HARI-HARI ADA JE YANG LUPA.. APA YANG DI INGATKAN ENTAHLAH...

Hype...

Nama saya Korn.. Hari ini merupakan hari Selasa di mana saya nak hupdate blog.. Kesian blog saya kerana sejak dua menjak ni bagai di anak tirikan.. Kadang2 saya nak jugak cakap padan muka sebab ade pemilik blog yang agak pemalas macam aku.. Hehehe... Alhamdulillah, pengenalan yang agak bagus.. *Masuk bakul angkat sendiri...


...................................................................................................................................................................


Khamis lepas, aku bangun jer tidur, tengok jam dah kul 8.45 pagi... Agak sial henset aku apabila tak berbunyi... Padahal mungkin aku yang tertidur atas henset... Kelam kelibut punya pesal, sampai kat tempat kerja emang lewat lah.. Tapi aku tetap cool datang lewat pun.. Alasan yang aku kasi, aku ke office dulu baru datang site... Tapi dorang wat tataw jer aku dtg lmbt pun.. Tu kengkadang aku rileks jer dtg lambat... Eh, ape citer pasal datang lambat ni, aku nak citer benda lain... 

Masuk ke dalam ofis, bukak laptop check emel.. Tak sampai 10 minit lebih kurang muncul sesuatu kat depan skrin berbunyi "Betri ekau dah nak abih ni jang, copek2 gi caih".. Haa, nampak dak aku nipu..? Ape lagi, tangan ni bukak la zip, raba-raba dalam beg tu, macam xde ape2 jer... Raba2 lagi, konfirm xde ape2... Skali aku bukak zip beg tu sampai habis, konfirm xde ape... Arghhh, charger betri aku tertinggal kat rumah.. Bencikk betul..


...................................................................................................................................................................


Jumaat lepas, aku bangun macam biasa sebab henset aku brbunyi mengikut setting masa yang di tetapkan... Dah siap, pergi lah kerja.. Merempit ikut jalan short cut jalan blakang.. Jalan tu banyak lubang-lubang dan bonggol.. Walaupun banyak lubang, aku tak kesah, sebab jalan tu dapat jimatkn masa aku sebanyak 10 mnit.. Kira lepas lah aku nak snooze henset 2x.. Keh keh keh.. skali lagi aku cerita pesal lain...

Ni yang sebenarnya, sampai kat pintu masuk aku raba-raba dada aku, x salah kan meraba diri sendiri... Macam ade sesuatu yang pelik... Ohh, badge/pass aku ade dalam beg, pe lagi tangan ni pun meraba-raba lah dalam zip.. Raba punya raba, haaa ade pun... Eh, ni bukan badge/pass yang selalu ni, badge/pass lain ni...  Aku cari betul-betul, baru teringat smalam aku letak badge/pass tu atas almari...  Macam biasa merempit balik umah amik badge... Tak de badge/pass, tak boleh masuk tepat kerja...


...................................................................................................................................................................


Semalam Isnin, kan kan kan... Memanglah semalam isnin tapi tak tahu lah kot korang kat Zimbabwe zon waktu hari lain.. *korn jgn merepek. Semalam sampai je kat ofis, aku nampak ade love letter atas meja... Phewwww... menyirap list kerja yang di tinggalkan engineer untuk aku.. Rupanya engineer tu cuti tanpa pengetahuan aku... 

Dan dalam list tu, ade la sikit2 aku tak paham.. Konon-konon nak call la engineer ni ni.. Ape lagi, mula lah tangan aku meraba-raba kocek seluar ni.. Raba-punya raba, puas aku raba kiri, raba kanan, raba depan, raba belakang, tak ketemu jugak henset number office tu.. Erm rupanya aku tertinggal dalam poket seluar jeans aku yang satu lagi.. Nak tak nak kena lah balik ambil henpon tuh...


...................................................................................................................................................................


Setiap hari ade jer yang tinggal, ape yang aku ingatkan entah lah.. Nasib baik hari ni xde ape yang aku tinggalkan lagi.. Esok lusa entah siapa yang tahu.. Yang pasti, kalau boleh aku tak mahu tinggal barang lagi.. Menjadi satu kerja plak nak balik rumah amik barang tu... 

~KORN~

Pssttt....!!!!! Ade sesiapa yang sudi buat header baru aku tak..? Plishhh
Pssttt....!!!!! Boleh tak lepas ni aku nak buat entry tak bergambar macam entry ni...?
Pssttt....!!!!! Tengah cari masa untuk reply comment2.. Nanti ade masa aku akan jenguk blog kawan-kawan.

MISTERIKAH BURUNG KUANG ITU

Hype

Macam tak percaya bulan ni aku hanya terbitkan tiga entri sahaja.. Jadi sebabkan dah lama tak menulis, kali ni aku nak tulis cerita yang agak panjang jugak lah.. Ye, serius panjang.. Aku tak tipu, kalau tak minat nak tau pasal burung kuang ni, boleh lah tekan button pangkah kat atas tuh... Atau jenis malas nak baca panjang2 tuh, pun boleh tekan button pangkah kat atas...


Sebelum tuh, aku nak nasihatkan untuk yang lemah semangat pon aku tak galakkan baca entry ni.. Bukan ape, nanti mengigau malam susah plak aku nak pergi dodoikan.. eh bulih plak cenggitu kan.. Dan lagi satu, macam tak percaya, aku rasa macam ni lah first entry aku berbaur agak seram... Ye seram, sila amik selimut atau 'gebo' selubungkan diri kamu... Nak lebih tangkap feel, sila baca selepas jam 12 malam... Jeng jeng jeng..


Dah dua perenggan tapi citer tak start lagi.. Okei harap bersabar, aku dah nak mulakan ni.. Tarik nafas dalam2... Cerita ni aku cerita based on true story.. Pernah tak kamu tengok burung kuang..? Jujur aku tak pernah tengok, jadi demi kamu semua, aku google sekejap.. Kamu tgk jer kat bawah ni ok...





Berdasarkan ape yang aku search kat google macam ni lah agaknya burung kuang tuh, tapi aku tak pernah tengok.. Ingat yer, gambar burung atas ni, mungkin burung kuang.. aku tak pasti... Tapi misteri ke burung atas ni? aku tengok macam comel semacam jer... Sebelum tu korang pernah dengar ke kaitan misteri dengan burung kuang ni.. Aku pun dengar cerita orang sahaja.. Benar atau tidak, Wallahualam...


Begini cerita nya... Aku ni tinggal kat kawasan kampung yang mana rumah aku ni tak jauh la dengan hutan.. Blakang rumah aku tu memang hutan lah.. Jadi, time rumah aku senyap sunyi memang akan dengarlah bunyi segala macam haiwan dalam hutan tuh... termasuk lah burung kuang ni... BUnyi burung ni senang jer... Kuang...!!!!!! Kuang...!!! Lebih kurang macam tu lah... Serius memang aku pernah dengar dengan telinga aku sendiri.. Memang bunyi tu jelas kdengaran.. Sebenarnya, sekarang ni, agak susah nak dengar bunyi burung ni...

Tapi di sebalik bunyi ni, ade makna rupanya.. Tapi makna yang tak dapat di kenal pasti kesahihan nya.. Ini di ceritakan orang2 tua dahulu bahawa burung ni akan bunyi macam tu sebab terlihat kelibat makhluk ghaib.. Atau burung ni melihat kelibat yang tak pasti makhluk itu... Nak tahu makhluk itu, Scroll down ke bawah perlahan-lahan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okei , sedikit lagi boleh scroll down
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

TIGA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DUA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SATU
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ya. inilah makhluknya... Memang kebenaran nya tidak di ketahui, tapi kata2 orang dahulu kala ni ade jugak kebenaran nya... Dulu memang aku tak pernah ketahui maksud sebalik bunyi burung kuang ni.. Tapi sejak aku dah tahu ni, semakin jarang aku dengar bunyi burung ni... Tapi pada satu malam tuh, nak jadikan cerita, betul-betul malam jumaat, aku nak masuk tidur dalam bilik aku.. On the way nak masuk bilik aku, tiba2 aku teringat pesal bunyi burung kuang ni... Ciss, kalu aku dok sengsorang mesti aku akan ingat alam mistik nih.. Mencik..!!!


Tapi aku buat2 relakss lah konon, ingat xde pe yang berlaku kan... Mase tu lampu bilik terpasang lagi.. Tak pasal2, sayup2 jer aku dengar, Kuang..!! Kuang..!! Mula2 memang sayup lah.. Aku dengar jer bunyik tuh, aku tak fikir lain dah, terus tutup lampu, baring atas katil, dan terus selubung dengan 'gebo'... Berpeluh aku time tu... Bunyi kuang..!! kuang..!! bunyi tu plak makin lama makin dekat.. Demnnnn... Dalam fikiran aku, aku mintak jangan die kaco aku plak sudah.. Dalam hati, fuhhh dada dah berdegup kencang... Makin lama bunyi tu makin slow, dan terus hilang... Time tu aku masih dalam selimut...


Cuak punya pasal, aku tertidur trus dan esok nya baru bangun... Orang kata, burung kuang ni kalo ternampak pocong, die akan ikut atas kepala pocong tu... Fuhh, tetiba naik plak bulu2 roma aku nih... Aku yang tulis, aku yang seram... Huhu... 


Pocong ni orang kata ade di mana2, cube kamu toleh belakang, mane tau kot2 ade kan.. Hikhikhik.. kalo ade cakap la hai kat die.. Hehehe..  Tiba2 teringat kisah di asrama, di mana cerita pasal bantal peluk, die ingat die peluk bantal peluk skali die peluk pocong... Fuhh, aku taknak cerita lebih lanjut, cuup lah setakat ni... Sekian...

*gebo = selimut

Aku tinggalkan sedikit rakaman untuk tatapan bersama.. Kalau berani tengok lah.. Tiada paksaan... Kalu tak berani, jangan lah tengok... Kalau ape2 terjadi aku tk bertanggung jawab ye



~KORN~

TOP 10 BEST BLOG 2012 by MR KORN

Hype...

Untuk pertama kali aku nak share dengan semua blog-blog yang sangat memberi kesan dan menarik perhatian aku sepanjang 2012 ni.. Sebenarnya blog-blog ni mempunyai tarikan tersendiri dan blog-blog ni juga mempunyai identiti tersendiri dalam penyampaian blog.


1. My Words  

2. Boni Kacak 

3. Hanif Idrus 

4. SaraRose Dot My 

5. AfzalSukaSuki 

6. Diari Si Froggie 

7. ZyraRoxx 

8. Edy Fee 

9. Tirah Zairi 

10.  Menulis Menconteng


Sebenarnya banyak lagi blog-blog yang best.. Tapi aku senaraikan top10 jer untuk tahun 2012 yang berjaya menarik minat aku. Kepada yang xde senarai kat atas jangan merajuk ngan aku plak.. Aku melawat semua blog yang datang komen kat blog aku.. Dont worry.. Sayang kamu semua... As friends.. As a big family in bloggers.. 

~KORN~

HANIF IDRUS GIVEAWAY 2013 SEGMEN

Hype...

Untuk pertama kali di tahun baru aku nak support blog Kawan Maya aku ni... Siapa lagi kalau bukan Hanif Idrus.. aku da kenal Abg Hanif Idrus ni agak lama lah, tapi masih belum berkesempatan untuk bersemuka secara depan2.. Harap2 suatu hari nanti InsyaAllah...



Okei aku nak jemput semua follower aku semua join Giveaway Abg Hanif ni.. Dan aku rase syarat2 yang di kenakan pon tak lah susah mane.. Simple sajer.. Untung2 boleh dapat key-chain limited edition dari beliau.. Bukan satu, bukan dua, malah tiga yang akan anda peroleh jika ade rezki.. untung kan.. Jadi jom lah reramai kita meriah kan giveaway Abang Hanif ni.. Sila klick link di bawah ni atau klick jer banner kat atas ni untuk lebih lanjut :



Jadi demi memenuhi syarat, aku nak tag Sailormoon dan SailorJupiter ni supaya join.. Yang tak ditag pon boleh jugak join.. Harap maklum... 

~KORN~


Pssttt....!!!!! Banyak nye segmen member2 yang tak sepat nak join.. Harap bersabar..

FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA

RM200,000.00 menanti untuk peserta yang berjaya mengharungi kesemua 15 cabaran yang telah di tetapkan. Itulah ganjaran yang bakal di terima untuk pemenang FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA.. Namun begitu, tidak semudah di sangka kerana setiap cabaran yang mempunyai risiko tersendiri perlu di atasi oleh setiap peserta bagi memastikan mereka terus kekal bertahan untuk minggu seterusnya.


Wahh.. Abang Eron Ajis sebagai pengacara 

Bermulanya 29 Disember 2012 FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA episod pertama telah pun di tayangkan di Astro Ria 104 dan juga Astro Mustika HD 134. Untuk musim pertama, Seramai 30 orang selebriti yang terbahagi kepada 15 kumpulan telah pun terpilih. Mari kita berkenalan.












(tersingkir minggu pertama)






Sudahkah anda memilih pasukan kegemaran anda? Dapatkah kekuatan fizikal dan mental para peserta menandingi rasa takut? Adakah anda sudah bersedia melawan perasaan takut tersebut?  Jangan lupakan saksikan FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA pada :

Hari        :    Sabtu
Jam        :    9 Malam
Channel  :    104(Astro Ria) & 134(Astro Mustika HD)


OFFICIAL WEBSITE --->www.astrogempak.com.my/fearfactor

Entri ini di tulis bagi Projek 10 bloggers Eyriqazz.Com

~KORN~

Pssttt....!!!!! Aku dah tak sabar nak tunggu next episode ni..!!