ENTRY MENGETUM

Sila baca sampai habis. kalau nak baca sekerat, lebih baik jangan baca

Hype...

Selepas empat belas hari tiga malam tanpa bintang aku memikirkan entry ape yang sesuai untuk di up kan dalam blog, makin mati akal...Contoh nya aku tgh free nih, dok depan laptop, pasang lagu Potret-Akim&Magistrate (lagu febret buat aku mase sekarang) bukak blog tekan button 'new post'... Ting....!!!! Berterabur semua idea-idea lari sampai tak tinggal satu pun.. Nokharom betul..! Idea nak menulis blog ni bukan macam pergi pasar pilih sayur masuk bakul pastu bayar... Kalau camtu, setiap jam aku boleh up entry macam blog si.......*some text missing. kah kah kah


Idea tu slalu datang time lahanat tak kena timing.. Selalu giler jadi kat aku.. Sebagai contoh, aku ni mat rempit tahap 2.. Pergi kerja naik motor.. Tengah-tengah traffic light main tukar-tukar lampu tu, macam coklat kokokrunch tumpah ke ladang gandum, dan pommmm...!!! begitulah imaginasi idea untuk buat entry tu datang... Takkan la aku nak bukak laptop buat entry kat tgh2 traffic light tu plak kan... 



Memerut.. Ni lagi satu timing yang mudah hati dan minda terbuka untuk buat entry.. Aku tak pasti mengapa.. Tengah best dok cangkung sambil dengar sound efek plop..!! perghh idea datang nak menulis time tu jugak.. Tetiba terfikir bagus jugak letak meja dalam jamban, boleh letak laptop.. Maksudnya sambil memerut, boleh taip entry.. jimat masa... *3 minit kemudian... plopp..!! dengar bunyi efek lagi.. Idea buat entry kedua pulak datang.. Jadi hipotesis di sini, semakin banyak bunyi plop, semakin banyak idea untuk entry..


Aku dah rest 10 minit pastu aku tak tau nak sambung entry ni dengan ape... hasutan Syaiton mungkin.. Jadi aku publish terus lah.. Nampak..? Bukan senang untuk idea menulis tu datang.. Lunch time..!! rase nak jamah Kepsi.. tgk wallet ade 3 keping je 3 ringgit.. tunggu gaji lah nampak nya



ROADTAX DAH MATI

Hype..

Pagi-pagi pergi kerja,
pergi kerja naik moto,
moto pulak roadtax dah mati
baru sbulan aku sedar yang ia dah mati...

roadtax mati dah nak masuk dua bulan
bulan depan masuk 3 bulan
bawak motor selambe je takde roadtax..
nampak polis buat roadblock aku terus break emergency...

Motor aku roadtax dah mati
nak pergi hidupkan kena pergi pos opis,
bukan malas nak pergi hidupkan
nak tunggu nombor tu yg malas

Roadtax mati bukan sebab menteri
eh kenapa aku tersebut perkataan menteri ni,
xpe aku cancel pantun ni...
Ni sume sebab GST... <--ok xkena mengena

Naik moto takde roadtax pergi pasar nak beli sayur
Sayur pulak xjual di pasar
kat mane nak cari sayur ni
ade org tu cakap kena tanam sendiri..




Hahaha.. kenapa baca macam pantun..? ni bukan pantun lah... ni puisi cacamerba macam cilaka... Aku rase macam nak sambung lagi je puisi ni part 2... Amacam..? The conclusion is roadtax aku dah mati... sekian terima kaseh.. tocey tocey

MIKEY DAH JADI BAPAK

Hype...

Mari kita flashback ke entry zaman batu aku dulu di SINI .. Kucing aku dah jadi bapak kepada 3 anak yang comel.. Hehe.. Dua dari anaknya ikut warna dia.. dan seekor lagi warna oren yang datang dari keturunan mane tak tahu lah..


29 March jam 1 pagi merupakan hari bersejarah buat Mikey.. Sekali gus menemplak mulut2 syaiton member aku yg mengatakan kucing aku tak mampu memberikan zuriat... Kahkahkah... Suka aku ingtkan bahawa kucing parsi ni memang lambat matang..


Sebagai contoh kucing membe aku yg digelarkan nama Beemo berusia 8 tahun baru berjaya dapat title bapak... satu jangka masa yang sangat lama... Eh ape aku dah masuk cerita kucing orang lain pulak... Tak nak amik tau kucing orang lain... Full stop... ahaha


Berbalik kepada anak kucing tadi, aku masih tak berikan nama lagi.. Sape2 ade cadangan nama anak kucing boleh lah suggestkan.. Aku nama kan satu suku kata je macam John ke, Ben ke, Tron ke... btw dari pemerhatian aku kitten tu 2 jantan and 1 betina... Tak pelah yang penting membesarlah dengan sihat...