Selepas solat Subuh, Zul bersiap untuk berjogging di sebuah taman berdekatan dengan rumah nya.. Selepas siap memakai kasut, sebaik sahaja Zul mahu melangkah, handset Blackberry nya berbunyi menandakan ade satu meseg masuk. Zul mencapai handset nya..
Jangan lupa dinner malam ni di rumah mama. Mama ade surprise untuk Zul. Zul jangan tak datang pulak.
Ye mama, Zul ingat.. Kan smalam mama dah bagitahu..
Balas Zul ringkas.. dan terus melangkah keluar...
Seperti kebiasaan, memang ramai orang berjogging di taman ini.. Kerana kawasan ini memang sesuai untuk beriadah dan beristirehat.. Tambahan pula rimbunan pokok yang cantik dan lanskap yang menarik di tepi tasik.. Pasti memikat hati untuk ramai orang tertarik beriadah di sini.. Sedang asyik berjogging, mata liarnya sempat wusha beberapa wanita yang berjogging di situ.. sehingga terteleng kebelakang setiap kali melihat wanita yang datang dari arah bertentangan..
Gedebushh..!! Tiba2 Zul terlanggar dengan seorang wanita.. Wanita itu jatuh terduduk dan terus membelek buku lali kakinya...
"Awak tak apa-apa" Zul memulakan bicara.. Manakala wanita itu hanya mendiamkan diri sambil menahan kesakitan terhadap kakinya...
"Awak, bagi saya tengok kaki awak" balas Zul lagi.. Namun wanita itu menepis tangan Zul lalu bersuara..
"Awak tak de hak untuk menyentuh saya"..
Zul tak pasti macam mana mahu menolong wanita tersebut.. Tapi jauh di benak hati nya seperti dapat mengenalpasti suara wanita tersebut.. Die cuba sedaya upaya untuk meningati suara ayu tersebut, namun masih juga samar-samar...
**********
"Hei perempuan, ko ni dah tak reti nak nak pandang aku ke?" kata Zul di dalam hati... Zul seolah-olah tak dapat menerima hakikat bila wanita tersebut masih tidak mahu memandang nya... Tiba2 Zul mendapat satu idea, die menjatuhkan towel kecik nya....
"Hermm... takde tektik lain ke nak guna..?" Wanita itu mula bersuara
Zul mula malu-malu kambing..tektiknya dah kantoi.. Bila Zul sama-sama terduduk dapat lah die melihat wajah wanita tersebut..
"Weh, minah ni rupa nya.. ingatkan siapa la tadi, kalau la dari tadi aku tau kau ni Aimi, dari tadi dah aku blah" Zul bersuara setelah melihat wanita tersebut..
"Sedap-sedap hati kau je nak panggil aku ni minah kan.. Kau tu berjogging tak reti tengok depan ke..? Pakai main redah jer" Balas Aimi
"Eh eh eh, punya lah luas tempat ni, kau jalan kat sini jugak, dah tak de kat tempat lain ke ko nak jogging..?" Zul bersuara lagi
"Eh suka hati aku lah.. Jalan ni bukan jalan bapak kau.. Tak de plak aku nampak ape2 signboard tulis jalan ni untuk Zul sahaja, Takde kan.. Takde kan?" balas Aimi lagi..
"Memang lah takde, tapi..." belum sempat Zul menghabiskan kata2 Aimi dah mencelah.
"Tapi ape..? Tak de tapi-tapi dah.. sekarang sape nak responsible kat buku lali aku ni..?" Aimi persoal..
Zul lantas bangun terus melangkah pergi dengan tersenyum dan meninggalkan Aimi keseorangan di situ..
"Zulllll...!!! ko tunggu la nanti" Aimi menjerit... Aimi mencuba untuk bangun perlahan-lahan dan belum sempat die bangun, Aimi terdengar deringan telefon... Aimi membelek-belek celahan rumput tempat Zul duduk sebentar tadi lalu yang dijumpainya adalah handset Blackberry...
"Ini milik Zul, aku pasti skali" Di skrin tertera nama *Puan Mama... Aimi serba salah untuk menjawab telefon... deringan masih belum berhenti...
Adakah Aimi akan menjawab telefon tersebut? Apakah kejutan Mama trhadap Zul..? Nantikan sambungan nya dalam part 3.. Ehh ade ke part 3..? Part 1 pulak mana..? Okei Part 1 kat SINI... Haha.. Zaxx, aku pandai2 ja sambung story kau neh.. Jangan marah eh... Nanti aku delete lah entry ni.. Dont worry... saja suka-suka jer ni
~KORN~


