JANGAN BACA KALAU TAKNAK BACA SAMPAI ABIS

Hype

Hujan sekarang ni.. Aku nak pi lunch pun tergendala.. Almaklumlah bila ke ofis merempit, nak kemana2 kena la merempit.. Tapi bila dah sampai ofis, hujan plak... Sampai time lunch pun masih hujan... Nak kuar lunch takut basah.. Bila basah mula lah sejuk.. Bila sejuk mula lah tercari2 benda yang boleh di panaskan.. Okei kita berhenti berimaginasi walaupun ade yang telah terlajak imaginasi... Kan..?


Sebenarnya takde topik ape sangat pun.. Entry ni terjadi pun sebab aku bosan dalam ofis.. Ye lah time lunch tak dapat nak pergi lunch... Hujan.. Kalau redah hujan nanti basah pulak.. Kalah basah mesti sejuk... kalau sejuk mesti nak kena panaskan.. Aikk..? Knapa macam sama je cerita kat atas ni...?


Rindu aku tak..? 


Elok jugak hujan2 time tengahhari.. Sekurangnya ter hupdate jugak lah entry blog aku yang dah berhabuk ni... kalau tak, sekadar tempat persinggahan aku je untuk wusha2... Ntah macam mana jejari ni rase nak menulis hari ni time hujan2 ni... Biasalah... hujan2 ni kan sejuk.. Kalau sejuk mesti nak cari benda2 panas.... Haha.. Okei dah mula annoying aku tulis yang sama.. Lagi annoying baca yang sama.. Okei janji tak akan tulis yang sama lagi.. 


Selepas 4 minit-
Ha bila aku serius nak menulis secara automatik idea tu zasssss hilang sekelip mata.. Nampak tak permainan ilusi yang mana menjadi punca aku tak lagi menulis sampai sekarang.. Macam mana nak terus menulis kalau begini..? Sebab tu lah aku respek penulis yang menulis dan terus menghupdate blog mereka.. 


Nampak nya hujan mulai reda... fuhh nasib baik hujan dah nak berenti.. Kalau tak, makin sejuk la jawabnya... Kalau sejuk mula lah nak cari benda panas2.. Kat mana nak cari benda panas2 tie gini.. Haha okei2... sebelum kamu yang jadi panas, baik aku stop kat sini je dulu... ok daa... Jumpa 4 tahun lagi.. Ekekeke... 


-KORN-


SABAR

Hype...

Begitu mudah untuk mengungkapkan sabar.. Tambahan pula jika memberi nasihat dan kata semangat pada seseorang... Ya, tapi bagi orang yang menghadapinya mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi kesabaran tersebut...


Bila sudah sayang, segala kesalahan yang dilakukan di tolak tepi kerana perasaan sayang telah melebihi akan sesuatu.. Tetapi berbalik kepada sabar, sabar juga ada hadnya.. Bersabar juga perlukan kekuatan, kerana tanpa kekuatan sabar tak mampu bertahan... Jika hilang akan kekuatan tersebut, maka hilang juga lah kesabaran...

Andainya kekuatan itu tidak lagi aku miliki, maka aku akan lepaskan ia pergi... Selamat tinggal..


~KORN~

LISA SURIHANI, TAKDE BEZA KAU DAN AKU

Hype...

Okei nak bagitau yang aku taip entry ni semasa bos aku xsampai opis lagi... Jadi baca lah.... Macam hampeh x intro aku..? Hahaha.. Okeilah ni better than nothing... Macam ade story je aku nak crita sejak kebelakangan ni, tapi nak mencari ruang menaip ni bagai cucuk charger tapi tak di pasang suis... (peribahasa baru)


Nak tanya kamu, ape persamaan Lisa Surihani dengan aku...? Haa mesti ramai tak tahu.. tapi aku tahu... Yang kamu tahu Lisa tu comel macam aku, tu je... Ah bosan lah, asik comel je, aku tau aku comel macam Lisa, but Lisa sorry nak cakap, aku memang lagi comel dari kau... <----this is what we call as confident..


Yang sebetulnya, persamaan kami tak boleh sebut R.. Aku pun pelik lah sejak kecik memang tak boleh ak sebut R.. Padahal, getarkankan je lidah maka bunyi R akan terhasil... tapi dah 24 tahun ni, masih tak boleh sebut R... Oh Lisa, adekah kita ni cacat..?


Sebenarnya bukan lah tak boleh sebut R, boleh tu boleh, cuma kesempurnaan untuk menyebut tu yang tak boleh... apabila sebut, Qalqalah sebutan R tu sangat kuat.. Haha.. Qalqalah tu sebutan die ar.. Sebagai contoh, orang sebut R, aku dan Lisa sebut Argrgrgr... 


***********


Flashback cerita dedulu, mase aku umur 4 ke 5 tahun aku dah start mengaji japme(iqra).. Nak pulak aku berguru dengan akak aku yang macam monster...! Maka dijadikan cerita suatu hari aku pun mula lah dengan Alip Ba Ta Sa Jim Ha Kho Dal Zal Gho...Gho.. Gho..? selepas brulang kali masih bunyi nya tetap Gho... tak menjadi2 sebut Ro.. Ape lagi, kakak aku ni cubit sampai berlebam badan aku... Sebab aku tak lepas sebut Ro, aku kena ulang baca tempat yang sama pada keesokannya lagi...


Maka hari baru pun bermula dengan tempat bacaan iqra yang sama... Alip Ba Ta Sa Jim Ha Kho Dal Zal Gho.... Gho.. Gho... Macam tak de perubahan je bacaan aku.. Akak aku ape lagi, makin tension lah die hari2 satu huruf ni tak lepas2 nak sebut nya... Aku kena penampo sejibik dengan akak aku tu, ape lagi menangis lah aku... Penangan tamparan wanita akak aku tu, ibarat kena kamehameha dengan SonGoku.. Maka menangis lah aku... Jatuh lah airmata teruna aku time tu bersaksikan awek2 kampung yang mengaji sesama aku mase tu... Aku nampak Eton ngan Shima ketawa kekek2 tengok aku... Ciss..


Tak habis kat situ, dalam keadaan teresak-esak menangis, akak aku paksa jugak sebut sampai betul... Aku malu ar kena marah dengan akak sendiri depan member2 aku... Akak aku sebut Ro, aku sebut Gho... Akak aku sebut Ro, aku sebut Gho... Dalam masa sama aku menangis jugak tak henti2...  Akak aku semakin tension tahap full maksima, die tarik tangan aku pi dapur, amik besen, ha nangis puas... nangis.. Aku nak mandi, lepas aku mandi nanti kalau ko tak penuh besen ni dgn nangis ko, siap lagi aku kerja kan... 


**********


Itu lah didikan family aku terhadap aku suatu masa dahulu untuk menjadi manusia.. Bukan di jentik sikit, dah buat report polis... Jadi baru lah aku tahu bahawa aku memang tak boleh sebut R... Sebabnya, mungkin mengalami kecacatan sedikit pada bahagian lidah agak nya... Punca tak boleh sebut tu tak tahulah.. Jadi jika tak boleh sebut R, maka akan terganggu untuk bacaan... Maka, aku pernah bertanyakan Ustazah aku pada masa dahulu..


Ustazah, sekiranya saya tak boleh sebut R atau huruf Ro, bolehkan saya mengimamkan kepada makmum-makmum lain..?

Jawapan yang diberikan ustazah, Jika bersama isteri dan anak2 boleh je jadi imam.. Akan tetapi jika bersama makmum2 lain, jika ade mereka yang lebih layak dan sempurna bacaan ayat AlQuran ny, lebih baik serahkan kepada yang lain... 

~KORN~