PAIHDIKI VS ZUKIEEEEE - VIDEO MUDAH TERHIBUR

Hype.

korang kenal tak manusia-manusia yang rajin buat video macam  Matlutfi dan Hadi ape tah dah lupa. tapi aku bukan nak citer pasal dorang pun. Aku nak citer pasal Dua orang mamat yang rajin upload kat insta iaitu Faizdickie dengan Zukieeeee.. 


Faizdickie ni mungkin ramai villagepeople yang dah dok follow beliau dengan kerenah lawak beliau yang pasti buat kau gelak nak mampus.. ade je idea die nak buat video sengalnya. entah dari mana dapat idea tak tahu lah. Kalau tak percaya cuba intai-intai sikit video die kat Instagram FAIZDICKIEVP



Aku selalu follow insta die. Malam-malam kalo sebelum tidur tu layan lah dulu video dia.. Kalo di beri pilihan, watak dalam video beliau aku nak jumpa dengan Nurse Puaka. hahaha.. dah lah puaka, ayat plak macam lahanat.. Tapi malangnya watak Nurse Puaka ni hanya sikit jer.. yang lain banyak lah macam KakLeha Bunting, Sarabanon, Cik Yam dan lain-lain.. 

*****

Sorang lagi ni Zukieeeee.. dia ni lawaknya lain sikit dari Faizdickie sebab die ubah suara kepada ####(aku tak tau term dia). Kebiasaannya si Zukieeeee ni ade partner die, Jamal.. lawak dorang kebiasaanya ending akan berakhir dengan pelempang, kena hempuk, wrestling, penampo dan lain-lain yang sama maksud. Jadi macam dah boleh baca lawak beliau...


Ade pernah aku terfikir kalau dia ni buat video guna suara sendiri, akan menjadi tak lawak beliau. Mungkin tidak kot.. Tapi aku malas nak fikir apa, janji aku tgk video die, boleh layan so kira okei lah.. Kalau nak tengok video dia boleh layan kat insta dia kat ZUKIEEEEE...


Sebenarnya ade ramai je lagi yang buat video mudah terhibur ni nak pulak lepas-lepas fenomena Dubsmash haritu. Bukan main ramai lagi yang keluar.. Contohnya macam Freezeforshort, Ucoppp, luqmanabubakar pastu ade lah beberapa orang lagi yang aku dah lupa nama nya.


Pandangan peribadi aku la. Perlu ke seseorang tu nak berlawak sampai perlu menukarkan perwatakan jantina agar boleh kelihatan lawak.. Jadi aku salute pada yang boleh berlawak dengan menggunakan jantina sendiri. Paham ke idok aku cakap ni..? 

~KORN~

SEBELAS DAN NOVEMBER

Hype..

Bulan November ni tak la berapa sinonim sangat dengan aku. Cuma ade kaitan sikit-sikit bau-bau bacang je dengan aku. Nak kata bulan kelahiran aku pun tidak. Nak kata bulan feveret aku pon tidak. Jadi aku nak ceghitanya sikit-sikit je kaitan nya dengan aku.


Kebelakangan ni aku pakai nama kat wechat EleventhOfMe.. Jadi ramai yang bertanya 'Wei Korn, ape maksud nama kau ni'.. 'Wei Amat amende la nama kau pakai ni memacam lah.'.. Sabar-sabar..!, sebentar lagi soalan kalian akan terjawab.. Adekah nombor feveret aku ni 11? Takdelah.. Yang sebenarnya... *mood serius



Nombor sebelas ni datang nya dari nombor bilangan adik beradik aku.. Yes, aku anak bongsu dari sebelas adik-beradik... Aku ade 5 orang kakak dan 5 orang abang.. Jadi aku yang  nombor sebelas.. Jadi dari situ terbitnya perkataan EleventhOfMe. Eleven tu kan ke sebelas.. Jadi kalau berminat nak add wechat aku, boleh add id aku [amatkorn]. Tapi make sure kalau aku tanya kau akan jawab dari blog or blogger or what so ever yang sama maksud dgn blog. Kalau tak memang aku tak kan approve punya. Percayalah..!


Dah alang-alang ko nak add wechat aku, silah add insta aku AMATKORN tapi serius aku cakap, insta aku amat membosankan.. Asyik-asyik gambar aku, gambar kucing aku pastu gambar aku, gambar kucing aku balik.. serius aku cakap, itu membosankan dan aku peduli ape, its my insta..!!


Next my blue bird.. <---kenapa lain macam ja imaginasi aku ni.. Ok twitter aku ni ELEVENTHOFME.. Untuk twitter plak, jemput lah follow.. Tapi aku xde jaminan untuk follow balik.. Sebab ape..? Sebab nya aku ni tak suka account twitter yang everytime ko nak Retweet 24 jam.. Nak pulak kalau kau ni jenis follow setia MinahKaripap jadi kau akan retweet semua tweet yg di twEet oleh Minah Karipap.. Baik aku aku takyah follow kau, better aku folow MinahKaripap ja.  Isenit..? Aku lebih suka tweet tu di taip sendiri oleh pemilik akaun tu.. got it..? No....!!? Ok bye


Facebook plak ko boleh add SALEH YAILAN. Maka akan muncul lah mamat yang gila makan ketam kat atas ni. Okey ni account real aku dan aku cuma ade satu akaun sahaja. Mana2 lain akaun yang guna gambar aku adalah fake yang digunakan pihak ketiga untuk tujuan tertentu.. Biasalah orang ensem macam aku memang orang suka amik kesempatan. Okey statement mintak kaki. Bye

INSTAGRAM -
TWITTER -
FACEBOOK -

KORN

FENOMENA KIRIM SALAM

Hype

Situasi 1 : "Korn, nanti balik Penang kirim salam kat Salmah Gebu ye"

Situasi 2 :
"Eh Korn, ko nak keluar ke"
"Haah nak gi jumpa Cik Senah Al-Unta"
"Oh Senah jual karipap tu ke, nanti jumpa kirim salam ye. Cakap aku rindu nak makan karipap dia"

Selalu kan ade membe, sedara, pakcik, makcik, mak mentua, jiran, spupu kau yang mudahnya mengirim salam cenggini.. Tahukah kau sedang di kirimkan sebuah amanat yang amat besar akan tetapi kebiasaannya selalu di ambil mudah oleh orang pengantara..? Kau lah orang pengantara tu. Kita ni lagi 4 tahun dah nak masuk tahun 2020.. Ya..!! Zaman serba canggih dengan teknologi moden yang mana kau boleh tgk kereta terbang syiuuu sana syiuuu sini... Mimpilah..!!

Yang aku tak paham, zaman sekarang ni zaman teknologi hujung jari..Zaman serba canggih.. Whatsap wechat skype ym dan memacam jenis apps lah boleh contact, masih jugak nak kirim salam. Banyak pengantara boleh di gunakan, tetapi kenapa masih mahu gunakan orang sebagai org tengah untuk sampaikan kirim salam.. Tak pahamlah aku..

Tak salah pun sebenarnya nak kirim salam.. Akan tetapi, salam ni kebiasaannya tak sampai ke penerima.. Sebabnya:
i. di anggap benda ni (kirim salam) tak penting
ii. di pandang remeh
iii. lupa
iv. dll <--pandai-pandai lah tambah sendiri


"Korn, pakai semart2 ni nak jumpa awek ke, nanti kim salam awek eh"

Choi..!

Yang ni bahaya.. Silap-silap haribulan, awek kau pun di kebas nya. Eh ni aku bagi contoh je. bukan betul-betul jadi kat aku pun. Kalau jadi kat aku pun xpe, aku ade spare part awek lagi 7 orang.. (okei ini tipu). So sebelum kau kirim salam tu tengok lah keadaan dengan orang dan keadaan.. Kalau stakat org yang kau nak beri salam tu org yang hari2 kau mesej, baik tak payah ler... Lain lah kalau org yang kau nak beri salam tu beeratus kilometer dia duduk, pastu dah baper tahun tak juma tak contact.. Ye dak..?

~KORN~