TAMAT LAH SUDAH BATTLE ROYALE & BERSAMA-SAMA KITA MEMBANTU PALESTINE

Hype..

Bermula dari 11 September sehingga 20 November aku telah join BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE, satu tempoh jangka masa yang agak lama tapi best... Ini merupakan satu segmen dan idea kreatif dari AWIE OMAR iaitu selaku penganjur game tersebut.. Ini merupakan satu game yang sangat best dan berbeza dengan aktiviti yang ade dalam dunia blogging ni.. Aik knapa aku ulang ayat ni lagi..?


Maka secara rasminya pemenang telah pun di umumkan... nak tahu lebih lanjut keputusan nya, sila picit2 kat SINI... Eh, jangan degil lah.. cepat picit SINI... Ahaha.. Alhamdulillah, sungguh aku x sangka keputusan tersebut... Memandang kan peserta yang agak ramai, jadi aku target sampai top7 jer..  Rezeki berpihak pada aku, maka sampai lah aku ke final... Result nya boleh lah tengok kat link sana...




Terima kaseh jugak aku tujukan khas Awie Omar, semua peserta BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE, dan juga buat semua commentators yang telah mengomen entry2 aku.. Sebab korang lah aku leh bertahan sebenarnya.. Sekali lagi terima kasih aku ucapkan...

PESERTA B3 : BATTLE ROYALE yang beri kerjasama
Isa
Khairul Akmal
Syaidatul Aisya
Sarah Safuddin
Faizul Osman
Erna Neer

Okei yang mane ade backlink tu boleh lah terjah mereka.. Kerana merana sangat blogger sporting dan pasti akan ade feedback komunikasi antara dua blogger... 



***************************************************************


Seperti kita sedia maklum, Saudara Islam kita di Palestine yang sedang bergelut dengan keganasan Israel Laknatullah, marilah kita bersama2 berdoa agar saudara kita sentiasa di lindungi oleh Allah s.w.t. Selain itu, satu inisiatif yang di lakukan GBS dan Blogger Apakah untuk memungut sumbangan, dan kepada yang berminat seikhlas hati untuk memberi sumbangan boleh lah berhubung terus dengan mereka seperti di bawah...




Sungguhpun gencatan senjata telah di umumkan, ini tidak bermakna mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan lagi... Kini, mereka memerlukan sumbangan kita semua untuk membangunkan semula apa yang telah musnah seperti masjid2 dan kediaman mereka.. Dan aku mewakili team B3 : Batle Royale akan salurkan serba sedikit ape yang aku menang untuk saudara kita di sana..

~KORN~


A atau B atau AB

Hype...

Setelah umur aku mencecah 22tahun 3 bulan dan beberapa hari, Yaa maka hari ini terungkai sudah jawapan yang selama ini menjadi persoalan..... Ya persoalan yang aku sendiri soalkan.. Nak tau ape jawapan die..? Tadaa....



Hehe.. sebenarnya aku teringin sangat nak tau jenis darah aku.. selama 22 tahun ni aku x pernah tau pun ape jenis darah aku... Aku pun tak tahu kenapa aku tak tahu jenis darah aku.. mungkin takut jarum kot.. Hihi... Aku sangka kan selama ni darah aku jenis O.. Rupa-rupanya, jenis AB+.. Ape lagi, mula lah aku mengoogle jenis2 darah nie... Dulu ade jugak mase skolah blajar pesal darah, dan kali ni aku nak kasi info sket pesal darah ni...



Jadi aku sebagai pemilik darah AB boleh menerima dari jenis apa2 darah sekali pon... Akan tetapi aku tak boleh menderma darah kepada kumpulan yang lain... Boleh dikirakan aku ni bernasib baik jugaklah.. Dan yang paling kesian adalah pemilik darah O kerana mereka hanya boleh menerima darah dari kumpulan mereka sahaja..



Jadi kamu pulak darah dari jenis yang mana? Kalau darah AB agak beruntung lah... Tapi kalau darah jenis O kurang bernasib baik.. Hehe.. bukan kurang bernasib baik cemana, cuma x boleh terima darah dari kumpulan lain jer.. (Bape kali nak cakap mende yang same nih)


Darah jenis AB - Berbakat, Tenang, Rasional



Sifat positif : Tenang, terkawal, tegas, pendiam, empati dan rasional
Sifat negatif : Menyendiri, kritikal, ragu-ragu dan tidak bertimbang rasa.


Dirujuk sebagai 'humanis'. Sukar untuk mengkategorikan mereka yang berdarah jenis AB kerana mereka mempunyai kedua-dua ciri darah jenis A dan B didalamnya. Mereka kadang kala pendiam dan pemalu dan kadang kala friendly dan outgoing. Mereka sering dilihat sebagai mempunyai personaliti yang pelbagai kerana mereka sering beralih daripada satu personaliti ke personaliti yang lain. Mereka seolah-olah mempunyai 2 personaliti, satu untuk orang dibahagian "luar" dan satu lagi untuk orang dibahagian "dalam". Apabila mereka sedang berseronok bersama rakan, mereka juga perlu masa bersendirian untuk memikirkan hal diri sendiri. Mereka juga selalu memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam (overthink). 


Dilihat sebagai seorang yang tidak bertimbang rasa kerana terlalu tegas. Mereka yang berdarah jenis AB selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Mereka juga suka menyendiri. Selain itu, mereka sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala mereka juga bersikap talam dua muka. Pada masa yang sama, mereka yang berdarah jenis AB sangat sensitif dan sangat berhati-hati


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau?
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan?
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.


Bagaimana mereka bekerja?
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami tetapi tidak terlalu bertanggungjawab dan tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


Tahukah korang
Masyarakat Korea biasanya mengkategorikan orang yang berdarah jenis AB sama ada seorang yang genius atau seorang yang bodoh



Untuk darah jenis lain sila google senirik lah... Yang ni khas untuk darah jenis AB sahaja... Sebab darah aku jenis AB.. Sape kamu2 kat sini darah jenis AB jugak? Yesszzz geng lah kita.... Ade tak yang bukan jenis darah AB..? Abis kamu darah jenis ape?


~KORN~

SEGMEN ERAZ FAZLI : Pencarian BLOGLIST

Hype...

Idea nak update blog tengah banyak sekarang ni... Ade yang sedih, ade yang happy, ade jugak yang biasa2 entry yang aku nak taip..  tapi xsempat nak concentrate nak taip entry... Sebab waktu kerja yang membataskan.. Takpelah, aku akan cari masa kemudian.. sekarang nak join segmen Eraz Fazli ni...




Segmen ni cuma 15jam jer... So, sape cepat die dapat lah.. Jom, sume ramai2 memeriahakan segmen Eraz Fazli ni.. Segmen tamat malam ni tahu.. tepat jam 11.59 malam.. So, sape yang nak join meh klik SINI.. atau link blog die kat bawah ni..


Alamak nak taip ape lagi ni... abis da kot.. Selamat Hari Rabu... =)

Pssttt....!!!!! fikiran aku buntu semenjak kebelakangan ni... kerja oh kerja, lalala...

~KORN~

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

Hype..

Tak sampai sejam di jemput empunya blog, Aku terus menjoinkan diri dalan segmen ni.. Yeah Segmen BW Cuti-cuti By Emas Putih... Yuhuu... as usual, banner di tempek..!! Gedebushhh..!! (abaikan sound effek..)


cuba gesel2 atas ni..

Alolo.. pink nye banner die nih.. x pasal2 blog aku jadi jambu sekejap hari ni.. Hik hik hik... 
eh.. rase nya macam dah cukup syarat jer.. 
Jom kamu dan kamu dan kamu sekali ramai2 memeriah kan lagi segmen ni..

Last Date  : 26.NoV.12

okei, selamat bersegmen dan ucapan terakhir dari aku utk kamu semua, 
SELAMAT HARI ISNIN.

~KORN~

TYPO FRIDAY #1

hYPE..

Sebenarnya ni adalah percubaab pertama aku dalm typo Friday ni.. Aku tengah pikir sebenarnya nak tulis pasal ape.. Sambil pikir2 topik ape, sambil tu jugak aku minum segelas nescafe.. Alaa nescafe yang ade Maya Krin tu kat plastic bag tu... 


Setelah 5 minit fikir aku tak tahu lah nak story pesal ape... xde ape yang best (sotory) aku nk citerkan.. oleh yang demikian, aku akan update mengenai diri aku sahaaja lah... Hrap2 ampa tak bosan lah baca nya... Dan mende pertama yang aku nak cterkan adelah mengenai kerjaya aku... Ya, kerjaya aku yang akan menentukan masa depan dan hala tuju aku di kemudian hari...


Awal bulan hari bersamaan 1 November secara rasmi nya aku telah hantar rtesignation letter kat bos aku.. Sebab ape..? Yaa pandai.. sebab aku nak berhenti lah... (alah aku tau bukan kamu jawab ponn kan) hahaha... Aku kena hantar notis satu bulan.. Jadi untk jaga nama baik, aku dah pon hantar walo pon masa tu aku xde kerja ganti lagi... Dalam tempoh itu sampai sekarang, aku dah pun pergi interview di beberapa termpat.. Kat kL, dan jugak area Penang sini... Setakat ni aku dah pun dapat beberapa offer dan aku sekarang agak buntu untuk ili pilih kerja2 tersebut... Harap2 pilihan aku buat tu tepat lah... 


Hal kedua aku bercadang untuk sambung blajar... Ya berkemungkinan besar aku akan sambung blajar pada bualn Februari akan datang ni.. Tapi aku cuma amik PJJ sahaja sebab aku taknak bebankan family aku kalau aku amik full time... If aku amik PJJ, at least aku masih boleh bekerja untuk dapatkan perbelanjaan harian dan lain2.. Mengenai kos yang aku pilih pon satu hal, sebab aku rasa mungin aku akan lari bidang.. Dari Civil Engineering beralih ke Mechanical Engineering.. Moga2 aku boleh bawak dengan subjek2 yang akan aku blajar nanti..


Berbalik kepada kerja yang aku nak berhenti tu, opismate aku ade jugak cakap, die suruh stay on jer sampai dapat bonus... Herm mula2 aku memang jugak terfikir cenggitu.. Tapi aku semakin tak tahan bila mana masa hari raya Haji hari tu aku kena kerja ... Aku tak kisah kan itu sangat.. memang x salah kalau kerja.. Tapi kebiasaan nya public hoolidaay kan di bayar double or triple or someting ese kan... Tapi tempat aku tak kire doble, juz kira macam biasa jer.. Ahh aku makin tak tahan dan terus nekad untuk berhenti on the spot bila aku menghayati satu ayat yang aku rase bermakna... "Anda tak akan kemana jika anda tidak berani untuk melakukan perubahan".. 

a
Baru2 ni opismate aku ade cerita something kat aku.. bukan kerita sebenarnya.. Tapi meh la aku cterkan... Opismate aku tgh baca buku... Buku epesal feng shui kepercayaan Cina.. tapi aku rase macam horoskop lah... then die mintak bintang aku... Lepas aku bagi, die pon storuy la descrription mengenai aku... Dan ape yang menarik, most of the ape yang die cakapkan aku rase 95% ade lah betull.. Tapi itu hanya lah kepercayaan mereka.. Kita ni sekadar boleh baca tapi tak boleh mmpercayai seratus peratus.. Tak salah sebenar nya nak abacaa.. Necxt entry nanti aku cter k ape yang di perkatakan...


Okei lah ni pun aku rase dah panjang sangat lah aku taip..nanti semakin pening kamu dengan typo2 yang aku buat.. Okei Salam jumaat buat anda semua dan semoga kamu2 semua bahagis di tahun baru.. Ekekeke...

~KORN~

Pssttt : Esok bersamaan 3 Muharram besday aku dalam tahun hijrah... <--agak2 ade spesel entry tak? Ekekeke






Komen dari korn mengenai Typo Friday.
Perghhhh.. mula2 lagi aku dah silap bila hype tu aku dah tercapslok due to title yang aku tlis...
boleh tahan byk jugak typo aku kan.. hahaha
idea typo friday ni adelah dari pemilik AbangTypo ni.. 
Typo Friday ni menulis entry tanpa menekan backspace... So hari jumaat kalo nak tulis entry, button backspace di disable kan... 

JAMBATAN PULAU PINANG KE-2

Hype...

Tahukah kamu bahawa sekarang ni jambatan penang kedua sedang rancak di jalankan..? Tahu kah kamu..? Tahukah...? Tahu ke tak..? Yaa, memang sekarang ni jambatan Penang kedua sedang rancak dijalankan... Jambatan yang menghubungkan antara Batu Kawan dan Batu Maung... Panjang jambatan ini adalah 24km dan bakal menjadi Jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara apabila siap kelak...




Mengikut jadual, Jambatan ini akan siap sepenuh nya bulan September 2013.. Tapi memandangkan kerja berjalan lancar, Jambatan ini di jangka siap pada Bulan March 2013.. Perghhh makna nya lepas ni kalo aku nak balik ke Perak aku dapat jimatkan masa dan jarak perjalanan... Yeahh...!!



Ingat tak hari tu aku ade post entry kat SINI suruh kamu teka gambar tu, macam2 korang teka kan... Jawapan apa yang aku nak sampaikan ialah:
 Jambatan Pulau Pinang ke-2.. 
Kesimpulan nya, tiada siapa yang teka dengan betul.. Kebanyakan nya teka pemandangan jambatan, atas jambatan, dekat jambatan, tapi bukan itu yang aku nak ketengahkan sebenarnya.. ade jugak yang kata aku nak bunuh diri la.. Yang tak menahan ade yg cakap aku dating kat sini.. Hahaha... Ape ke dah xde port lain ape nak dating.. Tapi kamu memang sporting laa yang sudi jawab.. hehe..Kecuali dua orang ni yang aku tak pasti samada kamu jawab Jambatan Penang yang pertama atau kedua...Tapi kan kan, aku yakin dua orang kat bawah ni teka jambatan yang 1st tu kan.. Kalau kamu betul2 teka jambatan ke-2, boleh la bagitahu aku.. Tapi kena jujur lah... 





Kat bawah ni ade beberapa keping gambar yang aku tangkap mase beberapa bulan lepas aku lalu kat kawasan pembinaan tu dari  kawasan Batu Maung... Klick la gmbar untuk gambar yang lebih jelas terang dan nyata.











Gambar kat bawah ni pula merupakan gambaran ilustrasi apabila jambatan ini siap kelak.. Tak lama lagi dah. Cuma tahun depan jer lagi... Tak sampai setahun...








Jika tak silap aku lah, kat atas ni adelah perhentian yang akan di bina di pertengahan jambatan itu nanti.. Tapi aku ade dengar ura2 yang mengatakan perhentian ni di batalkan pembinaan nya.. Untuk kepastian tunggu je lah nanti jambatan ini siap di bina...


Ape yang tak best nya nanti, bila jambatan ni siap jer nanti, tol akan di selaraskan iaitu motosikal RM1.90 (sekarang RM1.40) manakala motokar RM9.00 (sekarang RM7.00)... 


Pssttt.... I love engineering... Sebab tu aku amik engineering.. Skrg aku hanya ada Diploma Awam... Dalam perancangan InsyaAllah bulan February depan aku akan sambung Degree dalam Mechanical Engineering.. Tapi aku buat PJJ sahaja..

~KORN~

SPM OH SPM LA LA LA

Hype...

Seperti sedia maklum, exam SPM dah seminggu berlalu.. Agak lewat aku update pesal SPM nih.. Beberapa subjek dah pun habis.. Subjek teras dah pon setel.. Maka minggu akan datang ni plak subjek2 simple je yang tinggal seperti kimia, biologi, Fizik, Dan yang paling mudah Add Math.. Haha... Mudah sesangat kan.. Agagaga *gelak evil... 

Kat sini aku cuma nak ucapkan Semoga di permudahkan menjawab soalan exam tu... InsyaAllah jika study cukup, semoga semua berjalan lancar seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang hendaknya... Amiiin.. Dan jangan lupa berdoa pada Tuhan, semoga dipermudahkan segala urusan...


gambar di edit dan di copy dari SINI


Eh, aku buat ucapan ni untuk sape ye.. Opss lupa nak bagi tahu... Aku buat entry ini khas untuk dua orang sebenarnya.. Dan dua2 mempunyai nama yang sama.. Yang pertama Izzati, iaitu anak kepada kakak aku, alaa anak saudara aku lah kiranya.. Haritu mase trial exam die ni bukan main lagi eksaited bila Addmath die lepas.. Hehe, tak pe untuk SPM betul2 ni, buat leklok jika result baik nanti paksu blanje okei.. Hehe


For the second person, untuk Izzatie Ezzat .. Siapa Izzatie Ezzat ni.. Seorang blogger yang aku knal masa mula2 aku berblogging dulu.. Die ni teramatlah sempoi orang nya.. Cuma di sebabkan tahun ni die exam, maka die terpaksa menghadkan berblogging dan lama jugak lah die tak update blog die dah.. Aku suke blog di taw, tmbah2 lak bila ade kucing2 yang comel tu... Dan setelah sekian lama, baru2 ni aku ade nampak die dah update blog die sebagai persediaan untuk update seperti aktif berblogging dulu.. Waa, harap Ezzat tak lupakan Korn.. Cheewah..!! haha.. Btw, Goodluck SPM utk Ezzat.. (knapa blogger perempuan ni aku panggil namanya Ezzzat?.. Aisehh..)

gambar copy kat SINI


Dulu mase aku SPM (cemana boleh masuk cerita pasal aku lak ni), Subjek paling aku suka adalah Math.. Aku suka kira2, tapi tidak pada Addmath, sebab Addmath terlampau 'senang'.. Puiii... Subjek paling aku kurengg semesti nya Sejarah... Memang mase exam sejarah kalu ujian ke, peperiksaan penggal ke, aku study untuk lulus jer... Tu pon ade yang lulus ade yang tak.. Jadi untuk SPM memang aku xde harapan la target tinggi2, aku target lulus jer.. Alhamdulillah, aku lulus dengan melebihi apa yang aku target.... 


Hurm.. Kepada rakan blogger yang amik SPM tahun ni, semoga kamu semua berjaya dan semoga kamu tersenyum bila memperoleh result nanti.. Dan yang paling penting, bahagiakan lah result kamu dengan membuat ibubapa kamu tersenyum bangga terhadap kamu... 

~KORN~

KERANAMU BURGER MALAYSIA

Hype

Pagi tadi (smalam) macam biasa lah... aku pi beli kuih kat kedai tepi jalan tu... Saloo nya aku beli nasi lemak jer... Tapi hari ni aku beli kuih plak... Aku tak tau la nama sebenar kuih tu.. Tapi sejak dulu lagik memang aku panggil kuih tu BURGER MALAYSIA... Sape tahu kuih ni angkat tangan.. Alaa yang bulat2 ade sambal kat tengah2 tu... FYI, kuih tu memang pebret aku tahu... Aku boleh makan kuih tu banyak-banyak.. Omnyomnyom....


Aku ade cter sket tahu pesal kuih burger malaysia ni... Dulu mase aku form 5, alaa mase zaman gatal2 nak kapel ni.. ekeeke... Aku ade la kapel ngan sorang pempuan dak kelas aku ni... Nama nya Zati.. Waahh.. siap gtau nama sebenar lagik... Ekekeke... Nak jadi cter, mase tu kami ni dok asrama... Time PreppClass malam tu, die cakap dengan aku... Minggu ni family die nak datang.. Die taanya aku sama ada nak apa2 tak, nanti mak die boleh masakkan...


Mase tu aku ckp tak kesah, bawak jer ape2... Aku makan jer ape2... Ekcelli aku malas nak request ape2.. Takut nanti nyusahkan jer... Ape yang mak die bawak nanti, makan je lah.. Tah cemana time tu aku teringin sangat nak makan burger Malaysia ni... So aku pon request lah kuih tersebut.... Jadi hujung minggu telah pun tiba..... Yeahh... dah hujung minggu...





Situasi : Tengah berbaring dalam Dorm G atas katil sambil menghadap siling.

"Perhatian, Kepada Amat sekian2, Apiz, Al-Husna (nama membe aku macam pempuan), Anda di kehendaki turun ke bla bla bla bla..."


Haa.. Amat sekian2 tu nama aku lah... Alamak bekas bakal mak mentua aku datang lah... Eiii segan giler kot nak jumpa... Alaa malu nye.. Ekekeke.... Jadi aku, Apiz, dan Hus(Al-husna) ni pon pergi lah lokasi yang di tuju,,, Berkelah dengan bekas bakal mak mentua.. Hehehe... So memang banyak lah makanan yang die bawak tu..


Aku duduk betul2 sbelah bapak mentua.. Ceyhh bapak mentua konon.. Tersipu-sipu malu aku tau.. Ade mee kari, kuih-muih, air oren sunquick, buah-buahan..... See, baik kan bekas bakal mak mentua aku ni masak kankan... Tapiiii... Aku tak nampak pon kuih burger Malaysia tu.. Padahal hari tu die tanya nak apa, bila aku request, apa yang aku nak takde... Erm redha jer la... Takkan nak tanya plak kat awek aku time tu jugak.. Nak tanya bekas makal mentua, lagi lah giler.... Cari nahas...


Erm.. makan jer laa apa yang ade.. Lagipon ape yang di hidangkan tu pon dah banyak... Walo pon dalam hati agak teringin.. Ah hati tak tenteram... Takpe, lepas semua setel, bekas bakal mak mentua aku pon daa balik, aku jumpa awek aku kat dewan makan... Aku agak2 tarik muka la masa tu... Pesal kuih pon nak jadi point nak gaduh... Hahaha... malu ah nak citer....


Ni bukan burger Malaaysia.. Ni burger Lambung... Mai la datang Penang kita pekena..


Die bagi aku datu tupperware... Ape pulak ni..? aku tanya kat die... "Lahh, hari tu kan nak kuih burger Malaysia...." Lorr, knapa tak hidang skali tadi ramai2 makan..? Aku bukak tupperware jer, perghh banyak giler... aku ingat dalam 30ketul tak silap nya... Memang terharu sangat... Aku terus makan satu.. Sedappp.. Sedap punya pasal aku makan lagi satu dan satu lagi... Balance nya aku makan dalam dorm dengan dak dorm aku... Perghhh... Sampai dorm jer trus setell semua.. Hampeh btulll....


Dalam banyak2 kuih burger Malaysia yang aku makan, memang yang itu lah paling sedap aku pernah makan.. Serius beb... Kini aku x dapat lagi nak makan kuih tu dah.. Huk huk huk... Tibe2 rindu plak kat ex-awek aku ni... Dah la, aku nak mesej awek lame aku ni sat.. Hahaha.. Tatata...

~KORN~

WORDLESS WEDNESDAY YANG KE BERAPA NTAH

Hype..


Cer teka ape yang nak aku sampaikan... Sape tepat yang paling tepat, aku kasi la adiah sket.. Tapi kalo xde yang tepat, yang hampir2 pon boleh lah... Mungkin next entry aku nak wat story pesal ni.. Next entry tu jugak lah aku kasi tau sape yang jawab betul okei..!!

~KORN~

First GA by TirahZairi

Hype..

Poooonnnn.... Ponnnnn... Ponnn...!!!! Ketepi semua ketepi.... Duk diam2 kat tepi ni nak habaq ni Korn nak join Gipaway Tirah Zairi ni haa.. Setelah Korn Memaksa puan penganjur untuk menjemput sendiri Korn untuk join, makan terjoin lah Korn Gipaway ni...



Haa.. tengok atas ni, penat aku beli krayoon tadik sebab nak kaler mende kat atas ni.. Jgn tgk jer... Cer klik kat kaler2 tu tgk ape jadik.. Ade magik..!! Hahaha.. Aik, Rasenya macam dah siap jer entry untuk join gipaway ni.. Cuma nak tag jer lagi ni.. Wahh simple betul giveaway ni.. Rugi seribu kali rugi laa kalo hampa hampa semua x join.. Haa, bukan itu sahaja, hadiah givaway pon di rahsiakan.. Mungkin pemenang bakal membawa pulang Tibi Doplohsembilan Hinci... Who knows... Choppp..!!! Korn nak tag orang kat bawah ni..!!


Lima Belas Minit aku fikir nak tag orang... Semua dan sape2 yang tak di tag pon boleh join... Jangan nak wat ayat ngada2 'alaa saya x di tag, x boleh join lah'... Jgn nak ngada2 ya.. No no no...!!!




Pssttt....!!!!! Rugi Kalo x join... Sekian

~KORN~

ARJUNAPOPKORN.BLOGSPOT.COM VS MRKORN.COM

Hype...

Ade nampak ape2 yang pelik tak kat kat url blog aku..? Xde kan... masih sama macam biasa lagikkan.. Haa... Nasib baik sama, kalau tak, ade lah something wrong yang tak kena kat kamu.. Ahaha, baik jumpa bomoh bawak berubat... Jangan lupa bawak telur 2 biji beserta sehelai kain kuning... Okei aku dah mrepek...


Tajuk aku ARJUNAPOPKORN.BLOGSPOT.COM VS MRKORN.COM... Haaa mesti kamu agak aku nak tukar domain kan... No No No... Masih 50 50 lagik fikir samada nak tukar ke tak.. Ape yang aku nak cerita ialah pasal BLOGSPOT Vs DOMAIN... Cuma nak cakap ape yang aku rase pada saat ni yang terfikir kat dalam otak ni...


Sebenarnya sampai sekarang aku berteka-teki... Bloggerkah aku..? Adakah aku mempunyai satu blog ni secara automatik aku di gelar blogger.?.. Kalau begitu maksudnya, bermakna memang aku ialah seorang blogger lah kan... Kalau bukan, ade sape2 boleh terangkan maksud blogger yang sebenar..?


Seperti sedia maklum, domain merupakan www.(pilihan anda).com yang mana penggunaannya akan di kenakan cas beberapa ringgit malaysia... Bukan ringgit Malaysia yang manjadi masalah, tetapi bukan kah ia dah jadi seperti website..? Semakin hari, semakin ramai aku tengok blogger beralih arah menggunakan domain... Aku yakin mereka pasti ada alasan tersendiri menggunakan domain tersebut... Kann..?


Ramai blogger bermula dari blogspot... Blogspot yang di gunakan pada URL memang lah agak panjang jika di bandingkan dengan domain... Adakah alasan blogger menggunakan domain untuk memendekkan url mereka..? Berkali-kali aku fikir, ade jugak benar kalau seorang blogger mengekalkan blogspot pada url mereka untuk menyatakan bahawa mereka adalah blogger.. Jika orang tanya, di mana identiti blog anda sebagai seorang blogger..? Ya, aku boleh jawab yang aku masih menggunakan blogspot... Jika blogspot di panggil blogger, tapi kalau domain, takkan lah nak panggil domainer pulak..? Macam pelik pulak...


Aku pun ade plan jugak nak tukar dari blogspot kepada domain.. Tetapi masih lagi samar2... Nak tukar ke tak nak.. nak tukar ke tak nak... Aiseh... kalau aku tukar nanti, takkan lah identiti sebagai blogger akan bertukar menjadi domainer.. Aiseh.. Apekebende pulak domainer nih... Buat masa terdekat ni hati aku masih lagi berkata "Kekalkan Blogspot"...

~KORN~

Pssttt... Entry ni xde gambar selingan lah... 



BLOGGER’s EX-CONTESTANTS

Hype..
Blogger = Blogger
Ex = Bekas 
Contestants = Peserta

Blogger's Ex-Contestants = Blogger Bekas Peserta <--Boleh ke aku translate cm ni? Hehe

********************************************************************************************************************************************





- Seorang jejaka yang berumur 21 tahun dan tinggal di Key El..

- Pemenang pertama Next Top Blogger Musim 1..

- Mempunyai blog peribadi yang menggunakan Bahasa Melayu + Simple English.. macam Oh My English tu..

- Kepada yang berminat make sure kena pandai pandai cakap Omputeh.. kendian gosok2 manja sikit kat SINI tau header die kat atas tu.


********************************************************************************************************************************************





- Kamu kenal Noni..? Meh sini aku knal kan...

- Aku pun tak berapa knal macam mana aku nak kenal kan...? Hehe

- Sape yang sedang mencari Cinta boleh la pergi ke blog Noni sebab kat blog die ade banyak love2 kat background dia.. Sape yang dah amik sorang satu love tu sila bayar kat kaunter.. Jangan wat2 lupa plak.

- Kat header die ader satu persoalan. Sape dapat jawab dengan tepat, dapat kuar hisap shisya dengan beliau. Tapi kamu la kena belanja die.. Ekeke

- Kepada yang berminat picit2 kasar kat SINI atau header die yang kat atas ni...


********************************************************************************************************************************************





- Sape kenal PakCek Biola ni angkat tangan cepat.. satu dua tiga... perghh.. 2060 orang yang dah kenal.. Wahh.. dah ramai dah.. Jadi perlu ke aku nak review Rozuan Ismail ni?

- Kenapa digelar kan PakCik Biola..? adekah sebab die ni pengumbul biola2 klasik..? adekah die meminati biola sejak kecik..? Adekah ade peristiwa hitam yang berlaku antara dia dan beliau..? Harap2 Pak Cek boleh jawab... Ekekek... aku pulak yang pandai2 suruh die jawab.

- Graduan UKM ye Pak Cek Biola ni.. (Aku tau pon sebab wusha kat sidebar die)...

-Sape yang berminat sila2 la usap2 slow2 kat SINI tau header die yang kat atas ni..


********************************************************************************************************************************************





- Berumur 19 tahun dan masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.

- Berasal dari Perak. Waa orang kampung teman ke ni..? 

- Adakah die masih single..? Yang ni aku tak pasti sebab aku dah WhatssApp die x reply...

- Hobi nya menggoreng karipap.. Jadi sape yang berkenan kena belajar buat kuih karipap supaya boleh kongsi hobi kelak.

- Sape yang berminat sila raba2 kat SINI atau header die yang kat atas ni... Oppss yang ni ade pesanan. kim salam kat die kalu dah sampai kat blog Alya ni tau.. Hehehhe...


********************************************************************************************************************************************

Review aku kali ni berbeza sikit dari kebiasaan. Selalunya sorang2... Hari ni nahh empat skali.. Jap jap jap.. ni bukan agensi cari jodoh ye utk kamu pilih calon ke amende... Aku sajer letak gambar diorang.. sebab orang kate, kalo letak gmbar blogger ni, nnti orang akan ramai lebih tertarik.. Ehh, btul ke..? Aku review nii khas untuk Game Battle Royale yang aku join.. Ape salahnya kalau alang2 kamu da masuk blog aku, apa kata kamu pergi blogwalking blog ke empat2 ni dan tinggalkan jejak sikit kat sana eh eh eh... Hehehe...

~KORN~

TERIMA KASIH SI BUNGA SELASIH

Hype...

Entry kali ini aku berbesar hati nak menceritakan tentang dia.. Pertama kali aku mengenali dia hanya di blog sahaja.. Pada awal nya, die selalu komen di blog aku... Seriusly memang aku suka bila orang komen blog aku.. Tapi dia ni tak jemu2 untuk baca dan komen di blog aku... Tak lama lepas tu, dia buat  satu entry , dan di dalam entry tersebut terselit nama  aku di kat situ.. Jadi bermula dari sini lah aku mula mengenali seorang blogger ini..


Tak lama kemudian, aku tengok di bloglist beliau, tersenarai nama aku skali.. Sebaris dengan blogger2 hebat lain.. Aku terharu sebab blogger2 lain jauh lebih hebat dari aku.. Kalau nak di bandingkan, berbatu2 jauh nya aku dengan blogger lain.. Jika di ikutkan, telah banyak entry beliau di selitkan backlink ke blog aku.. Ahh.. aku nak terharu lagi.. Sob sob sob *sambil lap airmata eyemore..


Pari-Pari Putih.. Ya, itu lah nama blog nya.. atau nama sbenarnya Nor Zaimah.. kenapa aku tiba2 cerita pesal beliau ni... Huhu... mesti pelik kan... *Takyah nak pelik sangat... Ahahha... Sebenarnya di sebabkan kat bawah ni... 



Even pageview aku tak segempak blogger lain, aku nak ucapkan terima kaseh banyak2 yang tak terhingga kepada PariPariPutih a.k.a Nor Zaimah... Ye lah, hanya ini jer yang mampu aku coretkan.. Ya, sebuah entry untuk beliau.. Khas untuk beliau...


Aku dengan Nor Zaimah ni, ade macam2 nama panggilan.. Ikut sedap jer nak panggil.. Kekadang aku panggil Ko, Kamu,  Akak, Mama, Aunty, Maya Karin, JLo, Rosalinda (*okei, dah terover), tapi Mama jenis tak kisah... Tak kisah?  Okei, Itu kata beliau... Tapi aku tak pasti sama ade jauh dari sudut hati beliau sama ade die kisah dengan panggilan2 tersebut... Jadi, aku kat sini nak mohon kemaafan sekiranya sepanjang perkenalan ade terguris hati Mama.. 




Kat sini Korn nak ucapkan semoga mama happy dengan kehidupan mama, semoga di murahkan rezki dan senyum selalu... Hehe..  Kepada kamu kamu sekalian, picit2 lah button baclink yang ade di mana2 sahaja tu... Jangan tak picit tau...






~KORN~