalan yang aku sendiri soalkan.. Nak tau ape jawapan die..? Tadaa....



Hehe.. sebenarnya aku teringin sangat nak tau jenis darah aku.. selama 22 tahun ni aku x pernah tau pun ape jenis darah aku... Aku pun tak tahu kenapa aku tak tahu jenis darah aku.. mungkin takut jarum kot.. Hihi... Aku sangka kan selama ni darah aku jenis O.. Rupa-rupanya, jenis AB+.. Ape lagi, mula lah aku mengoogle jenis2 darah nie... Dulu ade jugak mase skolah blajar pesal darah, dan kali ni aku nak kasi info sket pesal darah ni...



Jadi aku sebagai pemilik darah AB boleh menerima dari jenis apa2 darah sekali pon... Akan tetapi aku tak boleh menderma darah kepada kumpulan yang lain... Boleh dikirakan aku ni bernasib baik jugaklah.. Dan yang paling kesian adalah pemilik darah O kerana mereka hanya boleh menerima darah dari kumpulan mereka sahaja..



Jadi kamu pulak darah dari jenis yang mana? Kalau darah AB agak beruntung lah... Tapi kalau darah jenis O kurang bernasib baik.. Hehe.. bukan kurang bernasib baik cemana, cuma x boleh terima darah dari kumpulan lain jer.. (Bape kali nak cakap mende yang same nih)


Darah jenis AB - Berbakat, Tenang, Rasional



Sifat positif : Tenang, terkawal, tegas, pendiam, empati dan rasional
Sifat negatif : Menyendiri, kritikal, ragu-ragu dan tidak bertimbang rasa.


Dirujuk sebagai 'humanis'. Sukar untuk mengkategorikan mereka yang berdarah jenis AB kerana mereka mempunyai kedua-dua ciri darah jenis A dan B didalamnya. Mereka kadang kala pendiam dan pemalu dan kadang kala friendly dan outgoing. Mereka sering dilihat sebagai mempunyai personaliti yang pelbagai kerana mereka sering beralih daripada satu personaliti ke personaliti yang lain. Mereka seolah-olah mempunyai 2 personaliti, satu untuk orang dibahagian "luar" dan satu lagi untuk orang dibahagian "dalam". Apabila mereka sedang berseronok bersama rakan, mereka juga perlu masa bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri. Mereka juga selalu memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam (overthink). 


Dilihat sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa kerana terlalu tegas. Mereka yang berdarah jenis AB selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Mereka juga suka menyendiri. Selain itu, mereka sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala mereka juga bersikap talam dua muka. Pada masa yang sama, mereka yang berdarah jenis AB sangat sensitif dan sangat berhati-hati


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.


Bagaimana mereka bekerja?
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami tetapi tidak terlalu bertanggungjawab dan tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


Tahukah korang
Masyarakat Korea biasanya mengkategorikan orang yang berdarah jenis AB sama ada seorang yang genius atau seorang yang bodoh



Untuk darah jenis lain sila google senirik lah... Yang ni khas untuk darah jenis AB sahaja... Sebab darah aku jenis AB.. Sape kamu2 kat sini darah jenis AB jugak? Yesszzz geng lah kita.... Ade tak yang bukan jenis darah AB..? Abis kamu darah jenis ape?


~KORN~

SEGMEN ERAZ FAZLI : Pencarian BLOGLIST

Hype...

Idea nak update blog tengah banyak sekarang ni... Ade yang sedih, ade yang happy, ade jugak yang biasa2 entry yang aku nak taip..  tapi xsempat nak concentrate nak taip entry... Sebab waktu kerja yang membataskan.. Takpelah, aku akan cari masa kemudian.. sekarang nak join segmen Eraz Fazli ni...




Segmen ni cuma 15jam jer... So, sape cepat die dapat lah.. Jom, sume ramai2 memeriahakan segmen Eraz Fazli ni.. Segmen tamat malam ni tahu.. tepat jam 11.59 malam.. So, sape yang nak join meh klik SINI.. atau link blog die kat bawah ni..


Alamak nak taip ape lagi ni... abis da kot.. Selamat Hari Rabu... =)

Pssttt....!!!!! fikiran aku buntu semenjak kebelakangan ni... kerja oh kerja, lalala...

~KORN~