Hype Beb...
Terlupa yang aku ade blog. tengok balik entry last dah 2 bulan tak hupdate. Maaplah, memang dua bulan kebelakang ni busy tahap action kamen (hero dlm kartun SinChan) mengalahkan lawannya. Mana taknya, kerja nak setel, life nak setel, kucing aku nak setel, ini itu nak setel. Bila fikir balik macam orang lain pon nak setel benda yang sama, jadi ape beza nya aku..? Ok lah aku yang malas update blog. Aku ngaku..!
Lecey betul lah, mesti ko tengok tajuk mesti akan ko expect yang orang akan tanya aku dengan persoalan2 celaka seperti 'bila nak kawen' , or 'bila nak tamatkan zaman bujang' or what so ever lah..! No no u are out thinking dan cerita ni tak sama sekali seperti yang dalam fikiran kamu.. Huh..!! Teruskan membaca sebab entry ni adelah entry yang paling tak best... Yerp memang tak best..!! Kalau tak caya teruskan lah membaca..
**********
Beb, aku dah cakap tak best, rajin jugak ko membaca.. Jadi aku tetap akan teruskan penulisan aku.. Aku hairan lah, memang aku dah start mencari jodoh dengan sedikit effort cara aku, mungkin aku dah sedia nak tamatkan zaman bujang maybe. Nak tahu tak, lagi aku mencari, lagu benda tu aku tak nampak.. Samar.. mengapa jadi macam ni..? Siapa yang harus di persalahkan..? Diri sendirikah..!! Perempuankah..?
Beb, dah masuk perenggan ke-4 dan kalu ade yang tertanya-tanya entry ni tak bergambarkah..? Ya, memang entry ni tak bergambar, dan bolehlah halakan mouse ke sudut atas kanan dan pangkah klik..! Bila aku calitkan keadaan semasa dengan sudut rohani, tertanya2 aku kepada-Nya kenapakah doa hamba-Mu ini tidak di perkenankan? Mungkin belum cukup bersedia dari mental fizikal rohani dan jasmani.. Atau mungkin jauh dari sudut yang kita tak nampak, ade sesuatu yang aku perlukan.. Oh, aku memanjangkan cerita..
Blurr..!
Okeilah malam ni aku nak pergi memancing..!




