PENING NYA PABILA FIKIRKAN TERLALU DEEP

Hype..

Bila bercerita mengenai MH370, aku hanya mampu tersenyum.. Ya, bukan tersenyum kerana musibah yang melanda, tetapi melihat ragam laman sosial yang hanya di hujung jari.. Sanga hebat apabila mereka berbicara mengenai MH370.. Aku tak mampu nak mengupas isu yang sangat panas ni sekarang, kerana tak mahu memburukkan lagi keadaan...


Spekulasi.. 

Apakah itu..? Terlalu banyak spekulasi yang telah berlaku... Banyak jugak aku baca spekulasi tu semua.. Tetapi sekadar bacaan untuk pengetahuan dan andaian diri sendiri sahaja.. Ade sesetengah spekulasi tu memang boleh diterima akal, seolah spekulasi tersebut ade kebenaran nya... Akan tetapi, terdapat jugak spekulasi yang tidak masuk akal, atau bahasa bersihnya spekulasi bodoh kerana ketidakwajaran spekulasi tersebut.. Tak tahulah ape niat di sebalik penulis, sekadar meluahkan pendapat atau sebaliknya... 


Aku sebagai pengikut setia kejadian yang menimpa MH370 ni amat bersimpati terhadap apa yang telah berlaku, terutama kepada keluarga penumpang.. Tak boleh bayangkan sekiranya berada di tempat mereka.. Namun aku percaya perancangan Allah itu adalah sebaiknya dan kita sebagai hamba berdoa yang terbaik untuk keselamatan penumpang.. Selebihnya kita serah kan kepadaNya...


Individu pelik..

Di saat sebegini, apabila muncul individu-individu yang aku boleh istilahkan sebagai individu pelik, menjadikan lagi keadaan bertambah konflik.. Seolah-olah sebuah cerita yang banyak pelakon tambahan.. Tetapi bezanya, dalam sesebuah cerita, akan menghebatkan lagi jalan ceritanya, akan tetapi dalam dunia realiti ini, apabila muncul individu pelik ini akan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada... Malahan, tempias dari individu pelik ini terkena juga kepada batang hidung sendiri...


Masa mula2 dulu, aku juga memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku, sampaikan tidur lewat malam pun aku masih tengok artikel-artikel dalam internet nak mengetahui perkembangan terbaru.. Sampaikan dalan hati terfikir.. Mengapa ini jadi begini..? Betulkah yang ini sebabkan ini..? bla bla bla dan bermacam lah yang aku fikir.. Jauh dari sudut hati aku memikirkan kemungkinan yang berlaku...


Kini dah hampir dua minggu, semakin hari kejadian pesawat MH370 masih belum terungkai.. Di manakah pesawat ini berada sekarang..? Kini aku tak mampu lagi berfikir sedalamnya.. mungkin malas agaknya.. Apa yang keluar dari berita, itu lah yang aku dengar.. Hanya mampu berdoa agar semua baik2 sahaja...


Pesanan..

Apa sahaja spekulasi yang kamu baca, jadikan ia sebagai ulasan diri sendiri.. Jangan di sebabkan satu spekulasi yang kamu baca, kamu jadi cepat melatah dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti.. Jika tak mampu berbuat apa2, baiklah berdiam diri.. Ya, memang ramai cakap begini, tetapi masih masih ramai yang cepat melatah tak sedar diri.. 

-KORN-



10 ulasan:

  1. Terbaeik!!!!! Setuju 1000%... Risiko dapat dosa kering, dosa basah, dosa tak pasai-pasai sangat tinggi bila bercerita (lebih) pasal MH370 ni... Ambil pendekatan DENGAR dan DIAM... adalah paling selamat...
    (Kadang-kadang macam ada pihak saja nak mengundang padah)

    BalasPadam
  2. btw... lama tak nampak? :p

    BalasPadam
  3. entah la aku pon sebenarnya rimas dengan sikap manusia ni. semua benda nak disensasikan. bab tokok tambah satu hal..lebih2 bila mereka yang harapkan trafik, sanggup buat cerita bukan2 janji masyuk.tak pernah fikirkan maruah sendiri, perasaan orang dan dosa yang dibuat

    BalasPadam
  4. mula mula aku pun excited. tapi bila makin banyak yang spekulasi. maleh dah den. :)

    BalasPadam
  5. As salam.
    Semua yg berlaku adalah ketentuan Allah. Tak semua yg seseorg itu tahu boleh dihebahkan ke pngetahuan awam. Namun di sebalik itu, ada banyak hikmah yg tersembunyi yg terungkai satu persatu dan adakalanya mmg tak terjangkau dek akal kita. Yg pasti, kita teruskan berdoa utk MH370. Doa itu senjata mukminin

    BalasPadam
  6. yeah , tunggu berita sahih dan tak putus berdoa sahaja adalah jalan terbaik dari baca pelbagai andaian yang terlebih bijak.

    BalasPadam
  7. As'salam,

    sebarang spekulasi buang jauh2.
    Yang benar pasti terungkai jua..


    err..pening arr nak komen panjang2 :3

    BalasPadam
  8. hanya sekadar menunggu pengakhiran nya. malas nak serabut otak pk ke mana hilangnya mh370..hee

    BalasPadam
  9. banyak sangat spekulasi.
    semua kekonon nya tau berita sebenar :)

    BalasPadam
  10. byk sgt bijak pandai kat mesia ni....

    BalasPadam

Ini blog Encik Korn...
Korn cakap, terima kaseh sebab sudi komen blog die...
Dan Korn cakap nanti bila die on9, die approvekan komen anda...