REVIEW FOLLOWER 999, 1000 & 1001 ~ JOM TERJAH



Hype..

Lama pulak dah rase nya tak review blog orang nih.. Jadik hari ni secara rasminya aku nak review follower aku yang kira bertuah lah.. Disebabkan ade 3 blog aku nak review, jadi aku akan review simple2 jer... Sebab tak nak entry terlalu panjang...


~999~
Wah, blog aweks lah.. Hehehe... Okei bila masuk blog die ni, sejuk jer mata memandang sebab warna purple yang digunakan sebagai warna utama tema blog nya [harap maaf, ayat agak berbelit]... Namanya Ieyla.. Awek berkaca mata ni comel2 kecik molek jer orang nya.. Eh, cemana aku taw die ni comel..? Hehe.. aku pernah jumpa dulu masa gathering GBS.. Single kah die? Oppsss, kena pi blog dia lah tanya single ke dah berpunya.. Hik hik hik...  Pssttt... Jom pi blog Ieyla.. 




Header Cik Eiyla


Jom kenal-kenal blog Cik Eiyla kat sini--->>>>http://ieyla.com/





~1000~
Wahh.. Tahniah korn.. da sampai 1000 follower kamu.. ekeke.. masuk bakul angkat sendiri lak aku ni... Wahh.. Gadis lagi follower yang nak di review ni... Nama nya Naazira Rahim.. Umur 21 Tahun... Katanya "I am love men with Pilot Tag".. aku cuba la memahami ape di tulis nya... Aku tak paham, mungkin maksud nya, sape nak love2 dengan die kena beli Pensil picit jenama Pilot lah kot... Ekeke... Ape yang buat aku terharu dengan Nazira ni, di letakkan gambar aku kat header die.. Perghhh sweet giler... Kalo tak caya tgk kat headr bawah tu.. [serius aku pon tak akan percaya].. Die ni friendly tau.. Kalo nak tau friendly ke tak, ha jom la pi blog die...






header Naziira

Jom kenal-kenal blog Naziira kat sini --->> http://naz-only-you.blogspot.com/






1001
Kali ni blogger laki plak... Rojak One Malaysia blog nya.. Aku tak sure nak tulis ape tentang blog die.. Blog die banyak menceritakan mengenai cerita semasa dan cerita yang paling banyak adalah mengenai Bola, tak kira la mengenai EPL (epal) ke, pesal pemain ke, result Game ke, ape2 lah pasal bola.... Ape yang aku jeles dengan empunya blog yang bernama Mohd Syamil Ramli ni, die dah pergi Legoland Malaysia.. Serius aku jeles, sebab aku memang nak pergi sangat ke sana nanti.. Tapi die dah pergi dulu... 

  




Header Syamil


Jom kenal-kenal Syami kat sini ---> http://rojakonemalaysia.blogspot.com



Tamat lah sudah sessi review kali ni.. Jom la kita terjah blog mereka... Kalo dah terjah tu, selit-selitkan lah sikit nama aku mase komen2 tu eh.. Hehe... Kepada empunya blog yang di review, kalo x selesa dgn entry review ni, inform aku eh, aku akan remove nanti... 


Pssttt....!!!!!
1. Untuk bloglist September aku masukkan secara random jer, sape nak masuk atau nak exchange bloglist, bgtau je lah aku, secara automatik aku akan masukkan terus..
2. Aku mencari beberapa orang sponser.. Sape berminat, sila kontek aku samada kat fesbuk, atau tinggalkan pesanan kat mana2 entry..

~KORN~



ENTRY UNTUK AWAK

Awak..
Saya penat..
Penat dengan permainan kita..
Ya, dugaan dengan perhubungan kita..
Saya fikir semua dah sampai noktah nya..
Tapi semua nya silap..
Noktah yang tidak bertitik..


Awak..
Dari pagi saya terfikirkan awak..
Sampai tengahari mood kerja saya masih tiada..
Kini dah masuk petang, masih teringtkan awak..
Saya utus kan entry ini untuk awak..

Awak..
9 September 2012 ; 0017..
Awak muncul semula..
Hanya beberapa perkataan..
Dari khidmat pesanan ringkas..
Tidak bernama..
Tapi saya yakin..
Saya pernah lihat nombor tertera..

Awak..
5 tahun dah berlalu.. bukan 5 hari.. bukan 5 jam..
4 tahun saya tunggu awak.. bukan 4 hari..
Akhirnya tahun lepas, saya lepas kan perasaan menunggu terhadap awak jauh-jauh
Sebab saya tahu awak dah bertunang..
Awak tahu, perasaan menunggu dan berharap ni amat berat.. Berat sangat-sangat... 
Hanya orang yang alami sahaja dapat mengerti betapa peritnya menunggu..

Awak..
Perbualan ringkas kita semalam..
Amat bermakna..
Makna yang mendalam..
Terima kasih kerana masih ingat saya..

Awak..
Bait-bait perbualan kita..
Pengakuan awak yang saya suka.. 
Ya pengakuan awak..
Pengakuan yang awak belum bertunang..

Awak..
Bodohkan saya..
sebab percaya kata-kata kawan awak.. 
kata dusta kawan baik awak..
Saya tak salahkan kawan baik awak tu..
Saya salahkan diri saya..
Apa2 yang terjadi dalam hidup saya, saya akan tetap salah kan diri saya..


Awak..
Kenapa awak masih hadir dalam hidup saya di saat saya telah buang jauh perasaan saya terhadap awak..
Awak tahu tak saya ambil masa 4 tahun untuk merelakan perasaan saya terhadap awak tu pergi jauh-jauh..
Awak.. tahu tak sekelip mata perasaan yang telah saya buang tu datang semula hanya dengan satu pesanan ringkas...?

Awak..
Awak tahu betapa lama saya tutup hati saya ini untuk insan lain..?
Di saat saya sedang mencuba untuk membuka untuk insan lain, awak hadir menutup nya semula...
Adakah awak tidak merela kan perasaan saya terhadap orang lain..?
Atau awak ingin memasuki semula hati ini..?
Atau awak masih mahu menyiksa perasaan yang tidak boleh dilihat ini?


Awak...
Saya takut.. 
Saya takut kiranya saya perlu tunggu 4 tahun lagi untuk lepaskan perasaan yang telah datang semula ini...
Apa lagi dugaan kali ini.. 

Awak.. 
Walaupun 5 tahun telah berlalu..
ingatkah awak dengan kata-kata ini..?
"Awak, sbolehnya sy dah taknak kapel dah, dengan sape2 pun, Tapi awak tahukan perasaan saya pada awak? Itu,memang saya tak dapat nak nafikan.. Itu memang fitrah manusia.. Awak, bercinta dalam Islam sebenarnya cuma ada satu cara je kan, awak pun tau iaitu kahwin.. Saya nak cuba kembali ke jalan Allah, saya harap awak faham.. Sekarang ni saya serahkan semua pada jodoh.. Walau niat kita baik, Tapi kapel tetap salah, kerana niat tak menghalalkan cara"
Ini lah pesanan ringkas yang awak bagi saya 5 tahun lalu.. 
Saya simpan sekian lama.. 
Adakah kata2 awak ni, yang menyebabkan awak datang kembali...?

Awak, 
Hari ini hari Isnin..
Hari pertama awak memasuki semester 5..
Ini bermakna lagi setahun awak akan menghabiskan dunia pembelajaran sebelum memasuki dunia pekerjaan...
Dan awak menyatakan hasrat hati untuk menyambung pembelajaran lagi...
Perlu ke saya tunggu lagi..
Saya risau jika saya menunggu sesuatu yang sia-sia...




Saya ingat kata2 awak.. 
Awak tak bagi upload gmbr awak atau gmbar kita kat fesbuk
Tapi saya masih simpan gmbr kita..
Masa kita zaman sekolah dulu..
Saya harap awak x marah saya masuk gmbr ni kat blog..
Sebab awak tak pernah larang masukkan gmbr kat blog..
Lagipun awak tak tahu saya ada blog.. 
Tapi takpe awak, saya dah kaburkan muka kita..

Awak..
Saya rindu awak.. 
Awak?


Pssttt....!!!!! Sekadar entry luah perasaan. Tak perlu komen untuk entry ini.. Doakan yang terbaik jer untuk kami.. Sekian.. =(

~KORN~

ZYRAROXX : FOLLOWER DATANG BERTUBI-TUBI

Hype..

Anak itik makan ubi, 
Ubi di makan anak itik
Follower datang bertubi-tubi
(Sila sambung pantun ini sekreatif yang anda suka)

Anak zombi makan kurma,
Makan kurma sambil berdiri, 
Bertubi-tubi follower datang
Datang sambil follow skali

Perghhh kemain kelaut pantun aku di pagi jumaat ni... Fail terus.. Kalo cikgu bm aku tengok ni, menangis..! Tapi aku tau cikgu bm aku takkan tengok, sebab tu aku berani wat pantu cenggini..  




Jom join segmen akak retis ni.. Syarat2 nye senang je.. ikut macam ni.. :


 Buat entri bertajuk "zyraroxx: follower datang bertubi-tubi" - letak banner kat entri
terpulang nak tulis panjang mana pun entri, nak tepek banner je pun bole :)
letak jumlah follower korang sekarang
letak link entri kat dalam komen post ini
dan dan follow blog gua ini (Blog Zyra Roxx) *malu!



Dan ini jumlah follower blog Mr Korn skarang.. 996


Jom ramai2 memeriahkan segmen ni.. Klik kat bawah ni



~KORN~