PEMANDU LAHANAT PART 2

Hype 

Kembali lagi kita dalam topik Pemandu Lahanat Bahagian 2.. Kali ni abam nak kongsikan pemandu lahanat yang abam sniri alami.. Situasi kali ni begini.. Pada suatu petang yang damai, di sebuah traffic light sementara menunggu lampu bertukar hijau... Tadaaa abam attachkan gambar..


Comelkan abam lukis..? ok abaikan... Nampak tak ketahian depan kereta abam tu.. abam tau lah abam ni penyabar orang nya.. tapi abam tak xboleh tgk situasi begini atas  jalan raya.. eh, paham tak gambar ni..? 


Macam ni, waktu tgh hari atau petang pabila suhu mencapai 400 kelvin height, kebetulan nak tunggu lampu isyarat tukar hijau, kau nampak ade sebuah pokok tepi jalan raya tu, maka bawah tu redup lah kan.. maka kau tanpa pikir orang belakang, kau terus berhenti baik punya bawah pokok padahal depan kau boleh muat 10 bijik kereta lagi.. okeh part ni abam boleh sabar lagi.. 


PArt yang abam tak boleh sabar tu, bila lampu isyarat dah tukar hijau baru kau nak terkial2 tukar gear, baru nak jalan.. Then sampai turn abang kat traffic light tu dah tak lepas, then abam kena tunggu recycle skali lagi nak lepas traffic light tu.. Ketahian betul bila abam kena situasi cenggini.. 


Takpelah, abam malas nak cakap banyak, abam mintak kalu ade kete berhenti bawah pokok lagi pasni sebab nak redup tu, abam mintak kereta dia di panah petir.. Ah kejam nya abam.. Maaflah abam tertengok Misteri Mat Lampir semalam.. jadi abam terbawak sikit2 kekejaman tu.. 

Terima Kasih..

~KORN~

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Hype

Abam dah join.. Jom lah join.. =)
Term n Rules nya mudah sangat. xpe lah.. nak join klik banner bawah ni.. =)



~KORN~


PEMANDU LAHANAT PART 1

Hype

*Sambil pasang lagu Ramli Sarip - Batu
Mula-mula aku nak taip entry ni dengan cool.. apakan daya stress mengusai diri bak SonGoku jadi super saiya.. Abaikan SonGoku menjadi Super Saiya sebab aku nak citer benda lagi best dari ni.. Pemandu lahanat berada di mana2 di depan belakang kiri kanan.. Nasib baik atas jalan raya kereta tak boleh terbang je.. kalau tak dari atas pun ade pemandu macam lahanat..



Agak2 paham dak cemana pemandu depan aku tu buat..? cenggini.. Aku merempit je.. Bila nak dekat sampai simpang tu.. sambil tunggu lampu merah tukar hijau, kereta semua queue la tunggu turn.. yang aku ni nak belok kiri gi Nepal, sapai kereta depan aku ni pon nak belok kiri jugak tapi tak lepas.. Die punya makan side sampai betul2 tepi kerb.. 


Hoi, kau dah tau kereta kau besar, memang tak lepas kau gagahkah diri himpit jalan ketepi dengan harapan kereta kau akan menguncup jadi mcm motor dan lepas ke.. Wadepak berangin je aku rase time cenggini.. 

Yess, kau dah tahu tak lepas, kau stay je lah dengan lorong kau tunggu sampai lampu hijau then jalan.. Tak perlulah nak himpit sampai tepi tutup lorong kecemasan sampai moto nak lalu pun tak lepas.

Yes, mesti ade cakap kenapa aku tak lalu ikut kanan je potong macam kat bawah ni..


Situasi die mudah je.. Bukan tak mahu potong macam tu.. Cuba imaginasi kalau time puncak oang balik kerja.. Mat motor yang balik dari kerja bukan aku dorang.. berduyun2.. bila sampai yang perempuan ni, dorang kurang keyakinan untuk mencilok, dan akan terus stuck kt blakang kereta lahanat tu.. Maka yang lain2 pun nak tak nak kena tunggu lah sampai lampu hijau.. 

Huhhhh... Stresss...!!

~KORN~

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

Hype.

Im join. sape2 nak join boleh picit2 banner bawah ni.




INSIDIOUS CHAPTER 3 : BEST KE..?

Hype..

Sabtu lepas berkesempatan la aku and the geng nak tgk movie ni Insidious Chapter 3.. Aku sebagai peminat horror movie boleh katakan movie ni adelah antara movie horror yang berjaya membuatkan aku cuak.. Aku salute pada director yang berjaya buat unexpect suspend incident dalam cerita ni.. Eh tercakap omputeh lak.. Maksud aku, director ni pandai la gubah cerita untuk buat penonton cuak.. part cuak tu part yang tak di jangka plak tu.. 


Walaupun begitu, kalau nak di bandingkan dengan Insidious Chapter 1 dan Chapter 2, Chapter 2 lebih seram dalam ketiga-tiga chapter ni.. mungkin chapter 3 ni garapan cerita lebih simple berbanding yang sebelum ni yang lebih banyak konflik berlaku.. 


Sebenarnya aku tak tahu pun cemana cerita ni boleh jadi horror.. Yang aku dapat pastikan sound effect die memang memain peranan yang paling penting.. Manakan tidak, sound effek die je sudah boleh buat jantung aku berdetak lebih kencang.. Pastu kekadang xde sound, part ni lagi lahanat senyap2 pastu tetiba hantu kuar dengan sound effect yang kuat.. Aku pun tak tahu terkejut sebab sound atau terkejut dengan hantu tu..




Okeh tu je review aku untuk cerita ni.. Kalau nak tau cerita ni pasal ape. pergi la tengok movie tu kat wayang.. Aku pun bayar nak tgk movie ni.. bukan free.. By the way, berbaloi jugak lah kau bayar harga tiket untuk tengok cerita ni.. Secara keseluruhan aku bagi 4/5 bintang..

~KORN~

1st SEGMEN & GIVEAWAY By Afidah Azmi88

Hype

Layan segmen plak kali ni. Kalau nak join boleh klik banner bawah ni. Buat mase skang ni nak join orang punya segmen je. Tak lama lagi nak buat segmen sendiri plak. Hehhe


~KORN~

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Hype..

Mood hari ni memang kelaut.. Monday Blues agaknya.. ok layan Giveaway plak kali ni.. Kalau nka join kli bawah ni saje.. Aku maksudkan klik banner bawah ni...


~KORN~

CONTEST SAYA NAK HADIAH by SYAHIRAH VALIANT

Hype. 

Join contest lah kali ni sdebab di invite sendiri owner blog beliau. Nak join meh klik bawah ni skali. Mai2 reramai join sini.. Dah join ajak lagi yang lelain join.. Pastu bawak lagi rakan kepada rakan yang lain join.. Wah ayat aku kemahen boleh buat sistem MLM. haha



~KORN~